Manual Newbie-Tak semestinya untuk Newbie
Ditulis pada October 29, 2008 – 5:30 am | Oleh nuaeman Share
Hari isnin hari tu adik tiri aku telah melancarkan sebuah ebook secara percuma. Sape nama? Catzer Aka Surfaddict. Kenal? Emm..dia nih suka sangat main-main ngan kucing. Itu yang dapat nama Catz. Tapi oleh kerana nak bagi sedap sikit dia tukar jadi Catzer. Sengal!
Oklah aku bukan nak cerita pasal nama dia. Apa barang kan… Jadi kita terus kepada topik, ebook yang dia lancarkan tu dinamakan sebagai “Manual Newbie“. Ianya merupakan satu maklumat lengkap berkenaan dengan 19 kemahiran yang perlu diketahui sekiranya korang berniat untuk bergiat secara serius dalam dunia IM. Sekiranya diteliti, maklumat-maklumat tu bukan sahaja penting untuk newbie bahkan kepada sesiapa sahaja walaupun korang dah lama berkecimpung dengan perniagaan internet nih. Contoh katalah macam aku nih, walaupun dah lebih setahun terawang-awang di dunia maya nih tetapi banyak benda lagi yang aku tak kuasai. Bagaimana nak cipta grafik web, pasang web script, pasang sistem autoreponder, buat download link dan text link.. huh terus terang semua tu aku lemah lagi.
Kalau benda-benda tu semua si minah ni dah masukkan dalam “Manual Newbie” , apa korang tak rasa kee ebook ni bermanfaat. Sekurang-kurangnya dia dah jimatkan masa korang untuk gali pasal benda-benda ni semua kat Internet. Lagipun free jee kan.. apa nak kisah. Adakalanya sesetengah orang akan kenakan charge untuk bagi maklumat-maklumat camni. Kira dia nih termasuk kategori baik hati gaklaa kan… sanggup luangkan masa buat ebook berkualiti camni kemudian diedarkan secara PERCUMA.
Kalau masih tak kenal si Kucing ni korang boleh pegi ke Internet Entrepreneur Malaysia website. Dialah yang create social network site tuh. Nampak dah muka dia yang ala-ala ayu gitu.. ? (kononnya.. ceh!). Nak kenal lebih rapat joinlee IEM tu dan boleh tanya maklumat lanjut pasal ebook ni sekali.
Secara jujur aku katakan memang tak rugi pun download ebook dia nih. Dahlaa ada tunjuk ajar kemudian di sertakan sekali pulak dengan rujukan-rujukan yang berguna sebagai panduan. Ish aku tak tau nak kata apalah.. korang download sendirilaa baru korang tau.
Apa tunggu lagi? Download Sekarang!!
Entri Berkaitan:






3 Responses to “Manual Newbie-Tak semestinya untuk Newbie”
By ikram84 on Oct 29, 2008 | Reply
huhuh… adik tiri ko yerk…? kekeke aku pun dah download memang betul.. orang lama pun boleh baca.. sebab buku ni banyak value…
ikram84’s last blog post..Manual Newbie akan membantu anda!
[Reply]
By eyeman on Oct 31, 2008 | Reply
ehm..dah download.
[Reply]
By catzer on Oct 31, 2008 | Reply
thanks beb tolong promosikan manualnewbie..kekekek..lps ni golongan newbie akan mengangkat darjat ilmu yg lebih tinggi. Insya-allah.
catzer’s last blog post..Manual Newbie – Tutor Pemasaran Internet
[Reply]