Chamek : Kopitiam 100% Milik Muslim


Ditulis pada March 16, 2010 – 1:27 pm | Oleh nuaeman
Share

Belum reda nampaknya Isu tentang Sijil Halal Kopitiam yang mana setakat ini pihak Jakim mengistiharkan hanya dua sahaja kopitiam yang benar-benar telah mendapat Sijil Halal daripada mereka iaitu Pak Hailam Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam. Disebalik isu yang boleh dikatakan agak hangat ini sebenarnya ada satu lagi isu besar yang ramai terlepas pandang iaitu masalah kurangnya nilai sensitiviti umat islam terhadap makanan.

Secara jujur aku sendiri sudah beberapa kali singgah ke kopitiam dan walaupun nama kopitiam ini tidak ada di dalam senarai Jakim, rasa yakin itu cukup menebal bilamana memikirkan pemiliknya seorang muslim serta ditambah dengan pekerja-pekerjanya juga 100% muslim.

Pernah dengar Chamek Kopitiam?

Foto ehsan chamekopitiam.blogspot.com

Chamek Kopitiam dibangunkan oleh seorang anak muda lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Sains Malaysia, saudara Shahren Sadli. Nama Chamek itu sebenarnya adalah berasal dari nama sebuah kampung di Kluang iaitu Kampung Melayu Chamek. Setakat ini Chamek adalah satu-satunya kopitiam yang menjadi milik penuh bumiputera yang menjalankan operasi secara halal dan tidak mengundang keraguan kepada masyarakat Islam memandangkan para pekerjanya juga adalah dikalangan orang islam. Konsep kopitiam yang dipilih memang sesuai dengan trend masyarakat kini yang sukakan suasana klasik kopitiam dan dengan adanya Chamek kopitiam secara langsung ianya telah memberi pilihan kepada Umat Islam di tengah-tengah isu Sijil Halal Kopitiam sekarang ini.

Antara menu pilihan di Chamek ialah Ubi Rebus Sambal Ikan masin, Lempeng, Roti Pattaya dan Bancau yang merupakan minuman hasil gabungan Bandung, cincau dan ais krim soda. Selain itu ada juga menu lain yang terdiri dari nasi lemak. aneka nasi, mee,  dan kuew teow goreng.  Harga untuk setiap menu masih berpatutan dan sebenarnya tak terlalu jauh beza dengan restoran biasa.

Jika isu pemilik dan juga makanan telah memberikan keyakinan tentang status kopitiam ini ada beberapa perkara lain lagi yang memberi nilai tambah. Sepertimana kita melihat mana-mana kopitiam yang dimiliki oleh bukan islam yang menonjolkan kebersihan, di Chamek juga tidak terkecuali. Di tambah pula dengan kemudahan Wifi dan surau sebagaimana di Chamek Setia Tropika yang benar-benar memberi keselesaan kepada pelanggan.

Setakat ini Chamek Kopitiam hanya banyak dibuka disekitar Johor Bahru iaitu di Komplek Pasir Gudang, Bandar Baru Uda, Setia Tropika, Bandar Seri Alam  dan Pelabuhan Johor. Satu satunya francais yang terletak diluar Johor ialah di Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Menurut Pengarah Urusannya mereka ingin membuka 15 cawangan lagi di dalam tempoh 3 tahun. Moga usaha saudara Shahren Sadli ini menjadi pemangkin kepada tumbuhnya restoran yang bukan sahaja berkonsepkan kopitiam tetapi menjaga kebersihan dan juga mengutamakan keselesaan umat Islam.

Terima Kasih kepada Saudara Nadri yang sudi melayan aku serta memberikan sedikit sebanyak info berkenaan Chamek Kopitiam. Beliau merupakan antara mereka-mereka yang pernah terlibat dalam mengusahakan Chamek kopitiam ini.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Blogger Muslim Juga Seorang Murabbi

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 30 Responses to “Chamek : Kopitiam 100% Milik Muslim”

  2. By hafizmd on Mar 16, 2010 | Reply

    Chamek Kopitiam..saye baru teringin nak cube..sekali kat shah alam sane..takpe..moge cepat berkembang ke seluruh Malaysia..

    p/s – hehehe…

    [Reply]

  3. By Nadri on Mar 16, 2010 | Reply

    salam,

    wah cepatnya keluar entri chamek kopitiam nie..

    apa pun terima kasih kpd nuaeman kerana cuba memberi kesedaran kpd muslim yg lain ttg tentang isu kopitiam yg tak halal..

    amat berbahaya jika kita termakan makanan yg haram @ shubahah kerana iannya akan menjadi darah daging..

    sedih bila ada segilintir org muslim kita tak peka atas isu tersebut..

    [Reply]

  4. By khairolghani on Mar 17, 2010 | Reply

    saya menyokong sepenuhnya apa juga kedai yang diusahakan oleh orang Islam..itupun selagi dia menjaga kebersihan dan memberi layanan terbaik..

    [Reply]

  5. By Nadri on Mar 17, 2010 | Reply

    klu ada masa blh lah hafiz gi Chamek Kopitiam dkt TTDI Jaya..blh cuba pekena kopi chamek & roti pattaya…

    [Reply]

  6. By nuaeman on Mar 17, 2010 | Reply

    Salam bro nadri,

    Tugas kita untuk sama-sama mengingatkan.. terima kasih kerana sudi layan saya ye.. ada masa boleh kita sembang2 dekat Chamek pulak..hehe..

    [Reply]

  7. By nuaeman on Mar 17, 2010 | Reply

    Betul tu.. jangan lupa order bancau juga.. :)

    [Reply]

  8. By nuaeman on Mar 17, 2010 | Reply

    Mehlaa Johor.. saya bawah pegi ke Chamek.. pilih jee lokasi mana nak pegi.. jgn lupa bawah puan fieza sekali ye.. boleh kenal dengan isteri saya.. heh

    [Reply]

  9. By nuaeman on Mar 17, 2010 | Reply

    ye.. tak semestinya kopitiam sahaja..

    [Reply]

  10. By sangilapi on Mar 17, 2010 | Reply

    boleh buat pot baru ….asyik-asyik ayam penyek je :)

    [Reply]

  11. By Shaffik on Mar 18, 2010 | Reply

    Mad, Apa kata petang kita lepak Chamek kopitian…Amcam?

    [Reply]

  12. By boss on Mar 18, 2010 | Reply

    hmm belum pernah try.. tapi dekat kawasan rumah aku mmg ada chamek kopitiam ni..

    Aku ingatkan chamek tu macam sarawak punya rupanya melayu yea..

    [Reply]

  13. By Nadri on Mar 18, 2010 | Reply

    hati2 ketika menyebut yaa..ditakuti tersalah sebut..pernah berlaku di Chamek BBU..

    [Reply]

  14. By Nadri on Mar 18, 2010 | Reply

    melayan utk benda2 yg berfaedah xde masalah punyer..nnti free kita lepak dkt Chamek Sri Alam..dah dkt dgn rumah kita tuu…

    [Reply]

  15. By Nadri on Mar 18, 2010 | Reply

    pergilah cuba..jgn lupa order ubi rebus, roti pattaya & mee goreng mamak..juga kopi chamek..

    [Reply]

  16. By samdaddycool on Mar 19, 2010 | Reply

    Alhamdulillah ada yang betul-betul halal. Semua pihak kena mainkan pernan memberi informasi kepada masyarakat supaya hati kita tak gelap makan makanan yg meragukan, patah lagi yang tak halal.

    [Reply]

  17. By titan on Mar 20, 2010 | Reply

    kalau aku jumpa, aku singgah nanti.

    [Reply]

  18. By nuaeman on Mar 20, 2010 | Reply

    rumah ko kat mana boss.. senang2 boleh ngeteh dan berkongsi cerita

    [Reply]

  19. By nuaeman on Mar 20, 2010 | Reply

    betul tu bro.. kita sendiri pun mungkin dah byk termakan makanan syubhat..

    [Reply]

  20. By nuaeman on Mar 20, 2010 | Reply

    mai jblaa aku belanja.. hehe

    [Reply]

  21. By Ina on May 25, 2010 | Reply

    Saya dah pekene kopi susu chamek semalam..memang best!!! Sampai teringat2 lagi.. Saya penah ‘terminum’ kopi Oldtown & Kluang Railway.. tapi Chamek nye the best!!!

    [Reply]

  22. By lia on Jun 22, 2010 | Reply

    Chamek Kopitiam yg kat TTDI shah alam 2..very POOR SERVICE…da la lmbt pas 2 ape yg d order xder..mmg menyakit kan hati…org bkn rmi pon 3 table pon xsiap2 gak ape yg d order…lbh kuang 45min tggu last2 ktorg blah jer…POOR SERVICE

    [Reply]

  23. By tuan halim on Jul 7, 2010 | Reply

    rakan niaga di perlukan hubungi kami http://www.umravalley.com tuan halim 0102524588

    [Reply]

  24. By Shukor on Aug 18, 2010 | Reply

    Hmmm…ada kat JB jer setakat ni.

    Balik kampung boleh cuba nih… :)

    Yang kat BBU belah mana tu bro?

    P/S: Buku dah dapat Jumaat lepas…terima kasih! :D
    Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate

    [Reply]

  25. By nuaeman on Aug 18, 2010 | Reply

    dekat dengan Maiden..

    [Reply]

    Shukor Reply:

    Ooo…yang dekat area Angsana tu. Thanks for the info.
    Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate

    [Reply]

  26. By nizam on Jan 15, 2011 | Reply

    chamek dkat setia tropika mmg kaw2 punye sedap owww
    dye punye nasik goreng kampung mmg sdap
    but orang ta ramai kenape huh?
    harge tgok biase jea
    maybe ade kedai mamak kot,
    but best makan kat situ..

    [Reply]

    mastura Reply:

    cbe try makan kat kopitiam pelangi luiser mall johor bharu”best..kat situ pekerja dia ok..serve coustemer mmang baek..!tpi sayang bos die dgr mulut2x..cm longkang nie”mngupat je cete yg xbtol sal owg..

    [Reply]

  27. By Nadia @ ShahAlamCity on Sep 12, 2011 | Reply

    kena cuba ni…nasib baik dah dpt confirm HALAL. hehe
    Nadia @ ShahAlamCity recently posted..Shah Alam: Kerja Kosong

    [Reply]

  1. 2 Trackback(s)

  2. Jun 25, 2010: KTM cargo train jumps tracks near Kluang | SEM??
  3. Nov 9, 2011: Chamek Kopitiam | Pelik Bin Ajaib

Post a Comment

CommentLuv badge