4 Kesilapan yang membuatkan pengunjung setia blog anda lari


Ditulis pada January 7, 2010 – 1:21 pm | Oleh nuaeman
Share

Bila sudah mempunyai blog. Antara perkara yang mungkin boleh dikatakan menyeronokkan serta memotivasikan kita untuk terus berblog ialah pengunjung yang ramai. Lebih menarik kalau mereka mula meninggalkan komen diblog kita. Tetapi ada ketikanya kita akan menghadapi suatu masa yang mana pengunjung blog kita semakin berkurangan. Mereka-mereka yang biasa memberikan komen juga sudah tidak kelihatan lagi. Dari situ kita mula dapat melihat jumlah traffik serta ranking Alexa kita semakin menurun. Aku pernah menghadapi situasi ini dan aku ada mengenalpasti beberapa kesilapan yang telah aku lakukan sehingga memungkin perkara-perkara ini berlaku.

Blog tidak dikemaskini

Pernah satu ketika Alexa ranking blog ini jatuh sehingga 1.5 juta daripada 650 k pada awalnya. Pada ketika itu blog ini memang lama tidak dikemaskini disebabkan aku sibuk menumpukan beberapa urusan peribadi disamping masalah yang dihadapi dengan talian internet. Traffik jangan ceritalah. Pernah sehingga kurang dari 50 sahaja sehari dan itupun kebanyakkannya dari ejen carian. Kalau mahu pengunjung setia kita sentiasa datang ke blog maka selalu-selalulah kemaskini blog dengan entri-entri yang menarik.

Tidak banyak informasi

Blog yang penuh informasi selalunya akan menjadi pilihan. Kita boleh ceritakan kisah-kisah ataupun pengalaman hidup tetapi selitkan juga apa-apa pengajaran dan iktibar yang boleh diambil.  Janganlah hari-hari asyik cerita tumit kasut patah atau kes terpegang kaktus sampai pembaca muak.  Macam blog ini mungkin boleh dikatakan blog rojak kerana topik yang diperbincangkan adalah pelbagai oleh itu sesetengah pengunjung mungkin hanya dahagakan info-info berkenaan dengan sumber rezeki sahaja kemudian bila dah terlalu lama tiada info-info berkenaan maka mereka tidak lagi menjadi pengunjung setia. Jadi kenalah juga diseimbangkan kesemuanya melainkan jika kita telah pilih satu topik sahaja yang akan jadi perbincangan di blog kita.

Tiada Interaksi

Bagi aku salah satu cara kita menghargai pengunjung yang datang membaca blog kemudian memberi komen ialah dengan membalas komen mereka. Tak dapat balas panjang-panjang.. pendek pun cukup kerana ini salah satu cara kita menghargai pengunjung yang datang. Menjawab komen itu penting untuk membuatkan pengunjung datang berkali-kali walaupun mungkin telah ada ‘notification’ di email mereka yang menyatakan bahawa komen mereka telah dijawab. Aku pernah bangun pada pukul 2 pagi untuk kemasikini blog beserta menjawab komen-komen yang diberikan atas sebab talian internet bermasalah pada waktu perdana. Sekarang pun adakalanya aku buat begitu tetapi andai ada sebarang komen yang aku tak sempat jawab maka kemaafan aku pohonkan. Selalunya komen-komen pada entri lama aku kerap terlepas pandang.

Tidak membuat lawatan balas ke blog pengunjung

Biasanya pengunjung setia kita ni pun ada blog dan adalah lebih baik kita melawat juga blog mereka disamping meninggalkan komen. Aku memang selalu failed bab ni dan walaupun begitu aku berterima kasih sangat kepada mereka-mereka yang masih mengunjungi blog ini walau aku jarang komen diblog mereka. Ikutkan setiap hari aku ada ‘to do list’ apa yang perlu dilakukan mengikut setiap jangka waktu yang telah aku tetapkan tetapi jarang sekali aku dapat laksanakan oleh kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Aku sendiri rasa macam tak patut dan jika ada yang tidak tegar dengan situasi macam ni aku tak salahkan mereka untuk tidak akan lagi menjadi pengunjung setia.

4 perkara diatas adalah antara yang sempat aku nyatakan disini tetapi sekiranya sesiapa ada lagi idea lain atau mungkin kurang bersetuju dengan point aku maka bolehlah beri apa-apa nilai tambah.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. 8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mempunyai Blog
  2. Sudahkah Blog anda diwasiatkan..?
  3. Senarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai
  4. 10 Kesilapan Wanita tentang Aurat dan Tudung

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 53 Responses to “4 Kesilapan yang membuatkan pengunjung setia blog anda lari”

  2. By Johnytim on Jan 7, 2010 | Reply

    Yup betul tu…aku sokong huhu….

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Jan 7, 2010 | Reply

    Semua betul tu, bukan senang nak jadi popular.. ramai pengikut. Aku belum dapat ‘chemistry’ macam mana formulanya..

    [Reply]

  4. By samanosuke_04 on Jan 7, 2010 | Reply

    aku setuju ngan point 2 ngan 4.. kalo 2 nie bleh maintain ngan mantap.. IA blog akan naik..

    [Reply]

  5. By mfbz78 on Jan 7, 2010 | Reply

    aku setuju sangat-sangat
    ——————————-

    [Reply]

  6. By bo on Jan 7, 2010 | Reply

    Good entry. Updating selalu is the key sebab if blog bagus, dapat regular readers. Also means, more n’ steady traffic.

    [Reply]

  7. By emen on Jan 7, 2010 | Reply

    sokong gak…harini post entri tkde sape pun nang….huh,,,tak glemer,,,sadis!

    [Reply]

  8. By menteil on Jan 7, 2010 | Reply

    hehe.. itu la terjadi kat aku sekarang… lama gile tak update.. update pon sebulan sekali… sian…

    [Reply]

  9. By Xiaopei on Jan 7, 2010 | Reply

    I like this entry! I couldn’t agree anymore. What you talking abt are just so right.

    [Reply]

  10. By Ninja Coffee on Jan 7, 2010 | Reply

    NO.3 & no.4
    need to do so much to maintain loyal readers?
    oh man….. i wonder how the big bloggers does it. Wish i know their secrets

    [Reply]

  11. By woaini_87 on Jan 7, 2010 | Reply

    betul tu

    [Reply]

  12. By Himmat on Jan 8, 2010 | Reply

    Komen-komen yang mantap.
    4 things that are for-real.
    Nice.

    [Reply]

  13. By lizz on Jan 8, 2010 | Reply

    yes, semua kat atas ni…den setuju sesangat. hehehe.

    [Reply]

  14. By nuaeman on Jan 8, 2010 | Reply

    Takde pertambahan ke en Johny?

    [Reply]

  15. By nuaeman on Jan 8, 2010 | Reply

    Aku pun sama.. visitor naik turun mengikut entri yang dikeluarkan..

    [Reply]

  16. By nuaeman on Jan 8, 2010 | Reply

    Aku ni pun kekadang terlepas pandang bab-bab tu.. satu masalah line tenet aku teruk waktu perdana.. subuh-subuh br ok.. aku update blog pun kat cc jee

    [Reply]

  17. By nuaeman on Jan 8, 2010 | Reply

    salam bo,
    update selalu dgn entry yang berinformasi.. cuma kadangkala kita tak maintain,

    tahniah dpt balik status Gliterrati ye

    [Reply]

  18. By nuaeman on Jan 8, 2010 | Reply

    Kene cari topik-topik yang boleh tarik perhatian tu.. saya pun tak glamer apa.. :)

    [Reply]

  19. By nuaeman on Jan 8, 2010 | Reply

    Blog ko mmg lama betul ye tak update.. walhal visitor dulu sikit punya ramai.. busy ke meintel?

    [Reply]

  20. By nuaeman on Jan 8, 2010 | Reply

    Thanks Xiaopei.. anything you want to add?

    [Reply]

  21. By P-nut on Jan 8, 2010 | Reply

    Nak tambah point boleh?
    I’ve been blogging, tahun ni masuk 9 tahun dah akak nulis blog.. tak la glemer pon, cuma just nak share pengalaman dah nulis blog 9 tahun dah

    Kalau ikut tajuk awak 4 kesilapan yang meneyebabkan pengunjung blog lari

    my point ialah
    *jangan hipokrit dan plastik
    -Tulis blog dengan hati, bukan kerana kejar hits, bukan kerja duit dengan iklan. Jangan paksa diri kita update kerana takut reader lari, kerana takut orang tak masuk blog kita, just be yourself, kalau rasa ada benda nak share, story then blog about it, if want to update everyday,

    all my blog entry kebanyakkan panjang-panjang (makcik-makcik is always like that kan..) ada new blogger bagi tips, jgn tulis entry panjang-panjang nanti reader boring, i don’t agree, sebab kalau tulis entry menarik, panjang cemana pun orang akan baca, if u have your own blog reader yang dari dulu kenal awak, they will come and read. (erkk akak tak ckp entry-entry akak menarik, cuma kebetulan saja, hobi menulis berleret, dan ada sedikit yang membaca.

    People will come and read. Even dia tak comment direct kat komen kita, tp they will sms, ym or email u.

    Jangan terlalu nak kejar hits, be yourself, kalau nak ulas isu sensitif, tulis dengan jujur, jangan hentam dan tulis dengan emosi. Jangan menyinggung perasaan orang.

    when u do all it dengan ikhlas, pembaca datang sendiri, mereka juga ikhlas dan jujur dengan kita. tiada komen hipokrit atau komen membodek.

    and on top of that, being humble.. appriciate people come and read your blog. People with respect u too. AFter 9 years of blogging akak dapat terlalu ramai kawan, during nak buat open house or kenduri kendara, satu page senarai jemputan is my blog reader je. I love all of them.. paling seronok during pegi holiday ke mana-mana, u just mention it to your blog, and they will contact you and offer you to fetch you at airport, bawa pegi jenjalan, really happy making friends with blog. Even first time jumpa, rasa macam kenal lama..

    erkk byk lagi nak share, tp kang berjela, jadi entry blog pulak..ahhah makcik-makcik always kuat membebel kan.. i am one of them..hahahahah sorry bro..

    [Reply]

  22. By Aqif on Jan 8, 2010 | Reply

    Nice sharing bro. Saya paling suka point no dua dimana ia adalah faktor utama sesebuah blog itu diperkenalkan. :)

    [Reply]

  23. By bo on Jan 8, 2010 | Reply

    Salam. Mmg usaha update tiap2 hari. Sama2 lah kita follow each other.

    [Reply]

  24. By amirulfaiz on Jan 8, 2010 | Reply

    Terima kasih yang paling, kerana berkongsi tips yang amat berguna ini.

    [Reply]

  25. By aidi-safuan on Jan 8, 2010 | Reply

    hahaa..setuju la sangat2!
    especially yang tiada interaksi tuh. lain la kalau blog anda tuh komen sampai beribu2 so paham la kalau nak reply satu2 kan.
    ade sorang blogger of the month kat nuffnang gak.reply yang member2 dia kenal jer.orang lain komen taknak plak reply. teros xnak bukak blog dia dah. hehe…
    pdahal blogger of the month lain okay jer.huhu

    [Reply]

  26. By kenwooi on Jan 8, 2010 | Reply

    nice writeup..
    i agree with most of the points..
    BUT.. i think i seldom reply comments >.<

    [Reply]

  27. By Shaffik on Jan 8, 2010 | Reply

    Nice info..amat berguna untuk blogger yang kehilangan pengikutnya

    [Reply]

  28. By syahjehan78 on Jan 8, 2010 | Reply

    macih sbb kunjungan ke blog kami..ehhehe..kami pon kengkadang tak dan nak balas kunjungan orang….maklumle asik bz main game kat pesbuk aje..hampeh kan..wakakakka

    anyway.. sungguh ramai pengunjung blog encik ni..ehehe.. sampai jutaan.. kami nye takat ratusan aje..ekekke.. tak dapek nak nolong..blog kami yang hanya dkunjungi oleh family and frens ada gak tersesat sorang dua..hahaa.. anyway, have a nice day!

    [Reply]

  29. By boy_bersahaje on Jan 8, 2010 | Reply

    Banyak lagi skill blogging untuk blog personal yang perlu di pelajari. kalau setakat buat blog syok sendiri, memang la senang. Tapi yang nak menarik minat orang untuk terus membaca macam buku-buku Sherlock Holmes tu, memerlukan pengalaman. So boy, balik belajar lagi! Hahahaha

    [Reply]

  30. By hafizmd on Jan 9, 2010 | Reply

    Thanks Bro utk tip-tip yg saye sgt berguna utk org baru seperti saye.

    p/s – Boleh Bro Nuaeman tengok2kan blog saye yg baru setup? :D

    [Reply]

  31. By Kujie on Jan 9, 2010 | Reply

    tulis sapa apa yg nk ditulis
    kebanyakkan org tulis ikut ‘pasaran’
    ada org tulis ikut ‘hati’
    dan kak jie tulis ikut suka aku ( isa ) tp masih dlm ‘zone selamat’

    [Reply]

  32. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    blog wang 1 juta itu pun merupakan satu perkongsian yang baik . lebih elok jika ditambah dengan tips-tips berdasarkan pengalaman

    [Reply]

  33. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Try to read problogger,john chow and some more big bloggers blog then Im sure one day you’ll know the secrets..

    Actually at one stage sometimes the loyal reader still come even you not visit their blog.

    [Reply]

  34. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Betul saja :)

    [Reply]

  35. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Thanks Himmat,
    Nice to know you

    I hope you can change Man Utd to top of the league in your epl prediction.. haha

    [Reply]

  36. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Ahah.. ini contoh orang yang rajin update blog.. jeles aku.. :)

    [Reply]

  37. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Terima kasih atas komen akak,

    ada benda yang saya nak ulas.. emm next entri kot..

    saya suka org komen panjang-panjang n entri saya pun panjang-panjang juga.. pembaca punya pilihan utk baca atau tidak.. saya hanya menyampaikan..

    [Reply]

  38. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Ya informasi, tak kiralah camana pun niche yang dibawa tapi ada point yang nak disampaikan

    [Reply]

  39. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Terima Kasih juga untuk awak kerana sudi berkunjung dan beri komen disini.

    [Reply]

  40. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Sape blogger of the month tu yee.. jarang pulak aku check.. tak syoklah kalau reply kat kroni-kroni jee yek.. apapun terima kasih kerana berkongsi.. aidi

    [Reply]

  41. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Your comment up to 100. It takes time to reply each.. heh.. by the way.. I like your blog!

    [Reply]

  42. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Boleh Hafiz,

    tolong hantar link blog blog tu utk saya tengok.. just beri komen berdasarkan pengalaman saya saje..

    [Reply]

  43. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    ye saya juga akan tulis ikut rasa apa yang saya nak tulis.. kalau mood time tu nak cerita isu hal rumahtangga maka hal rumahtanggalah yang keluarnya.. adakala tgk juga pasaran.. komen mmg jarang2 dpt buat.. blog kak jie antara yang selalu saya komen.. jgnlah anggap komen-komen saya komen bodek ye kak jie.. hehe..

    [Reply]

  44. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Takdelaa sampai jutaan.. puluhan jee.. blog incik pun ok ape.. kadang kita pun tak tau apa sebenarnya yang menarik org utk selalu ke blog kita..

    [Reply]

  45. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Utk orang2 cam kita yang jarang update blog.. hehe..

    [Reply]

  46. By nuaeman on Jan 9, 2010 | Reply

    Aku pun banyak yang nak belajar ni.. blog ko ok ape.. tapi kurangkan sebut fruitheart.. hahahah

    [Reply]

  47. By Sain-Web.Com on Jan 10, 2010 | Reply

    ni lah yang aku harus pelajari terutamanya blog baru mcm aku

    [Reply]

  48. By farahaznil on Jan 10, 2010 | Reply

    hahhaa..tq bro…dgn teknik2 ni insyAllah akan dipraktikkan..yelah naik bosan juga klu blog di tahap tu aje…jenuh la klu tulis xde org nak baca…tensen beb..hehe

    [Reply]

  49. By aidi-safuan on Jan 11, 2010 | Reply

    huhu…rahsia.xnak gitau saper.hehe

    [Reply]

  50. By lizz on Jan 12, 2010 | Reply

    cheh. tak jugak woo. hahahaha. tapi, isi2 blog ko selalunya terbaik :)

    [Reply]

  51. By bluedianthus on Jan 13, 2010 | Reply

    macam mana sy boleh terlepas pandang entri menarik ni…:) takpe…sy akan masukkan blog nuaeman dalam blogroll saya supaya dapat tahu setiap update..kalau nuaeman sudi, boleh juga kita link exchange…:)

    Apapun, sememangnya blog yang berinfo…:)

    [Reply]

  52. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    terima kasih warnie.. saya akan letakkan link awak di blogroll saya..

    [Reply]

  53. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    Itulaa psal.. tapi blo ko dah ramai pembaca ape..

    [Reply]

  54. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    Blog sain pun akan popular satu hari nanti….

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled