Intel,Mentel, Menteil dan Menteil dot net…


Ditulis pada October 25, 2008 – 2:55 am | Oleh nuaeman
Share

Apa benda entri ni? Apa kene mengena antara Intel,Mentel, Menteil dan Menteil dot net? Emm.. aku sendiri masih tertanya-tanya. Kenapa tiba-tiba jari jemari aku menaip semua tu kalau nak kene buat ayat umm.. boleh jee kan..

“Berbekalkan sebiji komputer yang menggunakan prosessor Intel Pentium 4, dengan mentel-nya seorang budak bernama menteil telah mencipta satu blog dengan nama menteil dot net yang kononnya khas untuk menceritakan tentang peribadinya yang mentel.”

Amacam okeh? Tapi..ada ke budak nama menteil? Macam pelik jee kan.. apapun boleh cuba-cuba cari kat ejen carian. Taip jee menteil pastu tekan butang search. Ada apa-apa yang korang jumpa. Apa? Menteil.net yang top sekali.. Maka tak salahlaa yang menteil ni memang wujud di alam maya ni.. dan berdasarkan pada theme blog Menteil.net ni dah sah-sah mengatakan tuan punya blog pun mesti mentel dan  jenis bunga.  Apapun mentel ni kira ok lagi dari sakit mental. Bila tengok post dia lepas-lepas takdelaa mentel sangat cuma sesekali tu ada juga dia melayan perasaan yang mungkin atas sebab tekanan mental hingga terkeluarnya tagline kat blog dia “Ekspirimentasi minda celaru

Aiseh! tuan punya blog pun nama menteil gak.. adei.. kreatif sungguhlaa nama nih apa maksud sebenar dia yek.. Dan tak sangka jugak rupanya pemilik dia adalah seekor kumbang yang memakai bunga kat telinga ( eh kumbang ada telinga ke..?) serius! mula-mula aku ingat bunga tapi rupanya mat bunga.. ceh! Bila pandang salah satu gambar dia dari sisi tu.. macam zizang raja lawak pun ada.. keh keh keh! Boleh tahan jugak penulisan mamat sorang ni.. tak heranlaa blog dia ni ramai jugak orang berkumpul. Kalau tanya aku tentang pengisian blog dia. emm.. boleh tahan bagus dan yang pasti ia tak mencelarukan minda… (eceh bodek ke nih? huhu) Lepas baca background dia nii baru aku perasan birthday dia baru je lepas..  11 oktober arituh waaa.. kira belum terlambatlaa kalau aku nak ucapkan “Selamat hari lahir“. Itu jeelaa yang mampu pun. Nak bagi hadiah jauh sangatlaa.. lagipun dari bagi hadiah kat dia nih baik aku pegi hantar kat Jang Nara. Aku dengar si mamat menteil ni pun pernah ada hati dengan minah tu.. sorilaa beb! aku ngan dia dah lama “kapel” secara diam-diam cuma tak kecoh jee takut paparazzi cari aku.. tapi aku rela lepaskan untuk ko andaikata ko hadiahkan pada aku domain n hosting free. Amacam?

Aku baru teringat mamat menteil ni pernah join contest aku dan dia pun dah ada contest sendiri jugak  sekarang sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 24. Betul kee 24..? aku main tibai jee nih.. maklumlaa nak baca lama-lama kat blog dia tuh sakit mata sikitlaa. Ada kee background warna PINK! itu yang buat minda celaru sebenarnya.. tapi pink-pink dia pun.. blog ni dah capai PR3. Tak sia-sialah dia berusaha meningkatkan blog tu sejak dari February 2008 lagi.

Nampaknya aku betul-betul berpeluang untuk mendapatkan domain dan hosting free dari si menteil ni sekiranya aku memenangi contest minda celaru dia bulan ni. Walaupun myonlinehoster aku jarang dengar.. yang penting ianya PERCUMA!!. Kalau tengokkan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 oktober 2008. Maka sempat lagi untuk aku atau sesiapa nak susun ayat.. kalaupun tak dapat yang free dapat diskaun 80% dan 70% pun dah kira ok jugakkan. Itu hadiah untuk tempat kedua dan ketiga. Akan tetapi sekali lagi aku peringatkan bagi sesiapa yang nak join contest si menteil ni.. baik baca betul-betul syarat penyertaannya yang mencelarukan minda tu supaya korang tak keliru. Nanti tak berpeluang pulak nak dapat hadiahkan.

Sebenarnya tujuan si menteil buat contest ni adalah untuk melaksanakan eksperimen ke atas minda korang. Samada celaru macam dia atau tidak.Oklaa otak aku pun dah bercelaru ni bila asik sebut nama menteil dan menteil.net ni berulangkali. Aku minta diri dulu untuk makan ubat… sebelum minda aku terus celaru lepas makan ubat, aku ambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan.. Selamat Hari Lahir Menteil… ummmmuah..! Aww!  Eh! apsal aku tetiba jadi camni nih.. ok beb aku kena ambil ubat cepat!!

Adios

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 23 Responses to “Intel,Mentel, Menteil dan Menteil dot net…”

  2. By menteil on Oct 25, 2008 | Reply

    hehe… dalam pujian ada kutukan…
    menarik…
    trackback dah diterima…

    menteil’s last blog post..Kau Semakin Bongkak!!

    [Reply]

  3. By nikillas on Oct 25, 2008 | Reply

    pergh.. berjela-jela tu.. hopefully menang la kan.. hehehe.. all da best..!!!

    nikillas’s last blog post..Fun Weekend #1

    [Reply]

  4. By ezo on Oct 26, 2008 | Reply

    semoga berjaya bro..

    (:

    ezo’s last blog post..Makan2 di Rumah Ayein

    [Reply]

  5. By Mr Am on Oct 26, 2008 | Reply

    Aisey.. baru aku kenal si menteil ni.. haha..

    ps : ko xkenal myonlinehoster? aduh, sgtla rugi ko ni.. haha.. aku jugak xkenal ape itu myonlinehoster..

    Mr Am’s last blog post..Win like a man, Lose like a man!!

    [Reply]

  6. By taukey on Oct 26, 2008 | Reply

    hehehe. dah keluar dah entri pertandingan. semoga berjaya. hahaha. aku pun buat buat kenal jer dengan myonline hoster

    taukey’s last blog post..Upgrade ke wordpress 2.6.3

    [Reply]

  7. By aeropama dot com on Oct 26, 2008 | Reply

    wuhuhu… sangat hot contest si menteil ini. hinggakan nuaeman yang dah ade hosting sendiri pun mencuba nak dapatkan hosting baru. nak guna untuk projek baru ke kawan? hehehe…

    aeropama dot com’s last blog post..Aku Adalah Seorang Jurutera

    [Reply]

  8. By nuaeman on Oct 26, 2008 | Reply

    Bila dah sertai ni.. memang mengharapkan kemenangan kalau boleh.. apapun nampaknya ramai yang hebat-hebatkan.. ko tak cuba ke nikillas?

    [Reply]

  9. By nuaeman on Oct 26, 2008 | Reply

    harap-harap begitulah.. terima kasih ezo

    [Reply]

  10. By nuaeman on Oct 26, 2008 | Reply

    Selamat datang Mr Am.. rasanya ko pun ada menghantar penyertaan kan.. :)

    [Reply]

  11. By nuaeman on Oct 26, 2008 | Reply

    Kita tunggu jelaa siapa pemenangnya yek taukey.. bila agaknya menteil nak umum ni.. cam tak sabar nak tau jee.. :)

    [Reply]

  12. By taukey on Oct 27, 2008 | Reply

    hyehehe…bukan tu jer syam. seronok nak kutuk menteil. wakakakak

    taukey’s last blog post..Upgrade ke wordpress 2.6.3

    [Reply]

  13. By Mr Am on Oct 27, 2008 | Reply

    Xde ar bro.. aku mane ada hantar penyertaan..

    ps : MyOnlineHoster tu aku yang punya, xkan la aku nak bagi hadiah tu kat aku sendiri plak.. ;)

    [Reply]

  14. By !x0r@ on Oct 27, 2008 | Reply

    wah,panjang berjela karang! teratur plak tu gaya penceritaannya. kagum saya. huhu

    !x0r@’s last blog post..Kusut..

    [Reply]

  15. By megat on Oct 27, 2008 | Reply

    ada pula idea kau sepanjang ini man!? huhu. harapan aku semoga kau mendapat kemenangan.

    baguslah semakin ramai blogger yang bermurah hati untuk mengadakan peraduan seperti ini.

    [Reply]

  16. By appleblogger on Oct 28, 2008 | Reply

    ada contest ker? ehm..harap nuaeman menang. yeh!

    appleblogger’s last blog post..Did you use ImageShack?

    [Reply]

  17. By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply

    Projek tu macam-macam dalam kepala syam.. apapun usaha ni lebih kepada memeriahkan dunia blogger dan menyokong contest si menteil nih.. kalau menang alhamdulillah..:)

    [Reply]

  18. By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply

    Awak tak sertai ke ixora mana tau menang.. dapatlaa domain n hosting sendiri..

    [Reply]

  19. By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply

    Aku tulis ni lepas solat subuh hari sabtu ari tuh.. entah, kepala macam berisi jee masa tu.. aku layankan aje.. tak sangka panjang jugak.. celoteh gila nih.. Bro tak join ke contest nih?

    Harap ramai lagi yang bermurah hati camni.. :)

    [Reply]

  20. By megat on Oct 28, 2008 | Reply

    bukan tak nak join. rasanya masa aku agak padat kebelakangan ini. nak kerah idea lagi eheh.

    apa pun aku hanya melihat akan perkembangannya. blog aku je belum ada peraduan. insya allah akan datang!

    megat’s last blog post..Tidakkah Kau Nikmati Hidup Ini Sepenuhnya!?

    [Reply]

  21. By nuaeman on Oct 28, 2008 | Reply

    harapnye begitulaa en epal.. :) En Epal tak join kee ? bukan kee en epal terer bab-bab contest ni..

    [Reply]

  22. By nikillas on Oct 30, 2008 | Reply

    hahaha.. aku rasa aku x reti kot dalam bab2 mengarang n citer pasal org ni.. hehe..

    nikillas’s last blog post..Celcom.. Ooo Celcom..

    [Reply]

  1. 2 Trackback(s)

  2. Oct 30, 2008: Tarikh Itu Telah Tiba | menteilsm rules
  3. Nov 2, 2008: Dan Pemenangnya Ialah…. | menteilsm rules

Post a Comment

CommentLuv badge