Hachi – Ketaatan seekor Anjing
Ditulis pada April 15, 2010 – 1:45 pm | Oleh nuaeman Share
Kita sentiasa mendengar ada pasangan bercinta yang memasang janji dan impian untuk hidup bersama. Andaikata mereka terpaksa berpisah untuk sekian waktu maka mulalah timbul ikatan sumpah setia untuk sanggup menunggu pasangan mereka hingga ke akhir hayat. Walaubagaimanapun kerapkali realiti yang berlaku tidak sepertimana apa yang pernah dituturkan.
Situasi diatas tidak berlaku kepada seekor anjing yang bernama ‘Hachi’. Tanpa ikatan janji dan sumpah setia tetapi nilai kesetiaan serta kasih sayang yang dibuktikan sememangnya tiada tandingan. Inilah yang dipaparkan di dalam filem yang telah membuat ramai penonton berjurai air mata dan jangan terperanjat sekiranya dikatakan bahawa kebanyakan daripadanya adalah lelaki. Filem apakah ini?
Tajuk filem ini juga adalah menggunakan nama kepada anjing yang begitu taat dan setia itu, Hachi. Filem lakonan Richard Gere dan Joan Allen ini merupakan satu adaptasi dari sebuah kisah benar yang berlaku di Jepun sehinggakan tugu memperingati anjing tersebut dibina di Syibuya station.
Untuk tidak mengganggu emosi mereka-mereka yang belum menonton filem ini aku rasakan adalah lebih baik sekiranya tidak meletakkan sinopsis nya disini. Cuma mungkin boleh diselitkan sedikit info kisah ini berdasarkan buku yang pernah aku baca hasil tulisan Ustaz Zul Ramli, U-Turn Ke Jalan Lurus. Berdasarkan buku tersebut pula kisahnya berlaku di Swirtzerland.
Suatu ketika dahulu, terdapat seorang pemuda yang memilki seekor anjing. Beliau sangat rapat dengan anjing beliau dan sangat menyayanginya. Setiap kali pemuda tersebut perlu bekerja di luar daerah, beliau akan membawa anjingnya bersama ke stesyen kereta api. Kemudian keesokan harinya, anjing beliau akan datang semula ke stesen yang sama untuk menjemputnya pulang ke rumah.
Pada suatu hari, pemuda tersebut perlu ke luar daerah untuk urusan yang penting. Seperti biasa beliau membawa anjingnya meredah cuaca musim dingin Switzerland, menuju ke stesen tersebut. Apabila kereta api sampai, seperti biasa beliau mengusap dan membelai anjingnya. Beliau mendakap dan mencium anjingnya, kali ini lebih lama daripada biasa. Pemuda tersebut melambai-lambai kepada anjingnya dan suara gonggongan manja anjingnya sayup-sayup semakin hilang dibawa angin musim dingin.
Namun sesampainya pemuda tersebut di pekan yang dituju…
Sengaja aku tidak habiskan cerita yang disampaikan didalam buku tersebut. Jika benar-benar ingin mengetahui kisah sebenarnya carilah filem ini dan tonton sendiri. Jangan cari sinopsisnya terlebih dahulu kerana ianya akan menghilangkan ‘magik’ ketika menonton filem ini.
Secara jujur perjalanan cerita ini agak mendatar tetapi berkesan disamping mainan muzik latar yang mencuit emosi. Ia sesuai ditonton untuk semua peringkat usia. Filem ini akan buat kita berfikir sejenak setelah selesai menontonnya..
Tidak hairan jika Saidina Ali ra. pernah berkata..
“aku belajar tentang Taqwa daripada kesetiaan seekor anjing kepada tuannya”
Entri Berkaitan:

























23 Responses to “Hachi – Ketaatan seekor Anjing”
By cyza on Apr 15, 2010 | Reply
WAh…itu macam lah punya review…kepada sesapa yang belum tgk, sila tengok dan jgn baca apa-apa review/sinipsis dulu…nanti jadi anti klimaks
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 15, 2010 | Reply
penah baca review pasal citer ni, tak ingat kat ne..
mmg bagus anjing tu..tapi kesian die..
[Reply]
By samdaddycool on Apr 15, 2010 | Reply
menarik.. tak sabo nak layan cite ni… sesuatu yang berbeza – lain daripada biasa.
[Reply]
By boss on Apr 15, 2010 | Reply
asyik lupa je nak gi cari DVD ni.. mesti tonton ni..
[Reply]
By Nadri on Apr 15, 2010 | Reply
baik punya review bro..klu ada cd tu blhlah pinjam..
mmg tak dpt dinafikan anjing mmg berjasa pd tuannya..lihat shj jiran cina/india kita yg ada bela anjing, pantang ada org asing dtg rumah dia, pasti bising sekawasan pejiranan..pencuri pn kecut perut dibuatnya..
p/s: org melayu dulu2 masa dkt kg sblm merdeka pun ada yg bela anjing utk tujuan keselamatan..
[Reply]
By Dila.13 on Apr 15, 2010 | Reply
owh.. lama tak layan movie jepang. last movie saya tengok is Nana.. tu pun yang 1st jek. huhuhu.. betapaku merindui cite jepang!
[Reply]
By Bb Hussain on Apr 15, 2010 | Reply
wah..macam best je..kena cari DVD ni..;)
[Reply]
By Anarm on Apr 16, 2010 | Reply
aku penah terdengar org cakap, sifat anjing ni bila sekali kita buat baik pada die, seumur hidup die akan balas balik jasa kita tu.. cara die balas jasa tu mcm jaga rumah kita daripada masuk pencuri ke, tolong ambikkan newspaper yg tercampak kat depan umah ke, dll.. mungkin kot.. bagus la kalau camtu.. nice dog!
[Reply]
By sangilapi on Apr 16, 2010 | Reply
hubungan manusia dengan anjing begitu syahdu(dalam kes ni)…..tetapi hubungan manusia sesama manusia(kadangkala) bagai melepaskan anjing yang tersepit
[Reply]
By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply
ya betul betul.. sesapa yang nak beli DVD dia terus pun boleh kalau kat tempat mereka takde.. cehhh bisneslaa pulak.. hihi
[Reply]
By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply
Puan fieza dah tengok ke..? menangis tak..?
atau en Hapiz yang nangis..
[Reply]
By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply
Aku mmg syorkan ko tengok Sam..
[Reply]
By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply
cari jangan tak cari Boss…
[Reply]
By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply
Nak pinjam roger jee bro..
[Reply]
By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply
Ini movie english Dila tapi didaptasi dari kisah di Jepang..
p/s: saya penah sampai di airport jepang jee..
[Reply]
By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply
Cubalah tengok bb.. nanti bagi review kat sini k..
[Reply]
By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply
Tapi aku tak suka anjing yang aku tak buat papepun kat dia tapi boleh pulak dia kejar aku sampai tak cukup tanah berlari.. huhu..
[Reply]
By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply
manusia suka menganjing bro..
[Reply]
By imran on Apr 17, 2010 | Reply
Oh… ini sebuah filem rupanya. Pernah ternampak status FB saudara zul tentang anjing ni. hehe
[Reply]
By nuaeman on Apr 18, 2010 | Reply
ooo.. saya yang syorkan dia tengok tu..
[Reply]
By Dila.13 on Apr 19, 2010 | Reply
Bro, percaya atau tidak, saya kenal seekor kucing yang sangat taat pada tuannya. Umur pun agak panjang, dah 10 tahun. Nama dia ‘Michi’. Lebih kurang dengan Hachii kan? hehe…
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
Boleh buat filem tu Dila.. hehe..
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 22, 2010 | Reply
lum tgk. penah terbace.. en hafiz tgu saya nangis dulu.. hahaa
[Reply]