Ketika Cinta Bertasbih : Lebih Mantop dan Mengusik Jiwa
Ditulis pada March 5, 2010 – 5:29 pm | Oleh nuaeman Share
Aku pernah suarakan rasa kecewa setelah menonton filem Ayat-Ayat Cinta sebelum ini kerana apa yang dipaparkan di filem tidak seindah novelnya. Walaubagaimanapun kekecewaan itu akhirnya terubat apabila menonton satu lagi karya Ustaz Habiburrahman El Syirazi yang di adaptasi ke filem iaitu Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Filem ini mempunyai dua episod sama sepertimana novelnya.
Awalan filem sahaja telah menarik perhatian aku untuk menonton apabila kali ini suasana Cairo benar-benar diterjemahkan. Boleh dikatakan untuk episod pertama penceritaannya lebih kepada kegigihan watak utamanya, Khairul Azzam dalam menempuhi hidup di Cairo sebagai seorang pelajar Universiti Al-Azhar serta pada masa yang sama mengusahakan bisnes jualan bakso dan tempe di sana bagi menanggung perbelanjaan pengajian beliau dan juga menyara kehidupan keluarganya di Indonesia. Watak-watak utama yang lain seperti Eliana, Furqan, Anna Althafunissa dan Ayatul Husna juga diperkenalkan dan diperhalusi dengan baik.
Elemen cinta lebih dirasakan apabila menonton Ketika Cinta Bertasbih 2. Walaupun begitu ianya masih tidak lari dari konsep Baitul Muslim.Di dalam KCB tiada paparan sebagaimana anda menonton filem cinta murahan tetapi jujur dikatakan bahawa kesannya lebih menyentuh. Unsur Cinta yang diketengahkan begitu luhur dan suci. Yang menarik ialah nilai islamik yang dipertontonkan melalui pergaulan serta hubungan kekeluargaan pada watak-watak di dalamnya.
Dari segi perjalanan cerita juga KCB nampak lebih baik. Tidak terlalu terloncat-loncat dari satu plot ke plot lain sebagaimana yang berlaku pada Ayat-Ayat Cinta. Memang ada beberapa adegan telah diubah dari cerita asal di Novel seperti kisah Zumrah yang ditiadakan tetapi ianya tidak mencacatkan isi cerita. Susunan babak juga ada sedikit perbezaan antara KCB 1 dan KCB 2 untuk disesuaikan dengan filem contohnya babak Anna dikhitbah dan juga sesi Dialog buku Ayatul Husna yang kalau di Novel letaknya pada episod kedua tetapi tidak di dalam filem.
Sepertimana Ayat-Ayat Cinta, KCB juga tidak terkecuali membangkitkan isu poligami ketikamana babak Anna dikhitbah oleh Furqan. Anna meletakkan syarat untuk Furqan supaya tidak mengahwini perempuan lain selama mana dia mampu melaksanakan tugas sebagai isteri yang mana disalahertikan oleh Furqan seolah-olah Anna mengharamkan poligami. Tetapi segalanya diterangkan secara jelas oleh Anna beserta fakta-fakta yang kukuh.
Secara keseluruhan olahan dan penceritaan KCB lebih memuaskan hati. Dari segi lakonan juga tidak mengecewakan terutamanya Kholidi Asadil Alam yang memegang watak Khairul Azzam. Walaupun baru pertama kali di layar perak pemuda berusia 20 tahun ini tampak memang sesuai dengan karektor Azzam seorang lulusan Al-Azhar yang juga usahawan yang gigih. Kesimpulannya Ketika Cinta bertasbih sememangnya sesuai dikategorikan sebagai filem pembangunan jiwa. Menontonnya kali pertama membuatkan aku mencari satu lagi masa terluang untuk menyelami filem ini buat kali yang kedua.
Memang Mantop…!
P/S:
Filem ini sesuai untuk mereka yang bakal berkahwin seperti Zairizad dan Boy
Lebih sesuai untuk mereka yang akan berkahwin seperti Wanmus.
Sangat sesuai untuk yang sedang mencari calon seperti sedara Rohaizad kita… (dengar kata hatinya sedang berbunga heh!)
Entri Berkaitan:























10 Responses to “Ketika Cinta Bertasbih : Lebih Mantop dan Mengusik Jiwa”
By cyza on Mar 5, 2010 | Reply
I love this movie big time. Kalau boleh setiap bulan ada movie indon kualiti macam ni kan best…
Aku sungguh berpuas hati…cuma aku lebih suka jalan citer vol 1
[Reply]
By samanosuke_04 on Mar 6, 2010 | Reply
hehe, aku pun sama gak.. ayat2 cinta tak brape cun sebab lari terus dari jalan crita sebenar.. KCB 1 aku daa tgk, ok! KCB 2 dalam process, hehe skang nie bz, takde masa nak tgk..
[Reply]
By nuaeman on Mar 8, 2010 | Reply
Yup! bahagian satu lebih menarik..
Bila agaknya Malaysia nak filemkan novel ‘Warkah Cinta berbau Syurga’ dan sambungannya “Kala Cinta dan Wahyu Bersatu’.. itu merupakan novel pembangunan jiwa 100% malaysian.. ada cerita kat Cairo gak..
[Reply]
By nuaeman on Mar 8, 2010 | Reply
Ooo ko pun layan eh… hehe
[Reply]
By khairolghani on Mar 8, 2010 | Reply
saya sokong..memang KCB jauh lebih baik dan teratur dari AAC..kalau betul2 layan citer ni,memang boleh datangkan sebak juga la..
[Reply]
By nuaeman on Mar 9, 2010 | Reply
Wah sebab ke khairol..? mesti feel habis ni hehehe
[Reply]
By JHafiz on Mar 13, 2010 | Reply
Setuju!!! Novel Pembangunan Jiwa berbeza dengan novel cintan yg lain2. Lagipun yg lebih Islamik patut menjadi tauladan utk smua, sayang nya tak ramai yg cuba menyelami. Apa nak buat?? Tak hangat pun KCB ni di Malaysia,
[Reply]
By JHafiz on Mar 13, 2010 | Reply
huhuh… siapa boleh tahan, tgk perjalanan teruna soleh dan dara solehah yg begitu mencabar, sungguh simpati.
[Reply]
By muhammad fakhruddin on Mar 24, 2010 | Reply
Apa Ketika Cinta Bertasbih ajar mengenai blogging?http://i-cempaka.blogspot.com/2010/03/petua-blogging-bersama-ketika-cinta.html
[Reply]
By nuaeman on Mar 24, 2010 | Reply
cantik dan menarik post serta olahan ustaz tu..
saya suka..
[Reply]