Hasil benih Matlamat yang dituai dengan Usaha
Ditulis pada September 9, 2009 – 2:48 pm | Oleh nuaeman Share
“Tidak ada satu makhluk melata dimuka bumi ini, kecuali Allah menjamin rezekinya”
(Surah Hud : Ayat 6)
Jelas dari ayat diatas bahawa rezeki Allah itu luas. Kita sebagai makhluk Allah seharusnya tidak patut adanya rasa putus harap terhadap rezeki tuhan. Cabang untuk tuhan turunkan rezeki itu banyak dan Internet menjadi salah satu darinya di abad ini walau masih ramai yang sangsi. Mungkin yang tidak percaya itu kerana mereka tidak pernah mencuba dan yang tidak tahu itu mereka tidak pernah nak mengambil tahu. Ada pula yang tahu tetapi tidak pernah berusaha untuk mencuba maka nikmat merasai rezeki dari Internet masih belum terasa.
Dari Internet pula terpecah lagi kepada pelbagai cabang seperti ebay, affiliate, Ebook, Blog dan pelbagai lagi. Ada perkara yang menarik untuk dikongsi bila menyebut tentang blog bilamana baru-baru ini seorang IM tempatan berjaya menjana lebih satu ratus ringgit dengan hanya berbekalkan blog yang baru berusia 2 hari. Kalau baru dua hari usianya sudah pastilah blog tersebut belum menempa sebarang pagerank dari Google. Hebat bukan!. Ini yang dinamakan rezeki dan sudah tentu ia tidak datang bergolek tanpa berusaha. Secara tak langsung beliau telah melenyapkan segala mitos yang mengatakan setiap blog atau website perlu mempunyai PR dan traffik yang tinggi untuk menjana pendapatan.
Tidak ada apa lagi yang nak disangsikan dari screenshot yang dipaparkan. Dari mana datangnya itu perlu ditanya kepada yang empunya diri. Kalau selama ini ramai yang asyik tertumpu kepada adsense maka diperingatkan awal-awal bahawa adsense tidak membuat pembayaran menggunakan paypal. Habis dari mana? Kerana itulah kita perlu menggali lagi ilmu kalau inginkan pendapatan sebegini. Buka minda kita bahawa Adsense atau Nuffnang bukan satu-satunya peluang untuk mecari rezeki dari blog.
Wanmus atau nama sebenarnya Wan Mohd. Musyris pemilik wanmus.com adalah orang yang bertuah kerana berjaya meraih hasil begitu pantas setelah mengikuti Personal Couching ‘buat duit dari blog’ dengan Rohaizad.com. Sudah tentu beliau berjaya menyerap sebaiknya ilmu yang dipelajari tetapi apa yang lebih mengesankan ialah keberanian dan keyakinan beliau dalam usaha me’market’kan blog yang baru mempunyai 3-4 entri sehingga berjaya memperoleh hasil yang cukup membanggakan. Hasil dari benih matlamat yang dituai dengan usaha, beliau membuktikan tidak ada perkara yang mustahil dalam menjana pendapatan di Internet khususnya dengan menggunakan medium blog.
Orang lain pun boleh merasai apa yang dikecapi oleh wanmus ini kalau mempunyai semangat yang sama. Itu yang penting kerana jika nak dikatakan beliau telah sedia ada asas yang mantap tidak juga. Beliau hanyalah seorang penuntut di UTM Skudai dalam jurusan Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal disamping menguruskan beberapa bisnes internet yang lain seperti asasministe.com, jomhosting.net, dan myekamus.com atas nama syarikat beliau sendiri Wanmus Technologies. Rasanya kriteria-kriteria tersebut bukanlah satu kemestian dalam meraih hasil dari blog malah tak tersenarai langsung pada teknik-teknik buat duit dari blog.
Kisah wanmus ini adalah satu dari pelbagai cerita kejayaan yang kita baca. Tak kiralah apapun jua cara untuk jana pendapatan di Internet samada melalui blog sebagaimana cerita wanmus ini, ebay , ebook, affiliates dan apa-apa lagi, sebenarnya yang menjadi titik tolaknya adalah diri kita. Pertama perlu sematkan matlamat, kemudian susuli dengan usaha dari apa yang dipelajari akhirnya baru bertawakkal. Adakala sesuatu kaedah itu tak sesuai dengan kita tetapi tak semestinya kita gagal dengan kaedah lain. Sebagaimana dikatakan pada awal tadi rezeki tuhan itu luas dan cabang dari Internet juga banyak maka kalau tak dicuba manakan kita senang-senang boleh simpulkan sukar untuk buat duit dari internet.
Ingat! tidak ada yang sukar jika kita tahu caranya..
Entri Berkaitan:























9 Responses to “Hasil benih Matlamat yang dituai dengan Usaha”
By megat on Sep 9, 2009 | Reply
alhamdulillah, tak sangka sehebat itu penangan blog ni. tak sabar aku nak mulakan kembali.
tahniah kpd mus
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Sep 10, 2009 | Reply
best…mantap nie..
[Reply]
By zool on Sep 10, 2009 | Reply
Betul tu kena gali..
Insyaallah usaha akan mendatangkan hasilnya..
[Reply]
By Shaffik on Sep 10, 2009 | Reply
Yang paling penting usaha yang berterusan…jangan mudah putus asa….
[Reply]
By boy_bersahaje on Sep 11, 2009 | Reply
Tahniah Mus, jangan lupe aku dah la kihkihkih
. Bro, smart gile buat entri ni. Ayat dah macam pemberita TV3 la. Kene belajar ni…
[Reply]
By nuaeman on Sep 11, 2009 | Reply
Itulaa.. aku sedang menunggu cerita ko pulak Megat.. jangan tunggu lagi..
[Reply]
By nuaeman on Sep 11, 2009 | Reply
Cukup Mantap.. ko taknak cuba ke lif?
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Sep 11, 2009 | Reply
Wah, aku mmg nak cuba nuaeman tapi x tahu caranya…tuelah lepas aku nak p seminar rohaizad nie lps raya…diharap ia berbaloi kerana perjalanan ke sana cukup jauh sekali…dari pasir mas ke skudai…perghhh jauh tue…
[Reply]