Sakit Mata : Apa Ubatnya?


Ditulis pada May 5, 2010 – 1:00 pm | Oleh nuaeman
Share

Panggilan 1

My Kawan : Habis bila nak jumpa?

Aku  : Memang aku hendak jumpa ko tapi… sekarang ni keadaan merbahaya sikit..

Panggilan 2

My Another Kawan : Bila nak pegi ngeteh?

Aku : Aku memang nak ajak minum pun.. tapi tengoklah kalau tak esok lusa.. kalau tak lusa.. err..

Memang dalam perancangan dan jadual minggu ini ada beberapa orang kawan yang aku mahu jumpa tetapi mungkin keadaan aku ini tidak baik untuk mereka malah kurang baik juga untuk aku. Aku menghidapi penyakit berjangkit .Ianya bukan H1N1 tetapi agak merbahaya juga untuk orang sekeliling. Penyakit yang aku maksudkan ialah sakit mata.

Hari ini telah masuk hari ke 5 aku menghidapi sakit mata. Sakit yang mengakibatkan mata kita merah menyala beserta genangan air mata oleh sebab rasa pedih dan gatal. Selalunya kalau sakit mata begini, doktor akan beri cuti sakit 2 hingga 3 hari dan mungkin lebih jika masih belum pulih. Aku sendiri sepatutnya MC sehingga hari ini tetapi terpaksa bekerja kerana ada projek yang belum selesai. Kerja makan gaji.. beginilah.  Bernasib baik juga sakit mata ini hanya terkena pada sebelah mata sahaja jadi aku masih boleh gunakan sebelah mata lagi untuk buat kerja termasuk update blog ini.

Berikut merupakan info yang diperoleh dari web cybermedik.com berkenaan sakit mata.

Apa dia sakit mata

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Penyebab sakit mata

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh

  • debunga ( hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat

Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata  ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.

Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,

Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah  pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.

Bagaimana?

  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.

Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.

Sakit sebelah mata ini membuatkan permandangan aku sedikit kabur dan imej yang aku lihat menjadi kurang jelas.  Di hari ke lima ini juga aku tidak nampak tanda-tanda berkurangan . Ada sesiapa yang mempunyai tips-tips dan petua untuk sakit mata ini selain dari nasihat-nasihat doktor?

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Sakit Gigi.. Apa Ubatnya??
  2. Sakit Kaki Tangan dan Mulut
  3. Minggu yang betul-betul buat aku sakit Jiwa..!
  4. Sebelum Mata Terlena

Tags: , , , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 12 Responses to “Sakit Mata : Apa Ubatnya?”

  2. By hafizmd on May 5, 2010 | Reply

    oh..saye pun pernah juge sakit mate.tapi rasenye bro nuaeman punye mate merah juge tuh..

    rasenye bro kene relaks kan mate tuh..letak tepi kejap laptop tuh..kurangkan kerje2 yg perlukan fokus mata yg tinggi..haa..dan jgn di’genyeh’ mate tu yer..

    moge cepat sembuh..ameen

    [Reply]

  3. By sangilapi on May 5, 2010 | Reply

    try masuk blog ni,http://sihatmasayu.wordpress.com/…boleh mintak nasihat di situ :)

    [Reply]

  4. By fiezaradzi on May 6, 2010 | Reply

    kesiannya.. ujian Allah nih.. sabar ye..

    tak de plak dgr petua lain selain guna ubat titis…

    mg cepat sembuh

    [Reply]

  5. By nuaeman on May 6, 2010 | Reply

    terima kasih bro.. sangat menghargainya

    [Reply]

  6. By nuaeman on May 6, 2010 | Reply

    Nanti saya check. Terima kasih bro

    [Reply]

  7. By nuaeman on May 6, 2010 | Reply

    Terima Kasih Puan Fieza..

    P/s: walau camanepun komen puan fieza akan tetap keluar.. jangan risau..

    [Reply]

  8. By Dila.13 on May 6, 2010 | Reply

    perggh.. bahaya ni letak imej orang sakit mata kat posting! kang kami pulak terkena sekali. hehe..

    apa2 pun, kena jaga mata.. keluar pakai spek hitam kalau terpaksa, memang kena kerap basuh tangan kot2 tersentuh mata kalau tangan kotor.. dan.. JANGAN MENGINTAI ORANG MANDI!! (ok, tu selingan jek..) :)

    [Reply]

  9. By Shaffik on May 8, 2010 | Reply

    Memang perit bila sakit mata nie. Tapi yang bestnya dapat cuti..Tapi nak buat cam maner kan…kalau dapat mc pun Boss panggil juga bekerja.

    [Reply]

  10. By nuaeman on May 8, 2010 | Reply

    Masalahnya sakit mata hanya sebelah.. jadi nampak macam saya kenyit mata pulak.. nanti perasan pulak gadis-gadis tol nanti.. chewahh..

    [Reply]

  11. By nuaeman on May 8, 2010 | Reply

    nasib baik kena sebelah.. boleh lagilaa aku drive tapi kalau dua belah.. memang susah juga aku nak datang keje..

    [Reply]

  12. By imran on May 9, 2010 | Reply

    Ada yang cakap titiskan air daun sireh dalam mata. Saya tak pernah cuba sebab penakut.

    p/s : Semoga cepat sembuh. Amin

    [Reply]

  13. By Dila.13 on May 12, 2010 | Reply

    aha.. sebab tu la kena pakai spek itam, biar tolgate girl tak perasan plak.. kang abes piring berterbangan kat umah. hehe :P

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled