Seharian masa aku habis di Workshop!
Ditulis pada December 11, 2008 – 11:39 pm | Oleh nuaeman Share
Aku hanya mampu menatap screen laptop aku pada pukul 5.30 petang hari ni. Seharian masa aku hari ni dihabiskan di workshop. Kereta buat hal dan menepuk-nepuk dompet supaya tolong keluarkan seketul dua bagi membantunya untuk terus bernyawa. Yang terseksa sikit tuannya.. bukan seketul dua yang diperlukan tapi lima ketul! Adeiii..!
Heh! Pagi tadi waktu aku bergerak ke tempat kerja tiba -tiba kereta aku bergoyang satu macam. Dah bagai ada gempa bumi dibuatnya. “Ape ke heinya pulok ni!” bisik hati aku. Takkan nak ganti drive shaft lagi. Aku cuba teruskan perjalanan tapi nampak gaya keadaannya amat menakutkan. Takde jalan lain ni melainkan terpaksa masuk bengkel.
Dalam pukul 9.30 pagi aku dah tercongok di salah satu bengkel yang tak berapa pupolar di JB. Aku bagitau mereka kereta bergegar satu macam dan aku agak drive shaft rosak. Si mamat mekanik tu ambil kunci dari aku dan cuba ‘drive’. Dengan konfiden mamat tu kata bearing rosak. Aku cuba pastikan “Eh betul ke?” tapi diakan pomen so aku dengar jelah penjelasan dia. “Wokeh kasi tukarlah”. Siap tukar bearing dan tie rod lebih kurang pukul 12 tengah hari. Untuk dua barang tu saja dah kena keluar 2 ketul note 100. Dalam hati takpelaa untuk keselesaan dan keselamatan.
Oleh kerana waktu dah tepat jam 12 tengah hari. Aku rasa elok aku beriktikaf sahaja dulu di Masjid berdekatan sehinggalah waktu zohor. Setelah selesai solat zohor berjemaah baru aku merancang untuk lakukan aktiviti seterusnya. Semasa aku memandu kereta aku dekat Highway, getaran yang aku rasakan awal pagi tadi masih lagi ada. ” Aik! apa kejadahnya nih..” Bagi aku takde beza langsung sebelum dan selepas dibaiki. Tanpa membuang masa aku berpatah balik ke workshop tu kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Aku tengok takde seorang pun kat workshop tu. ” Mak Aii! takkan semua pergi lunch kot”. Sementara menunggu mereka aku makan dulu di restoran berhampiran kira-kira sehingga pukul 1.50 tengah hari. Ketika jam menunjukkan hampir ke pukul 2 petang aku sampai kembali di workshop yang sama. Masih juga lengang. Takde sebarang tanda-tanda mengatakan ada manusia sekitar tu. Dalam pukul 2.25 petang baru aku perasan ada kelibat sorang mamat datang dari belakang bengkel. ” Orang lain mana?” tanya aku. “Owh! diorang semua rehat aa bang. Tak lama dah.. jap lagi diorang masuk”. Aduuuh.. lamanya rehat aku membebel dalam hati.
Sekitar jam 2.40 petang barulah nampak muka-muka pomen tu.. itupun dok berlegar-legar sehinggalah pukul 3 petang baru mereka nak tengok balik kereta aku. Kali ni baru mereka terima aku kata drive shaft rosak. Alamak kene keluar lagi ni.. . Kira punya kira untuk kiri dan kanan termasuk upah aku perlu keluarkan lagi 3 ketul. Adeh.. seksa poket. Nak wat camna ,nanti tak sedap pulak bawa kereta. Membahayakan pulak tu.. “‘on’ jelaa dik” aku bagi keputusan.
Yang tak bestnya barang kena order dulu. Emm.. tunggu lagilaa nampaknya. Dekat pukul 4 petang baru barang sampai. Siap pasang dan test sekali lebih kurang jam 4.40 petang. Fuh! lama betul aku lepak bengkel hari ni. Sempat habiskan 122 helain muka surat buku yang aku baca. huh!
Aku berterima kasih pada mereka yang membaiki kereta aku ni cuma beberapa perkara yang aku sedikit terkilan.
- Mereka tak membuat pemeriksaan secara keseluruhan dahulu sebelum membaiki.
- Waktu rehat yang terlalu lama. 1 jam 30 minit untuk semua pekerja. Perggh! Dah macam kerja kerajaan. Kalau buat rotation pun ok.
-Membiarkan customer menunggu terlalu lama. Kalau tunggu mereka membaiki kereta takpe juga.. tapi waktu melahu yang berlebihan aku rasa.
-Kadar Efisyensi yang terlalu lemah.
Apapun alhamdulillah.. semuanya dah selesai dan kereta aku dah pulih seperti biasa.
*Terima Kasih Banyak buat Rohaizad dan Menj. Bantuan kalian amat-amat aku hargai.
Entri Berkaitan:





18 Responses to “Seharian masa aku habis di Workshop!”
By yattie on Dec 12, 2008 | Reply
seharian kat workshop?ade la pngalaman tgk mekanik2 tu wat keje..pdang dr sudut positiv!:)hehe
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2008 | Reply
Yep, memang dipandang dari sudut positif.. bila perkara tu dihighlightkan bukan bermakna kita berfikiran negatif tetapi peningkatan yang perlu dilakukan bagi sesetengah bengkel.
Kalau seorang mekanik membuka tayar kereta seorang customer kemudian meninggalkan customer tersebut di bengkel selama 1 jam 30 minit tanpa bagitahu apa-apa berita bagi saya itu keterlaluan.
Kita tidak memberi komen lambat atau cepat mereka buat kerja tetapi tahap keseriusan mereka.
[Reply]
By mazuki selangor2u on Dec 12, 2008 | Reply
gile lama diorang rehat sampai satu jam setengah….
[Reply]
By rohaizad on Dec 12, 2008 | Reply
Kalau blogging lama macam tu, mau 40 artikel boleh submit. ekekeke
rohaizad’s last blog post..Ku Tunggu Jandamu.
[Reply]
By yattie on Dec 12, 2008 | Reply
tol gak tuh..xley jd ni..huh
yattie’s last blog post..resipi: ayam masak sos..
[Reply]
By samdaddycool on Dec 12, 2008 | Reply
… 1 jam 30 minit.. kalau masuk pit F1, alamat penonton dah balik umah (habis race.. )
samdaddycool’s last blog post..Is this your dream car???
[Reply]
By chuckiesd on Dec 12, 2008 | Reply
lama gile rehat..bro..silap2 bley tido tu..
chuckiesd’s last blog post..Jangan laa memalukan anak.
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2008 | Reply
itulaa pasal.. siot jee..
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2008 | Reply
haha.. betul betul.. kalau ada laptop masa tu ok gak.. lama tu..
[Reply]
By KampungBoy on Dec 12, 2008 | Reply
Pasni ko kena pergi bengkal yg ada wifi. Hoho…barula xboring
KampungBoy’s last blog post..Saya Nak Jual Domain. Berminat???
[Reply]
By Richie on Dec 12, 2008 | Reply
hoho..dah lame tak berkunjung kat blog ni
busy skit..hehe
Richie’s last blog post..Kursus Hebat Joomla
[Reply]
By zool on Dec 12, 2008 | Reply
AKu selalu gak kena camni..
APahal pun jangan datang lagi ke workshop itu..
zool’s last blog post..Jadual Bajet
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2008 | Reply
Aku pun semalam rasa cam nak balik umah jee.. nasib baik dah bayar.. kenelaa tunggu
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2008 | Reply
kalau ada port baik aku memang dah tido punya.. hampeh tul!
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2008 | Reply
Idea bagus tuu.. patut sekarang workshop kene fikir sediakan servis tu..
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2008 | Reply
Amacam dengan tawaran tu richie..
[Reply]
By titan on Dec 12, 2008 | Reply
okla tu kalau ada buku nak baca. aku dulu, gi cari cc. mana tahuan berjam-jam tunggu keter siap..
titan’s last blog post..13 Cara Pendapatan Internet Terbongkar
[Reply]
By Taukey on Dec 13, 2008 | Reply
hehehehe. aku dah biasa gak macam tu. susah betul. nasib baik dekat rumah aku ni ada mekanik. aku hantar kereta pas tu jalan kaki balik rumah
Taukey’s last blog post..Kursus Belajar Joomla
[Reply]