Suatu Hari di UTM Skudai
Ditulis pada March 18, 2009 – 10:45 am | Oleh nuaeman Share
Tengahari semalam aku ke UTM Skudai untuk ambil isteri aku. Memandangkan aku sampai ngam-ngam waktu zuhur baru sahaja masuk maka aku ambil kesempatan untuk solat zohor berjemaah dahulu. Setelah selesai berjemaah aku lepak sekejap di hadapan Perpustakaan.
Aku nampak ada satu meja dibuka berdekatan dengan tangga yang mana selalunya disitu adalah tempat orang jual buku. Tanpa menunggu lama aku terus sahaja menjengah. Memang betul sepertimana yang aku sangka ada 2 warga Turki sedang menjual buku-buku tulisan seorang tokoh ulamak yang mungkin semakin dilupakan iaitu Bediuzzaman Said Nursi.
Aku memberi salam ” Assalamualaikum brother..” . Salam aku disambut mesra dan kami berjabat tangan. Sambil membelek-belek buku yang dijual kami sempat berbual dan berkenalan. Dia memperkenalkan dirinya dan memberitahu aku bahwa beliau berasal dari Turki. Tak lama selepas tu datang seorang pak janggut memberi salam.. ” Assalamualaikum… Im said from Saudi Arabia..” Kemudian ada lagi salam diterima dan bila ditanya kali ini saudara seislam tersebut adalah dari Kazakstan. Tiba-tiba kawasan itu menjadi penuh seketika dengan saudara seislam dari pelbagai negara. Timbul rasa seronok dalam diri aku bila melihatkan keadaan ini.
Aku terfikir pulak realiti sebaliknya yang berlaku di Malaysia bilamana kita sesama islam disini seakan sukar memberi salam sesama saudara seislam yang sama kulit dan juga sebangsa dengan kita. Kalau adapun setakat pada yang kita kenal sahaja. Kadangkala usahkan memberi salam bahkan senyum pun jauh sekali. Mengapa terjadi begini ya??
Entri Berkaitan:






















One Response to “Suatu Hari di UTM Skudai”
By nikillas on Mar 18, 2009 | Reply
Aku pula hanya memberi salam pada org2 yang kenali je.. org yang tak kenal pula, jarang2 bagi salam.. hurmm..