Dah tengok The Dark Knight ?


Ditulis pada July 21, 2008 – 4:33 am | Oleh nuaeman
Share

Aku stop menulis beberapa hari.. start dari akaun aku kat salah satu forum tetiba di banned dan masalah untuk access ke dashboard blog ni yang tak henti-henti, aku ambil keputusan untuk berehat seketika dan pulang ke kampung. Jenguk Mak dan Abah.. syukurlaa aku masih ada diorang… lupa sekejap segala masalah yang aku hadapi ni..

Ahah! Aku dengar baru-baru ni satu kelawar dah terlepas ke seluruh dunia.. dan masih lagi terbang bebas merata tempat serta menawan beberapa bandar besar.. woah..!! Tak perlu nak cakap banyak rasanya semua dah tahu pasal latest “Batman Movie” : The Dark Knight. Kisah superhero klasik yang berusaha menentang kejahatan di bandar gelap Gotham City. Jahatnya tiada yang baru.. “Joker” just watak lama diberi nafas baru.. tapi memang lebih umph!! pada akulaa.. nak dibandingkan dengan Jack Nicholson dulu.. mendiang Ledger memang superb!

Kalau bab-bab superhero ni Batman memang salah satu wira kesukaan aku sejak kecik disebabkan wataknya yang cool dan macho tuh! macho ke? heheh. Ikutkan masa kecik kita ni memang terdedah dengan pelbagai superhero kan.. tak masuk lagi bab yang datang dari jepun cam gaban,kesatria baja hitam,ultraman.. huh! kalau sebut satu persatu tak cukup aku rasa.. seronok sebenarnya bila cerita bab-bab superhero yang kita pernah minat satu ketika dulu nih.. terkenang zaman kecik-kecik nak beli baju superman..

Tang Filem The Dark Knight.. aku rasa tak perlulah jelaskan jalan ceritanya sebab lebih kurang sama jee dengan mana-mana filem superhero : yang baik lawan yang jahat.. tapi filem ni memang cool bagi aku tak terlalu komik macam “Batman and Robin” ( Filem batman yang paling buruk pada aku..). Sebagaimana Batman Begins kali ni Christian Bale sekali lagi diambil memegang watak Batman.. mamat ni memang berjaya hidupkan kembali Batman yang hampir tenggelam dibuat dek George Clooney. Kali ni watak jahat ada dua, Pertamanya Joker dan lagi satu Two Face. Joker di tangan Heath Ledger memang baikk.. punya..!! dengan taglinenya “why so serious..?” Sekali pandang macam “the crow” pun ade si Joker nih.

Secara keseluruhan memang ini antara filem Batman yang terbaik dari segi aksi,jalan cerita, lakonan.. memang mantoplaah! ish.. senang cerita korang pegi tengok sendirilah! :)

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Test tengok wajah korang di zaman dulu..
  2. Harry Potter + Home Alone = Hari Puttar
  3. Emansipasi Wanita di dalam Perempuan Berkalung Sorban

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 8 Responses to “Dah tengok The Dark Knight ?”

  2. By bantingboy on Jul 22, 2008 | Reply

    lum tengok lagi. best ke cite bad man nih??

    [Reply]

  3. By johnbaem on Jul 22, 2008 | Reply

    woahh… malam nih aku tengok n dapat seat best plak tuh! xsabar sbb ramai kata joker sgt jahat kali inih!! owh!!

    [Reply]

  4. By samdaddycool on Jul 23, 2008 | Reply

    pada aku best.. dari segi effect, kejahatan / tipu muslihat joker…

    cuma aku tak puashati batman (biasalaa) watak poyo dia- kadang2 je dia poyo… nak2 bila dia cakap dgn suara macho dia…

    watak joker.. memang puashati…

    4 bintang

    [Reply]

  5. By Norhafidz on Jul 23, 2008 | Reply

    dah tengok.. bagi aku fokus aku pada malam itu lebih byk kepada joker daripada batman..terbaik lakonan heath, memang tenggelam batman, macam filem ni untuk joker :)

    [Reply]

  6. By nuaeman on Jul 24, 2008 | Reply

    Malangnya.. itu aksi terakhir si Joker… ish.. ish..

    [Reply]

  7. By catzer on Jul 24, 2008 | Reply

    Best giler aku layan Batman kali ni..muahahahha…joker..mmg masyuk but sedih gak sbb skang Batman dah jadi hero dlm pelarian :p

    [Reply]

  8. By bantingboy on Jul 27, 2008 | Reply

    joker tu memang cool dan cruel!!

    Best gila..

    [Reply]

  9. By sangilapi on Jun 7, 2010 | Reply

    sampai sekarang aku belum tengok cerita ni…hahaha

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge