Saatku melafazkan “Aku Terima Nikahnya…”
Ditulis pada August 19, 2009 – 1:18 pm | Oleh nuaeman Share
Perempuan biasanya lebih terperinci dalam soal tarikh apalagi sekiranya tarikh-tarikh itu ada berkenaan dengan diri mereka. Bagi lelaki pula sesuatu tarikh itu bukanlah tidak penting tetapi tidak mahu terlalu memikirkan sehingga ianya menjadi satu perkara yang sangat serius kiranya terlupa.
“ Ayah, lagi satu harilah.. itupun dah lupa ker”
Tersenyum aku membaca SMS ini. Dikirimkan oleh isteri tercinta demi untuk memperbetulkan kenyataan aku semalam mengenai ulangtahun perkahwinan kami. Ya, wujud kekeliruan mengenainya kerana aku senang meletakkannya pada 20 Ogos atas sebab majlisnya dilaksanakan pada tarikh ini manakala bagi isteri aku pula tarikhnya adalah 19 Ogos dimana pada saat inilah aku melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA…”
kredit gambar : ahzan14.blogspot.com
Mungkin bagi seorang perempuan seperti isteri aku dia memilih tarikh berdasarkan waktu termeterainya janji dan ikrar yang dia telah menjadi milik seorang lelaki yang bergelar suami. Di pihak aku pula alasannya ialah ijabqabul dilaksanakan pada sebelah malam kemudian kami balik ke rumah masing-masing. Kehidupan sebagai pasangan suami isteri terasa pada keesokkan harinya bilamana aku mula bertandang ke rumah mertua untuk diraikan dan bezanya hanya beberapa jam sahaja dari waktu nikah.
Aku juga ada cerita menarik tentang tarikh nikah ini…
Percaya atau tidak bahawa tarikh nikah aku hampir-hampir bakal ditunda. Ini semua gara-gara saudara di sebelah pihak isteri yang mengatakan tarikh yang dipilih oleh kami adalah tarikh hitam dan akan memberi petanda tidak baik untuk pasangan. Aku cukup berang waktu itu kerana tarikh tersebut telah lama diputuskan dan adalah tidak masuk akal kiranya mahu ditunda atas sebab kepercayaan khurafat seperti ini. Kad jemputan juga telah diedar dan apakah senang-senang sahaja mahu di ubah. Ini kerja gila!
“Kalau boleh, nak je saya hantuk-hantuk kepala makcik-makcik awak yang bawak cerita dongeng ni! Menyusahkan orang betul!” bebel aku menzahirkan rasa geram pada bakal isteri di telefon waktu itu.
Saudara disebelah isteri aku ramai yang berketurunan bugis dan sebilangan kecil dari mereka masih lagi memegang kepercayaan-kepercayaan yang boleh disifatkan sebagai khurafat. Apapun syukur kerana keluarga pihak isteri menerima penerangan dari aku maka segalanya diselesaikan dengan cara baik. Tarikh yang dipilih tidak diubah dan perjalanan majlis pernikahan kami berlangsung seperti biasa. Aku perlukan dua kali lafaz “ Aku terima nikahnya..” sebelum di ‘sah’ kan oleh para saksi.
Aku cuba melaksanakan sebaiknya segala ikrar dan tanggungjawab yang terkandung disebalik lafaz “ Aku terima Nikahnya..” sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Alhamdulillah genap 4 tahun perkahwinan kami. Dari berdua kini dah berempat dan dari berbahasakan ‘Abang, sayang’ sekarang dah bertukar ke ‘Ayah, ibu’. Manisnya alam rumahtangga…
“Malam ni kita nak makan kat mana ya Ayah ?” soal isteri di dalam kereta pagi ini.
“Makan kat mana?” Aku berkerut… “Owh ya.., emm kita beli sajalah kemudian makan kat rumah, bukan ke ibu takut H1N1?” sambung aku disambut senyum meleret sang isteri…
Entri Berkaitan:






16 Responses to “Saatku melafazkan “Aku Terima Nikahnya…””
By MyDailyBlog.Info on Aug 19, 2009 | Reply
biasalah nuaeman,org melayu nie mmg banyak kepercayaan..
p/s:makan kat dlm kereta?
[Reply]
By nuaeman on Aug 19, 2009 | Reply
makan kat umah.. berbual masa dalam kereta tadi nak pegi keje..
[Reply]
By megat on Aug 19, 2009 | Reply
aku terbalik pulak. selalunya aku yg ingat akan tarikh-tarikh bersejarah tersebut.
ucapan? nnt setelah ko bikin catatan khas mengenai hari ulangtahun pernikahan ko he3.
topik menarik!
ps – bila agaknya nak join peraduan ramadhan ko hu3. tunggu he3.
[Reply]
By boy_bersahaje on Aug 19, 2009 | Reply
Wah.. Makan besar la malam ni ek bro. Huuhuhu. Jangan lupe kawan kat sini
[Reply]
By Kujie on Aug 19, 2009 | Reply
Tarikh kak jie 18/9/1991, arwah bapa mertua yang pilih..hari Rabu.
Jie juga adalah nama panggilan arwah bapa mertua , hanya dia panggil Jie…
Selamat ulangtahun perkahwinan…moga kekal bahagia ke akhir hayat
[Reply]
By samdaddycool on Aug 19, 2009 | Reply
Selamat ulang tahun perkahwinan.. Semoga kekal ke akhir hayat. Semoga dapat perbesarkan lagi jumlah ahli keluarga..
[Reply]
By nuaeman on Aug 20, 2009 | Reply
Tak pasti lagi nak buat entri khas ke tidak.. hehe ni pun kira entri berkenaan ulangtahun gak…
p/s: aku nak baca cerita ko..
[Reply]
By nuaeman on Aug 20, 2009 | Reply
makan kecil-kecilan jee.. tunggu ko balik jb belanja kitaorang… hahah
[Reply]
By nuaeman on Aug 20, 2009 | Reply
Terima kasih kak jie.. begitu jugak dengan barang2 yang dikirimkan.. Asiah isteri saya suka sekali dengan kain tu.. Ammar jgn cerita lah.. sy bagi yang susun kereta tu dulu.. walau dia belum faham lagi.. kemana-mana mesti dikeleknya..
[Reply]
By nuaeman on Aug 20, 2009 | Reply
Amin.. terima kasih sam..
[Reply]
By ezad on Aug 20, 2009 | Reply
Selamat Ulang tahun perkahwinan Nuaeman, semoga yang baik2 hendaknya, cantik gak ek kampung ko kat mersing.
[Reply]
By Kujie on Aug 20, 2009 | Reply
mula2 dia tak faham..nnt faham la tu…mcm mana nak cari jalan keluar..hehehe…mula dari step yang mudah.
yg lagi satu tu, bahaya sikit, kena ada pengawasan…takut dia masuk dlm mulut.
kain purple..hehehe…theme blog kak jie.
itu saja yg sempat kak jie cari, sbb tak dirancang awal2 .
[Reply]
By fikri{dot}com on Aug 20, 2009 | Reply
wwooOOOooo…. nikah…. best nyeee….. ntah bilalah nak salam agreement mcm tu.
[Reply]
By nuaeman on Aug 21, 2009 | Reply
itupun dah cukup bermakna buat kami kak jie.. terima kasih banyak2
[Reply]
By nuaeman on Aug 21, 2009 | Reply
Jangan tunggu lama-lama.. ada calon sambar jee hehehe
[Reply]
By nuaeman on Aug 21, 2009 | Reply
terima kasih.. cantik kee..? heh
[Reply]