Ucapan Salam di mana-mana


Ditulis pada July 29, 2009 – 4:05 am | Oleh nuaeman
Share

“Assalamualaikum!”

Ucapan ini diterima sejurus sahaja kami masuk ke dalam Deli berdekatan hotel yang kami tinggal. Melihatkan raut wajah sang empunya Deli ini bagaikan berasal dari timur tengah. Sangkaan kami dia juga muslim maka sedikit mudahlah bagi kami untuk dapatkan makanan halal. Salamnya kami sambut dengan baik. Selang beberapa hari baru kami perasan yang dia sebenarnya bukanlah penganut agama islam tetapi mungkin juga seorang yahudi berdasarkan gambar-gambar yang diletakkan di mejanya. Apapun kami berterima kasih juga kepada beliau kerana memahami kehendak kami yang mahukan makanan halal.

Sama juga situasinya di tempat kerja apabila ada beberapa orang yang terserempak dengan aku akan memberikan salam. Mereka tahu aku muslim atas sebab ketayap yang tak lekang dikepala aku waktu itu tetapi terfikir juga “ada ramai muslim ke di sini?”. Setelah disoal selidik rupanya cuma ada seorang sahaja yang benar-benar muslim disitu.

Satu lagi situasi yang menarik perhatian aku ialah ketika hujung minggu waktu kami mengunjungi bandar Hollywood bagi tujuan membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Salah satu  kedai yang kami lawati , pemiliknya mungkin berketurunan Asia berdasarkan wajah ala-ala cinanya. Yang menjadi perhatian ialah keadaan fizikalnya yang bertindik dan bertattoo tetapi turut juga menyambut kami dengan ucapan salam. Agak teragak-agak kami waktu itu untuk menyambut salam beliau.

Di Malaysia ada beberapa pendapat yang aku dengar mengenai hukum menjawab salam dari orang bukan islam. Ada yang kata tak boleh dijawab dan ada pula yang membenarkan yang mana cukup sekadar dengan Wa ‘alaikum sahaja. Ini berdasarkan kepada sahih muslim yang mana Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika ahli kitab (Yahudi dan Kristian) mengucapkan salam  ke atas kalian, maka jawablah “Wa ‘alaikum” (yang bermaksud “Ke atas kalian juga.”)” . Kesimpulannya kita juga dituntut untuk menjawab salam mereka.

Bagaimana pula dengan ucapan salam antara kita sesama Muslim di Malaysia ya? Masih dilaksanakan seperti biasa atau hanya untuk yang kenal-kenal sahaja. Heh!

Salam…

 

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Ucapan SMS Raya 2009
  2. SMS ucapan Selamat Hari Raya
  3. Salam Aidilfitri dari Nuaeman.com
  4. Akta Halal: Menanti sejauh mana keberkesanannya
  5. Bukti Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan di bibir

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

Post a Comment

CommentLuv badge