Sepetang di Masjid Kampung Melayu Majidee
Ditulis pada December 17, 2008 – 9:14 pm | Oleh nuaeman Share
Atas urusan kerja aku terpaksa bergegas ke Pusat Bandar Johor Bahru hari ni. Dalam perjalanan balik aku ambil kesempatan untuk singgah berjemaah solat Asar di Masjid Kampung Melayu Majidee. Ini tempat Rohaizad sebenarnya.
Seronok rasanya dapat sama-sama berjemaah solat Asar . Maklumlah semenjak bekerja ni jarang sangat dapat berjemaah untuk solat Zuhur dan Asar di Masjid. Kalaupun dapat berjemaah di tempat kerja , rasanya tak sama. Suasana berjemaah di masjid amat jauh berbeza.Haruman bau para-para jemaah menyegarkan aku. Terdetik dihati, bila agaknya dapat merasa macam ni setiap hari. Sampai waktu, membersihkan diri kemudian memakai bau-bauan dan lantas ke Masjid berjemaah.
Selepas selesai wirid dan doa aku ambil kesempatan untuk duduk bersama-sama warga-warga emas di perkarangan Masjid. Walaupun baru bertemu hari ni terasa kemesraan yang wujud ketika bersama mereka. Bersama desir angin petang tu rasa damai dan blues saja.. hehe..
Sedang rancak berbual mesra tiba-tiba kami disapa oleh seorang lagi warga emas dari belakang. “Nak dengar satu cerita misteri tak?” kata pakcik tu. ‘Aik! nak buat lawak ke pakcik ni..’ bisik aku. “Ahah! ni memang misteri nih, perasan tak setiap hari kalau jemaah duduk kat anak tangga ni mesti pok pek pok pek, tak kiralaah.. cerita politik.., perniagaan.., kuliah pun ada.. lebih hebat pulak dari ustaz kat dalam” “hahaha!!” Kata-katanya itu disambut gelak tawa yang lain-lain. Walaupun dengan nada gurau, tajam jugak kata-katanya tu. hehe.
Tak lama lepas tu kami semua bersurai lalu meninggalkan satu pengalaman menarik untuk aku hari ini.
*Masjid kat atas tu bukan Masjid Kampung Melayu. Itu sekadar gambar hiasan.. heh!
Entri Berkaitan:























13 Responses to “Sepetang di Masjid Kampung Melayu Majidee”
By Kujie on Dec 17, 2008 | Reply
itulah seninya cara org berilmu menegur
meresap terus ke hati
[Reply]
By rohaizad on Dec 18, 2008 | Reply
Sepetang di masjid Kg Melayu… aku bukan sepetang lagi… 2 petang, 3 petang dan memang dah berpetang-petang kat Kg Melayu….
* wujud ker Kg Mat Saleh? kalau ada, nak gak try… ekekeke
rohaizad’s last blog post..Elizabeth Frisinger – siapakah dia?
[Reply]
By nadinezuharra on Dec 18, 2008 | Reply
mmg banyak keistimewaan solat berjemaah lebih2 lg kat masjid..sesuai untuk mereka yang selama ni mencari ketenangan jiwa..
[Reply]
By KampungBoy on Dec 18, 2008 | Reply
Biasala…namanya pn mjd tmpat khusus tuk bwat ibadat, xkan sm skali sm suasananya sm dengan tmpat len…
KampungBoy’s last blog post..Tip Mencari Barang Hilang
[Reply]
By KampungBoy on Dec 18, 2008 | Reply
Sudah smestinya suasana di msjd dengan tempat xkan sam sekali sm…..Ketengan yg dirasai cukop luar biasa
KampungBoy’s last blog post..Tip Mencari Barang Hilang
[Reply]
By ezad on Dec 18, 2008 | Reply
lepas nih dah leh sepetang kat masjid majidee pulak la..haha,
*Rajin kampungboy bg komen sekali 2.
[Reply]
By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply
sinis dan bermakna teguran tu..
[Reply]
By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply
Aku ingat nak call ko semalam.. tapi takut ganggu plak.. esok aku pegi lagi pusat bandar.. nak ambil balik report tu..
[Reply]
By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply
itu yang rasa damai.. jee tu
[Reply]
By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply
Memang cukup luar biasa.. ini tempat sebenar kalau nak cari ketenangan jiwa.. tapi jangan lepak jee.. solat lee sekali.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply
Boleh… ko bawak aku pulak zad..
[Reply]
By farahaznil on Dec 18, 2008 | Reply
hohhoo..ingtkan cerita misteri la td..rupanya..kena sindir suda..hehe
[Reply]
By samdaddycool on Dec 18, 2008 | Reply
… aku baru nak duduk betul2 baca kisah misteri.. rupa2nya pendek je..
samdaddycool’s last blog post..What you will do ….???
[Reply]