Dunia Kifayah – Kit Pengurusan Jenazah yang Pertama di Malaysia
Ditulis pada March 12, 2010 – 10:35 am | Oleh nuaeman Share
Dalam hal pengurusan jenazah biasa berlaku dimana pihak yang kematian ahli keluarga tidak tahu bagaimana untuk menguruskan jenazah si mati. Segalanya kalau boleh mahu diserahkan kepada pihak surau, masjid dan imam-imam. Ibarat kata, kerja mereka hanya beritahu pihak-pihak yang berauthoriti kemudian yang mereka tahu segala urusan akan selesai, dari kerja-kerja memandi mayat, mengkafankan seterusnya pengkebumian.
Lazimnya yang berlaku pihak yang kematian ahli keluarga ini lebih sibuk memikirkan apa juadah yang perlu disediakan untuk kenduri tahlil berbanding bagaimana mahu menguruskan jenazah si mati. Kadangkala berapa upah yang mahu diberikan kepada orang yang menguruskan jenazah juga boleh menjadi isu kerana biasanya tukang mandi mayat tidak letakkan harga kerana tidak mahu perkara itu menjadi satu urusniaga sedangkan ianya fardu kifayah tetapi kita tetap beri sedikit sumbangan sebagai penghargaan kepada kepada khidmat mereka. Nilai yang perlu diberikan selalu menjadi persoalan tetapi berdasarkan maklumat dari mereka-mereka yang biasa menguruskan jenazah ianya antara RM 150 hingga RM 250. Jika segala kelengkapan seperti alatan mandian dan kain kapan telah disediakan oleh pihak simati maka sumbangannya bolehlah dikurangkan sedikit. Ada sesetengah kes pihak simati telah mempunyai khairat dengan masjid atau surau berdekatan jadi semuanya ditanggung oleh pihak tersebut.
Diakui bahawa hal-hal begini biasanya kurang diambil pusing oleh ramai orang dan menyedari situasi itu Pihak Dunia Kifayah Enterprise dengan rendah hati telah memperkenalkan satu produk yang memang diluar duga tetapi penggunaannya boleh dikatakan hampir setiap hari. Produk yang dimaksudkan ialah Kit Pengurusan Jenazah.
Segala kelengkapan untuk mandian dan mengkafankan telah siap disediakan didalam Kit ini. Ini sedikit perincian berkenaan item-item yang terkandung di dalam Kit yang bersifat Universal tersebut:
1) Kain Kapan 3 Helai
2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8 Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set
Usaha pihak Dunia Kifayah sememangnya harus dipuji kerana bagi aku dengan adanya set kelengkapan seperti ini sekurang-kurang orang ramai tahu apa yang diperlukan untuk pengurusan jenazah dan tentunya lebih memudahkan apabila ianya telah siap sedia dipakejkan sepertimana harapan Pengurus Besar Dunia Kifayah bahawa dengan adanya produk sebegini kerja-kerja pengurusan jenazah akan menjadi lebih teratur, kemas, mudah dan sempurna.
Rasulullah SAW bersabda “Agama itu mudah oleh itu permudahkanlah jangan memayahkan, gembirakanlah, jangan meliarkan (menakutkan)”
Untuk harganya, berdasarkan perbualan aku dengan Saudara Jasri Jamil yang merupakan Pengurus Besar Dunia Kifayah, ada sebab mengapa beliau tidak mengistiharkan harga, jadi sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya ataupun ingin menjadi pengedar untuk produk ini bolehlah terus menghubungi saudara Jasri di no telefon beliau 013-7204050. Jika nak hubungi aku pun boleh tetapi aku akan merujuk kepada pihak mereka juga.
Selain dari produuk Kit Pengurusan Jenazah ini pihak Dunia Kifayah telah merangka beberapa projek seterusnya. Moga ini akan lebih memberi manfaat buat Umat Islam. Dibawah ini keratan yang diambil dari laman rasmi mereka.
AKAN DATANG
i) Van Jenazah – Lengkap dengan pemandu yang akan membantu di dalam urusan pengebumian
ii) Peralatan Memandikan Jenazah – Lengkap dengan bekas mandian dan tirai penghadang
iii) Peralatan Mengebumikan Jenazah – Dilengkapi dengan khemah, bekas dan air mawar
serta bunga-bungaan) Pengurus Jenazah – Kifayah akan mempunyai panel Pengurus Jenazah di setiap Daerah di Malaysia. Perancangan jangka panjang turut meliputi panel Pengurus Jenazah di setiap
negara yang mempunyai rakyat beragama Islam.
iv) Tanah Perkuburan “Kifayah” – Diuruskan sepenuhnya oleh Kifayah, lengkap dengan segala
infrastruktur seperti Surau, pejabat urusan Kifayah, tapak letak kereta dan khidmat “buggy”. Tanah Perkuburan ini akan dikawal 24jam oleh pengawal keselamatan dan hanya boleh diakses oleh ahli keluarga yang berdaftar sahaja. Surau di dalam kawasan perkuburan ini akan membacakan Yaasin dan tahlil pada setiap malam Jumaat, khusus untuk arwah-arwah yang jasadnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kifayah ini. Yang menariknya, ahli keluarga yang datang menziarah, tidak perlu membawa air mawar dan bunga-bungaan, kerana ianya akan disediakan oleh pihak pengurusan Kifayah. Apabila ianya menjadi realiti, Tanah Perkuburan Kifayah ini akan menjadi “benchmark” untuk diikuti oleh pengurusan tanah-tanah perkuburan lain di seluruh negara. Oleh kerana keunikan dan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan, sejumlah kecil wang pentadbiran dan pengurusan akan dikenakan kepada setiap tapak kubur. Apa yang ingin diketengahkan di sini bukanlah untuk meraih keuntungan, tetapi lebih tertumpu kepada usaha untuk menjadikan tanah perkuburan sebagai “mesra masyarakat dan persekitaran” dan menepis tanggapan bahawa ianya sebagai kawasan keras, menyeramkan dan sebagainya.
Website mereka juga masih belum sempurna tetapi sudah boleh dilawati . Anda terus sahaja ke WWW.KIFAYAH.COM.MY
Entri Berkaitan:


























3 Responses to “Dunia Kifayah – Kit Pengurusan Jenazah yang Pertama di Malaysia”
By sangilapi on Mar 12, 2010 | Reply
mat,sekarang entry berkaitan dengan kematian je
….lagi satu kepekaan tentang menyediakan ruang khas untuk mandi jenazah…ada segolongan orang-orang tua memang dah berpesan dengan anak-anak …”esok-esok aku meninggal,di bilik itu aku mau dimandikan”…(kat rumah orang tua aku memang ada bilik khas untuk mandi jenazah
)
[Reply]
By nuaeman on Mar 15, 2010 | Reply
mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya ni bang..
[Reply]
By knightblogger on Mar 15, 2010 | Reply
bagus nih..
[Reply]