Sawan Demam : Jangan Pandang Enteng


Ditulis pada October 26, 2009 – 10:05 pm | Oleh nuaeman
Share

Sawan ada pelbagai jenis seperti sawan babi, sawan tangis, sawan demam dan beberapa lagi. Apa yang nak diceritakan kali ini ialah berkenaan dengan sawan demam ataupun ada juga kata sawan tarik sepertimana yang terjadi kepada anak aku tempoh hari. kita kenali dulu apa dia yang dikatakan sawan demam ni.

Apakah Sawan Demam ?

Sawan ini terjadi apabila suhu badan kanak-kanak meningkat dengan mudah dan cepat sehingga 39° Celcius atau lebih. Berpunca dari suhu yang tinggi ini ianya akan menggangu aktiviti otak. Sawan Demam hanya berlaku pada kanak-kanak yang berusia 3 bulan hingga 6 tahun dan sekiranya keadaan sama terjadi diluar dari peringkat usia yang disebutkan tadi ianya tidak dikategorikan sebagai sawan demam.

Bagaimana Mengenali Sawan Demam ?

Berikut adalah keadaan-keadaan yang menunjukkan kanak-kanak tersebut terkena sawan demam:-

-Badannya terlalu hangat/panas
-Badan, kaki dan tangannya menjadi tegang atau kejang
-Kaki dan tangannya mungkin bergoncang tanpa ransangan
-Mata hitamnya akan memandang keatas
-Mulutnya berbuih dengan air liur
-Keadaan lebih teruk bilamana mulut dan tangannya mula menjadi biru
-Dia akan termuntah dan terbuang air kecil atau besar pada tahap-tahap tertentu
-Dia mungkin akan jatuhkan badan dan mencederakan diri
-Dia akan tidur dan tidak sedar beberapa ketika
-Apabila terjaga dia agak bingung

Bolehkah Sawan Demam ini dicegah?

Boleh, sekiranya suhu badan kanak-kanak tersebut dapat dikurangkan.

Bagaimanakah kaedah untuk mengurangkan suhu demam panasnya?

1-Tanggalkan bajunya
2-Lapkan badannya dengan air biasa. Jangan gunakan air sejuk atau ais
3-Berikan ubat demam (paracetamol) mengikut dos
    a)Umur < dari 2 tahun, 5ml setiap 4 hingga 6 jam
    b)Umur > dari 2 tahun, 10ml setiap 4 hingga 6 jam
4-Jangan selimutkan kanak-kanak tersebut dengan selimut yang tebal
5-Kipas angin boleh digunakan pada jarak yang dekat tetapi boleh ditutup sekiranya anak itu menggigil
6-Sekiranya tiada perubahan dan demam semakin berlarutan maka segera bawa kanak-kanak tersebut berjumpa doktor

Apa yang patut dilakukan sekiranya Sawan demam berlaku?

-Baringkan anak ditempat yang selamat
-Baringkan secara mengiring dengan kepalanya diarahkan kepada satu sisi bagi memudahkan pernafasannya serta mengelakkan dari tercekik.
-Longgarkan pakaiannya di leher dan di dada
-Sekiranya mulutnya berbuih sila keluarkan dan lap lendir tersebut.
-Jangan masukkan apa-apa objek kedalam mulutnya ketika berlaku kekejangan kerana dibimbangi boleh mengakibatkan anak tersebut tercekik jika objek tersebut patah.
-Jangan masukkan ‘ubat bontot’ waktu berlaku sawan. Sebaiknya biar anak tersebut sedar dahulu kemudian lapkan badannya dengan tuala basah.
-Jangan tinggal anak berseorangan
-Bawa ke Hospital segera jika berpanjangan.

Bolehkan Sawan demam merosakkan otak?

Jarang sekali, Rawatan awal yang betul dan tepat dalam mengawal demam atau menamatkan sawan akan mengurangkan lagi risiko ini. INGAT! sawan ini mampu dicegah dengan mengawal demam panas anak anda.

Begitulah serba sedikit info yang aku terima dari pamplet pihak hospital. Apapun begitu dalam mencari-cari info tambahan di internet aku juga menemui satu fakta yang mengatakan anak-anak yang menghidapi sawan waktu kecil ini akan mempunyai pencapaian yang lebih cemerlang dalam akademik berbanding kanak-kanak biasa. Macam best jee fakta ni tetapi aku memang tak sanggup untuk lihat anak aku kena lagi. Walau berkali-kali diingatkan JANGAN PANIK tapi ketika keadaan tu berlaku kelam kabut juga jadinya.

Dalam pamplet tu ada sebut sawan jarang memberi kesan pada otak tapi jangan terkejut kalau aku kata jika tidak dikawal dengan betul ianya boleh juga mengakibatkan maut serta kecacatan. Kalau mahukan banyak lagi info pasal sawan ni boleh ke blog Dr Azwan .

p/s: terima kasih juga buat saudara sany bheuu yang ada menghantarkan kepada aku sedikit tips untuk hadapi sawan pada anak-anak ni.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Jangan Shopping di Kemayan City kalau ke JB tau..!
  2. Berita Gempar : Jangan Simpan Duit!!
  3. Jangan Bersedih Penyokong Arsenal. Kami hanya mengajar anda tentang bolasepak..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Sawan Demam : Jangan Pandang Enteng”

  2. By hafizmd on Oct 26, 2009 | Reply

    thanks kongsi info ini..:)

    [Reply]

  3. By Kak Long on Oct 26, 2009 | Reply

    Pernah jugak dengar pasal sawan ni.
    Ada anak kawan Kak Long yang mengalami kecacatan kekal selepas terkena sawan.

    [Reply]

  4. By fikri on Oct 27, 2009 | Reply

    ish… dah lah sawan… demam lagi tu… kesian btol sapa yg kena. nak kena rawat cpt2… tapi nenek aku ckp bdak2 memang senang nak kne sawan. tu lah mak bapak kne tau semua bende ni… kalo x, bila dah kena, mau gagau x tau nak buat apa. ;)

    [Reply]

  5. By zymert on Oct 27, 2009 | Reply

    sawan sememangnya satu penyakit yang bahaya kalau dibiarkan tanpa rawatan yang kosisten,tak kira la budak budak ka dewasa.bila dapatkan rawatan mestilah compliance dengan rawatan yang diberikan.aku ada kawan meninggal meninggal akibat dari deman panas dan serangan sawan tahun lepas…tak tahan sebelum dia deman dan meninggal tu dia mai umah aku nak bagi ikan aku makan..apa pun semoga rohnya ditempatkan denganorg2 beriman…

    [Reply]

  6. By msarbin on Oct 27, 2009 | Reply

    aih..risau plak semenja ada anak kecik nih..

    [Reply]

  7. By Shaffik on Oct 28, 2009 | Reply

    Good info bro..Apa-apahal pun turunkan suhu badan anak tu dulu jika sawan berlaku…very informative entri…

    [Reply]

  8. By samanosuke_04 on Oct 28, 2009 | Reply

    tenkiu 4sharing, hoho.. bile dah jadik ayah, banyak bende laa plak kene ambik tau kan? hoho, moga baby ko sihat sejahtera..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Oct 29, 2009 | Reply

    sama-sama.. peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. senang nak rujuk nanti.. :)

    [Reply]

  10. By nuaeman on Oct 29, 2009 | Reply

    Sedara isteri saya ada jugak yang kena macam tu.. anaknya dan nak masuk 5 tahun tapi masih tak boleh jalan atas sebab demam panas ni laa

    [Reply]

  11. By nuaeman on Oct 29, 2009 | Reply

    esok ada anak ko taulaa fikri.. betapa gelabahnya kalau anak kena camni.. harap dijauhkanlaa

    [Reply]

  12. By nuaeman on Oct 29, 2009 | Reply

    tapi lepas 6 tahun kita panggil sawan jugak ke zamir?

    [Reply]

  13. By nuaeman on Oct 29, 2009 | Reply

    Siapa tak risau.. sangat-sangat risau..

    [Reply]

  14. By nuaeman on Oct 29, 2009 | Reply

    yup kena usahakan macam-macam cara untuk turunkan panas dia tu.. jelum dengan air asam jawa.. air biasa.. tapi kalau nak jadi kene jugak..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Oct 29, 2009 | Reply

    terima kasih..

    [Reply]

  16. By fikri on Oct 29, 2009 | Reply

    insya-Allah… doakanlah sesama… :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled