Emansipasi Wanita di dalam Perempuan Berkalung Sorban


Ditulis pada January 29, 2010 – 1:21 am | Oleh nuaeman
Share

perempuan-berkalung-sorban

Filem ini dikatakan telah diharamkan tayangannya di Malaysia tahun lalu. Berita itu menambah rasa ingin tahu aku apa isi kandungannya sehingga menjadi kontroversi di Malaysia dan Indonesia. Makanya setelah berjaya mendapatkan DVD filem ini minggu lalu aku cuba menonton sendiri untuk lebih memahami apa mesej bahaya yang didagangkan. Setelah hampir 2 jam aku peruntukkan masa memahami maksud “Perempuan Berkalung Sorban” ini barulah aku mengerti mengapa ianya diperdebatkan dan menjadi bahan kontroversi. Bagi aku memang naskhah ini amat bahaya untuk mereka-mereka yang kurang faham tentang agama Islam. Mengapa?

Ok, sebelum aku nyatakan apa yang aku rasa mengenai filem ini ada baiknya aku bawakan sedikit kandungan cerita secara ringkas. Filem ini menceritakan kisah hidup seorang gadis islam yang dibesarkan di Pesantren Putri Al-Huda di Jawa Timur bernama Anissa. Sedari kecil lagi Anissa yang juga anak kepada kyai di pesantren tersebut menuntut kebebasan hak untuk wanita di dalam Islam. Banyak perkara yang dipersoalkan Anissa sehingga terjerumus mendakwa Maha Pencipta tidak adil. Itulah sebenarnya intipati yang diperjuangkan di dalam filem yang diadaptasi dari novel Abidah el Khalieqy ini dari awal sehingga akhirnya. Emansipasi Wanita..

Dari kacamata filem ini seolah-olah Islam itu memang memperhambakan wanita sehinggakan ketika kedatangan sahabat kyai ke pesatren berebut-rebut anak-anak gadis menyusun selipar dan kasut tetamu lelaki. Ditambah dengan larangan menunggang kuda, menjadi ketua kelas serta membaca novel cereka. Di paparkan pula seorang kyai yang memberi kuliah dengan keadaan duduk terkangkang dan pendapatnya tidak boleh disanggah langsung. Aduh!

Dalam usaha untuk terus menonton aku cuba fahamkan mungkin wujud pesantren yang sebegitu dan mereka akan cuba beri pengajaran di akhir filem. Tetapi sehingga pertengahan cerita sahaja aku lihat Islam serta Tuhannya dilanyak sesuka hati. Dialog-dialog seperti “Allah itu hanya menyebelahi lelaki”, “Islam tidak adil pada wanita”, “Untuk apa istigfar kepada Allah?” rasanya bukan menuju kepada pihak pesantren tetapi terus sahaja kepada Agama yang dianuti. Kerana itu aku rasakan filem ini bahaya untuk mereka yang tidak memahami agama dengan betul.

Keadaan bertambah buruk bila salah seorang sahabat Anissa yang menyambung pelajaran di bandar  mengakui walaupun beliau ‘bercanda’ dengan lelaki tetapi dirinya masih bertudung litup. Inikah makna emansipasi yang maksudnya menurut kamus dewan adalah ‘pembebasan dari perhambaan’. Terus terang isi filem ini memang berat walaupun begitu ianya  mampu memberi pengajaran dan kefahaman sekiranya tidak memperdagangkan sesuatu ideologi. Jika dilihat diakhir filem jelas sekali seolah-olah segala apa yang diperjuangkan oleh Anissa  adalah benar manakala kecaman beliau terhadap Islam dan Allah tidak langsung diperbetulkan sesiapa.

Islam dipaparkan terlalu hodoh melalui watak-watak kyai di dalam filem ini. Tidak salahlah jika ada sesetengah pihak mendakwa filem ini cuba menyalur masuk fahaman islam liberal yang semakin tersebar luas sekarang. Aku cuba memahami dari pelbagai sisi dan secara peribadi aku boleh rumuskan filem ini memang BERBAHAYA UNTUK DITONTON!

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Imej dan Harga Diri Wanita Zaman Ini
  2. Projek Dalam Tandas : Bila Nafsu dah tak terkawal
  3. Apakah kita serius dalam mencapai matlamat ?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 12 Responses to “Emansipasi Wanita di dalam Perempuan Berkalung Sorban”

  2. By Kujie on Jan 29, 2010 | Reply

    Kalau yang ada akal sihat boleh menimbang baik buruk, betul atau salah – bolehlah menonton untuk mengetahui tetapi bagi yang terima apa saja bahan yang dihidangkan – itu memang berbahaya

    [Reply]

  3. By boy_bersahaje on Jan 29, 2010 | Reply

    Bagi kawan, ade bagusnye tengok crite macm ni. Kita tahu ape yang org luar fikirkan mengenai islam. dari situ kita dapat menilai dan memperbaiki ape kelemahan kita dan bersyukur bahawa kita di landasan yang betul. Cuma nya, cerita macm ni tak sepatutnya ditayangkan di wayang untuk pendededahan umum. Ramai karang yang tpercaya dan terpengaruh. Thanks bro bagi tau ini cerita. Boleh la kawan layan balik jb nanti :)

    [Reply]

  4. By cyza on Jan 29, 2010 | Reply

    Aku dah lama gak tgk citer ni…
    Aku just tgk for fun…tapi takdelah aku pikir sedalam ko pikir…anyway, bila ko highlightkan pasal benda ni lepas main futsal itu hari baru lah aku terfikir…fuh…you have a point there

    [Reply]

  5. By fiezaradzi on Jan 30, 2010 | Reply

    memang bahaya kalau ditonton mereka yang tidak faham Islam.. sedangkan hak wanita dalam Islam memang dijaga. Kenapa persoalan menuntut hak masih dilaungkan?? Sungguh tak faham..

    [Reply]

  6. By Kak Long on Jan 31, 2010 | Reply

    Belum pernah tengok, tapi daripada apa yang Nueman kemukakan, memang wajar diharamkan kerana bukan semua orang yang menonton perkara sebegitu boleh mempertimbangkannya dengan baik. Bimbang boleh mempengaruhi dan menyesatkan.

    [Reply]

  7. By nuaeman on Feb 2, 2010 | Reply

    Kak long cubalah cari cd dia dan tgk.. nak tahu juga pandangan kak long nanti..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Feb 2, 2010 | Reply

    itulah.. di malaysia sendiri pun ada NGO yang memperjuangkan itu semua kan..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Feb 2, 2010 | Reply

    Tapi Boy citer ni dari org Islam sendiri yang memegang sesuatu ideologi dan pada masa yang sama memperleceh yang lain.. itu yang aku kesalkan..

    [Reply]

  10. By hafizmd on Feb 2, 2010 | Reply

    Memang cukup berbahaya bilamana yang menonton terus menerima tanpa berfikir. “Mencegah lebih baik”..

    [Reply]

  11. By kabu on Feb 5, 2010 | Reply

    Disinilah ada kelebihan pada org yang berilmu….. dapat membezakan yang baik dan buruk….
    Macammana kalau tak ada ilmu?……
    Kena cari ler…. takkan nak tunggu ilmu tu datang bergolek atau melayang…..hmmmm :)

    [Reply]

  12. By kabu on Feb 5, 2010 | Reply

    sister in islam lah tu….
    sister ni dalam kristian aje…
    moga2 tuhan buka hati mereka…
    kesian mereka tu…

    [Reply]

  13. By nuaeman on Feb 9, 2010 | Reply

    Saya setuju dengan bro,

    p/s: komen sebelum ni smeua masuk akismet.. maaf sangat.. tapi saya dah gali balik kesemuanya.. :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled