Sekitar Bengkel + Seminar buat duit dari aktiviti blogging
Ditulis pada July 15, 2009 – 1:33 pm | Oleh nuaeman Share

Ahad lalu bersamaan 12 Julai 2009 telah berlangsungnya satu seminar di Hotel Straits Meridian Melaka anjuran Rohaizad.com. Program yang diberi nama “ Bengkel + Seminar Buat duit dari Blog” ini diadakan selama satu hari dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang.
Aku bila dipelawa Rohaizad untuk turut bersamanya sebagai watak pembantu bagi menjayakan program ini bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Maklumlah dah lama juga terperuk di JB ni, sesekali dapat keluar ke negeri orang.. bagus juga. Tambah pula baru lepas seminggu ditinggalkan isteri yang mengikuti kursus di Kedah maka sekarang giliran aku pulak yang keluar dan dia jaga anak-anak. Tapi dia pergi seminggu aku pergi dua hari jee.. tak adil.. tak adil..
Berbalik tentang Seminar blogging ni.. alhamdulillah bagi aku perjalanannya cukup lancar dari awal hingga akhir. Agak terperanjat juga bila sebelum tidur malamnya tu Rohaizad bersuara “ Mat!, esok sebelum mula ko bacakan doa eaa..” . “Ulp!” terkedu kejap bukanlah tak biasa bacakan doa tapi kalau boleh biarlah disesuaikan dengan majlis, takkan nanti nak baca doa kenduri arwah pulakkan. Jadi aku tidur lambat sikit malam tu untuk karangkan satu doa ringkas. Terpaksa kacau si Syafik dan Boy yang sedang asyik dilamun mimpi kerana nak pinjam pen. Huh!
Aku cukup gembira dapat berjumpa blogger-blogger yang selama ni hanya kenal di dunia maya sahaja. Aku cuba tegur semua tapi kalau ada yang rasa aku tak tegur korang tu. Mohon maaflaa mungkin aku terlepas pandang. Bila dah kenal rupa nih esok-esok kalau terjumpa kat mana-mana janganlah buat-buat tak nampak pulak. Tentang apa yang dah dipelajari dari seminar tu kalau boleh di laksanakan segera. Nak hubungi aku untuk tanya apa-apa pun aku tak kisah. Kita sama-sama masih belajar sebenarnya dan andaikata aku ada peluang yang baik untuk korang mungkin aku boleh kongsi , begitu jugak dengan korang kalau dah mantap esok-esok.
Masa Rohaizad panggil kedepan tu pun aku agak terperanjat jugak kerana ketika tu aku sedang cuba siapkan satu blogpost yang di minta advertiser pada hari sebelumnya. Tak mahal.. $8 jee . Jadi masa disuruh kongsi pengalaman tu aku cuma dapat tangkap rohaizad bercerita tentang tentang salah satu peluang untuk membuat urusan secara terus dengan advertiser dan mendapat keuntungan lebih tinggi berbanding aku yang selama ni hanya penulis artikel untuk blog orang. Jadi apa yang ada dikepala aku ketika tu itulaa yang keluar.. maaflaa kalau sesiapa tak faham.
Secara keseluruhan aku berpuas hati dengan perjalanan seminar nih dan andai dipelawa lagi oleh Rohaizad lepas ni.. confirm aku pegi punya. ( Ceh! tawar diri nih..)
4 Blogger hensem dari Selatan Tanah Air
Entri Berkaitan:







10 Responses to “Sekitar Bengkel + Seminar buat duit dari aktiviti blogging”
By Kujie on Jul 15, 2009 | Reply
Soalan cepumas > gambar terakhir tu
siapa sebelah Rohaizad tu ? yg senyum pipinya tembam
adoi..matilah tanya soalan mcm ni :p
Kujie’s last blog post..Tetamu Exotik Fantastik
[Reply]
By Shaffik on Jul 15, 2009 | Reply
Itu namanya boy. Dari JB jugak tu kak Jie..
Nuaeman : oo yg malam masuk bilik aku cakap nak rocall tu pinjam pen untuk tulis doa yer…alhamdillah semuanya berjalan lancar…
[Reply]
By topo on Jul 15, 2009 | Reply
agak terkilan gak la tak dapat pergi.. hohoh tapi nak buat camne.. krisis kewangan yang serius di awal semester.. hohoho
topo’s last blog post..baby muslimah RSS Feed Icon
[Reply]
By Mindaku Di Sini on Jul 16, 2009 | Reply
apsal la gambar last skali nampak gay sangat wei? hahahahhha
Mindaku Di Sini’s last blog post..Take a good care of your pet
[Reply]
By rohaizad on Jul 16, 2009 | Reply
Hampeh ko Yam… hahahahah!
** Si dak Nuaeman ni salah tulis ke mengenai description gambar yang last tu? Dia tulis:
“4 Blogger hensem dari Selatan Tanah Air”
*** Dia rabun ke?
Dah sah-sah yang hensem cuma seorang.. yang belah kiri tuhhhh….
[Reply]
By nuaeman on Jul 16, 2009 | Reply
aya baru nak jawab si shaffik dah jawabkan dah..
[Reply]
By nuaeman on Jul 16, 2009 | Reply
Aku boring masa tu.. orang lain semua dah tidur.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Jul 16, 2009 | Reply
Takpe topo.. lain kali boleh pegi.. insya_Allah nanti Rohaizad buat lagi
[Reply]
By nuaeman on Jul 16, 2009 | Reply
Gay?? ko ni nak balas dendam kena cop brutal ke.. hehe
[Reply]
By megat on Jul 16, 2009 | Reply
seronok! bila lah aku dapat join sekali. masing-masing sudah capai ke satu tahap yang memberangsangkan!
tahniah!
megat’s last blog post..Sony DSC-H1 – Testimonial Dan Kemampuannya
[Reply]