Tragedi 1 Syawal


Ditulis pada September 28, 2009 – 2:16 pm | Oleh nuaeman
Share

Mungkin raya tahun ini menjadi salah satu raya yang kurang menyeronokkan bagi aku disebabkan oleh perkara yang tak diingini berlaku pada 1 Syawal lepas. Apa yang telah terjadi ini juga telah merencatkan sedikit aktiviti yang telah aku aturkan sepanjang cuti panjang.

Apa yang berlaku? Heh! Kenderaan utama yang aku perlu gunakan untuk kesana-sini sepanjang cuti raya telah cedera angkara kecuaian pemilik workshop. Oleh kerana ia berlaku pada raya pertama maka aku akan ingati peristiwa ini sebagai tragedi 1 Syawal.

Hari tu… Seusai solat sunat Aidilfitri aku membawa seisi keluarga bersama ibu mertua beraya ke rumah saudara-mara sebelah isteri di Gelang Patah. Punyalaa lama pergi beraya… dari pagi bawa ke petang maklumla.. sambil raya sambil buat collection untuk anak-anak.. heheheh.. (buruk perangai..)

Nak jadikan cerita waktu balik dari beraya ni aku rasa macam keadaan kereta seperti ada sesuatu yang tak kena seolah-olah ‘brek sangkut’. Risau juga kerana pada esoknya (hari raya kedua) aku dah rancang nak balik kampung selepas solat subuh jadi untuk keselamatan aku cubalaa cari mana-mana workshop yang buka pada hari tu untuk periksa keadaan kereta aku.

Alhamdulillah.. ada juga satu workshop yang beroperasi berdekatan dengan rumah mak mertua aku. Kedudukan workshop ni agak tinggi sebenarnya dan semasa membuat pemeriksaan, kereta aku di‘parking’ condong. Setelah dikenalpasti masalah serta dilakukan apa yang patut maka sipomen ni pun dengan senang hati turunkan jek kereta. Oleh kerana mungkin sebelum tu sipomen ni lupa nak tarik ‘hand brake’ dengan serta merta kereta aku ni melurut ke belakang dan aku ni pulak kononnya nak jadi Superman.. cubalaa nak tahan kereta tu dari belakang. Huhu.. tak dapat…

Maka terpaksalaa aku lepaskan kereta kesayangan tu melurut ke bawah hingga menyeberangi jalan lalu melanggar sebuah kereta lain pula.

Dum! Prakkk…!

“Adusss.. kereta aku…” Tak dapat digambarkan perasaan ni bila melihat sendiri bumper dan juga lampu belakang pecah. Sudahlaa esok nak balik kampung jadi pulak hal tak diduga camni.

“Aiyaa…, wa tak tau nak kata apa.. lu leleks aa.. wa kasi tengok apa wa boleh buat lulu”

Lepas dia periksa kereta aku buat kali kedua dia cuba yakinkan aku..

“Lu punya keleta aa.. talak apa punya.. Cuma bumper sama lampu belakang kena bikin balu.., body itu sikit kena kasi ketuk… tapi ini keleta lu boleh bawa balik.. hali laya maa.. lu happy-happy lulu laa.. nanti lepas laya lu latang balik aa.. semua wa tanggung maa.. ok! ”

Memanglaa dia kena tanggung tapi aku pulak yang jadi tak sedap hati nak balik kampung. Sadis sungguhlaa..Aku masih kurang berpuas hati sebenarnya dengan keadaan kereta tu jadi pada keesokkan harinya aku bawa pula kereta tu ke bengkel lain sehingga aku rasa benar-benar yakin untuk mulakan perjalanan. Yang tambah menjadi tak bestnya bila aku kena pulang awal sebab kereta tu kena masuk balik bengkel untuk dibaiki. Rosak segala program yang telah diaturkan kemudian line Celcom pulak bertambah teruk di rumah mak mertua aku… dahlaa patah kaki sebab kereta masuk bengkel nak update blog pun tak boleh.. dugaan…

memaksa aku buat satu lagi keputusan drastik.. apa dia?? tunggu…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Berita gembira di akhir Syawal..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 16 Responses to “Tragedi 1 Syawal”

  2. By samdaddycool on Sep 28, 2009 | Reply

    Nak buat camne takde rezeki dan takdir untuk uji kesabaran..

    p/s- nasib baik ko tak tukar jadi hijau, kalo tak, mau kena campak pomen tu.. :P

    [Reply]

  3. By fikri on Sep 28, 2009 | Reply

    ahakz! sorry tau bro… saya ada tergelak sikit bila terfikirkan macam mane kete tu pelan-pelan turun langgar kete lain… sepanjang masa nak langgar tu, mst gabra giler… :)

    pape pon, nasib baik x de pape phal… buatnya ada org ngah bawak moto blakang ke… silap2 kene langgar…

    tu lah psl… saya tgg nye tgg… bilalah nak update blog ni… boring wo… dah lah raya saya abis hari rabu minggu lpas… :( dah nak kne balik uniten sbb nak exam…

    [Reply]

  4. By titan on Sep 28, 2009 | Reply

    ko patah kaki? biar betul nih..

    [Reply]

  5. By Shaffik on Sep 29, 2009 | Reply

    Nasib baik ader kereta lain yang menghalang..kalau tang dah tentu ke TSN..aper2 alhamdullilah tuan punyer kereta tak ada aper2

    [Reply]

  6. By Jmay on Sep 29, 2009 | Reply

    Sabar yer bro..mungkin ad hikmah disebaliknya.. pape pun syukur bro dan keluarga selamat :)

    [Reply]

  7. By Ezad on Sep 29, 2009 | Reply

    Keputusan drastik itu ialah..kereta baru..hehe, nasib ada kete lain blakang tuh kalu tak beraya dengan pomen ler gamaknya.. :p

    [Reply]

  8. By nuaeman on Sep 29, 2009 | Reply

    Itulaa kalau boleh tukar jadi hijau aku gerenti cuba tahan dulu keta tu.. huhu..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Sep 29, 2009 | Reply

    nasib baik aku pun tak penyek sebab nak tahan keta tu.. konon nak jadi superman aaa..

    oo ko exam ghupenya.. aku Ym ko tak dapat ke.. nak tanyalaa perkembangan projek tu.. tapi ko fokus exam dululaa

    [Reply]

  10. By nuaeman on Sep 29, 2009 | Reply

    Ko ni buat-buat tak paham plak…

    [Reply]

  11. By nuaeman on Sep 29, 2009 | Reply

    Kalau tak lagi menangis aku.. menangis kereta satu hal pastu menangis tak bleh balik raya.. uwaaa..

    [Reply]

  12. By nuaeman on Sep 29, 2009 | Reply

    Kereta baru.. huhu.. akan2 datang kot.. aku tunggu ko beli dulu..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Sep 29, 2009 | Reply

    haah alhamdulillah aku pun takde apa-apa.. hati jee remuk..huhu

    [Reply]

  14. By Ezad on Sep 29, 2009 | Reply

    Kih3..

    [Reply]

  15. By Kujie on Sep 29, 2009 | Reply

    keputusan drastik tukar Grand Lavina ke?

    [Reply]

  16. By Motivasi Kerja on Sep 30, 2009 | Reply

    alahai..kesian dan simpati pun ada. Tapi simpati jelah. Nak tolong pun tak dapat. Inilah disebut malang tidak berbau. Tapi excited nak tau ap dia keputusan drastik tu?

    [Reply]

  17. By MatKool on Oct 3, 2009 | Reply

    sabor laa. kena angkat yang baru la nampaknya.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge