Sesungguhnya Janji Allah itu Benar…

Deringan telefon memecah keheningan pagi Ahad aku. Berita yang disampaikan dari panggilan tersebut telah aku jangkakan sejak awal lagi lantas aku terus dapatkan isteri dan meminta supaya dia bertenang. Dengan nada perlahan aku katakan.. ” Ayah dah bagitau ibu kan.., sepertimana yang ayah katakanlah..” Isteri aku faham maksud kata-kata aku dan alhamdulillah dia tenang.. walau air mata telah mula bergenang di  kelopak matanya.

Kami tak menunggu lama untuk bersiap kerana dokumen arwah ada di tangan kami seperti kad pengenalan dan sebagainya. Jadi untuk melaporkan kematian juga perlukan kehadiran kami. Tanpa bersarapan pagi itu , terus sahaja aku , isteri dan anak-anak berangkat ke rumah mak mertua aku. Bapa mertua aku telah pergi buat selama-lamanya dan sekiranya melihatkan keadaannya sebelum ini berita ini tidaklah mengejutkan tetapi tetap menyedihkan. Ketika dalam perjalanan, sambil menenangkan isteri disebelah aku teringat semula saat-saat akhir ketika arwahnya masih ada dan sebenarnya gerak hati aku telah lama memberitahu tentang akan berlakunya perkara ini.

Sekitar 100 hari sebelumnya…

“Buat apa Bak nak keluarkan duit simpanan tu.., Ayah bukan apa bu.. memandangkan duit simpanannya pun bukan banyak mana. Nanti kalau apa-apa berlaku kat susah.. ” Begitulah lebih kurang kata-kata aku kepada isteri ketika dia memberitahu Arwah nya nak keluarkan kesemua duit simpanan bagi tujuan menambah baik rumah. Aku tidaklah terus menentang tetapi sekadar meminta dipertimbangkan semula hasratnya tu. Apapun keinginan arwah begitu ketara kali ini maka kami beralah, pada aku biarlah.. ini hajatnya dan duit itu pun duit dia. Pada ketika tu Arwahnya telah mula sakit lutut tetapi masih boleh untuk bangun dan berjalan dengan menggunakan tongkat.

Sekitar 40 hari sebelumnya..

Alhamdulillah.. kerja menambah baik rumah telah pun selesai. Sempat arwahnya melihat rumahnya yang telah siap diubahsuai. Tak lama selepas itu Arwah tiba-tiba hilang selera makan dan badannya pun beransur kurus. Dalam masa yang sama Arwah kelihatan mula meracau-racau mengatakan ada seorang tua yang kerap berada di sisinya hampir setiap masa walhal tiada sesiapa pun disitu. Ketika itu aku telah mula rasa sesuatu. ” Ibu.. ayah tengok keadaan Bak tu.. agak lain macam sikit. Bukan maksud ayah yang dia takde harapan cuma.. ayah harap sekarang ni ibu mula sedia untuk hadapi apa sahaja kemungkinan. Bukan kita harap  ia berlaku tapi.. yelah.. benda tu tetap akan jadi.. ” Isteri aku faham benar apa yang aku cuba sampaikan.. perlahan – lahan air jernih membasahi pipinya..

7 hari sebelumnya…

Ketika sedang membeli makanan untuk makan malam tiba-tiba aku dapat panggilan dari rumah mak mertua. Di hujung talian abang ipar aku dengan nada sedih memberitahu keadaan Arwahnya seakan teruk dan meminta kami balik secepat mungkin. Kami terus bergegas dan di dalam kereta air mata isteri aku telah tidak tertahan lagi. Sesampai sahaja di rumah mak mertua aku, kelihatan beberapa jiran di luar rumah seolah-olah membayangkan sesuatu. Tempat yang pertama dituju adalah bilik arwah dan aku lihat arwah masih terbaring dalam keadaan yang begitu uzur. Badan beliau yang dulunya agak gempal tetapi dalam waktu yang sungguh singkat yang jelas kelihatan hanyalah tulang temulang. Aku terus memegang kakinya, masih panas.. “ouchh! sakitt!”  tetiba dia bersuara dan isteri aku cuba suapkan bubur. Nampak berselera pulak arwahnya makan pada malam itu., tiba-tiba datang pula seleranya. Lintasan hati aku semakin risau menyaksikan apa yang berlaku walau yang lain-lain nampak keadaan itu bagaikan ada sisa-sisa harapan untuk beliau sembuh. ” Jangan terlalu berpuas hati ye bu.. ” Aku cuba ingatkan isteri supaya sentiasa bersedia untuk hadapi apa sahaja kemungkinan.

5 hari sebelumnya..

“Ayah.. boleh tak ibu ambil duit simpanan kita lagi untuk beli ubat untuk Bak?” . Walau pada aku tiada lagi sisa harapan tetapi aku tak menghalang isteri untuk usaha beli apa sahaja ubat yang difikirkan baik untuk arwah. Kerana aku tak nak dia rasa terkilan sebagai seorang anak. Usahalah mana yang dirasakan termampu.

1 hari sebelumnya..

“Kenapa Bak ko ni..? suap apa semua dia sembur balik” Mak mertua aku bersuara. Keadaan Arwah kembali teruk. Apa sahaja makanan yang cuba disuapkan tidak lagi mahu diterimanya.  Petang itu aku meminta kebenaran untuk balik sebentar menjenguk rumah sambil ambil baju kerja serta selesaikan apa yang perlu.  Lagipun dah lama juga rumah tu ditinggalkan. Sempat kami mengadap arwah sebentar sebelum berangkat pulang. Malam itu aku bersuara lagi pada isteri ” Esok kita kena balik semula Bu,   melihatkan keadaan Bak ayah risau kalau-kalau dia tak sempat bertemu dengan waktu Asar esok ” . Aku terangkan pada isteri yang tanda-tanda yang aku lihat dah semakin jelas. Pada waktu mengadap Arwah petang itu aku lihat kakinya dah terlunjur begitu rata sekali. Lintasan hati aku juga semakin kuat cuma aku ada keupayaan bersuara pada isteri sahaja.

Rupanya lintasan hati aku sekian lama memang membawa bisikan yang benar. Suasana rumah mertua aku tiba-tiba menjadi hening dan penuh dengan tangisan. Satu keadaan yang biasa bilamana kita bertemu dengan kematian. Sesampai sahaja aku cuba usahakan apa yang termampu supaya jenazah dapat disempurnakan sesegera yang mungkin. Bermula dengan membuat report ke Balai Polis berdekatan, menempah permit kubur sehinggalah jenazah selamat dikebumikan sebelum zuhur…

Sesungguhnya Janji Allah itu benar..

Al-fatihah buat Mohamad bin Sempoh..

Moga rohnya dicucuri rahmat..

Amin…

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Pertolongan Allah itu dekat.. “Ya Allah Ya Tuhanku.. Apa pula kali ini Ya...
  2. Misteri: Hilang waktu berbuka puasa Sedang asyik menjamah nasi ayam penyek ketika berbuka semalam tiba-tiba...
  3. Allah Lebih Mengetahui… “Camna Mad, Ko rasa nak buat Jugak ke?” tanya...
  4. Saatku melafazkan “Aku Terima Nikahnya…” Perempuan biasanya lebih terperinci dalam soal tarikh apalagi sekiranya tarikh-tarikh...
  5. Disangka Malapetaka, Rupanya Allah nak Beri Rezeki ‘TIN!!! TIN!!!’ Aku menekan hon kereta tanpa henti. ‘DUM!!’...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

9 Comments

  • At 2009.06.14 17:47, Mindaku Di Sini said:

    takziah kepada ko n famili ko…kalau memang dh smp masanya…

    • At 2009.06.14 19:34, kak jie said:

      salam takziah..dariNya kita datang kepadaNya kita kembali

      • At 2009.06.15 15:01, ijamidayu said:

        Semoga roh dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..

        Salam takziah buat bro n family..

        • At 2009.06.16 13:03, rohaizad said:

          Kun Fayakun…

          Yang pergi tetap pergi, tetapi yang hidup harus meneruskan tanggungjawab. Hidup harus diteruskan dan jgn lupa doa dari seorang anak terhadap kedua ibu bapanya.

          Salam takziah.

          • At 2009.06.24 16:25, Shaffik said:

            Takziah untuk ko n family. Semoga rohnya di cucuri rahmat dari Illahi…

            Shaffik’s last blog post..Upin & Ipin Ikon Malaysia.

            • At 2009.06.24 21:50, Uncle G said:

              takziah bro… semoga rohnya diberkati

              Uncle G’s last blog post..Trip ke Citypark, Putrajaya dan Melaka

              • At 2009.06.25 01:45, pjan said:

                bila baca tulisan ko ni teringat balik kat arwah mak aku di saat-saat akhir hayat dia.

                pjan’s last blog post..Perjalanan yang cukup membengangkan

                • At 2009.06.27 22:07, samanosuke_04 said:

                  takziah, huhu sabar.. semoga bro and famili selamat, diberkati, amin.. Al-Fatihah untuk arwah…

                  samanosuke_04’s last blog post..Ditching Dubai : Unwell…

                  • At 2009.07.03 03:31, aswill said:

                    takziah di atas pemergian arwah.Memang benar, itu adalah janji Allah yg nyata dan benar.
                    Waktu arwah bapa aku dulu,tanda2 tu memang ada dan nampak tapi aku x berani nak suarakan.Bila aku baca ni,tersentuh hati aku.Al-Fatihah.

                    (Required)
                    (Required, will not be published)