Saat kritikal buat adik Akram
Ditulis pada October 15, 2009 – 10:59 am | Oleh nuaeman Share
Aku merenung wajah Akram, anak kedua aku sedalam-dalamnya waktu dia tidur pagi ini. Kepala dan badannya masih lagi panas. Kalau boleh dipindahkan mahu saja aku sedut segala kepanasan itu masuk ke badan aku. Tak sanggup melihat si kecil ini menderita buat kali kedua akibat dari suhu yang terlampau panas. Aku dan isteri cukup panik dengan apa yang berlaku semalam.
“Adik! kenapa ni dik! ya Allah!” terkejut isteri aku bila si Akram tiba-tiba sahaja menjerit. Aku yang sedang berada dihadapan laptop juga panik melihat keadaan anak kedua aku ini. Matanya telah keatas dan kedua kaki dan tangannya telah menjadi kejang.
“Ibu bukak baju adik, ayah sedia air!” Tiada apa nak difikirkan lagi, sememangnya anakku ini telah diserang sawan dan apa yang boleh dibuat sekarang adalah cari jalan untuk meredakannya seberapa segera. Lantas kami mengambil kain tuala untuk mengelap seluruh badan Akram. Apapun usaha yang dilakukan seperti tidak mengubah apa-apa. Keadaan Akram masih seperti itu malah lebih menakutkan kami apabila bibir dan tangannya telah berubah menjadi biru. Mata Akram terbeliak ketas tidak berkelip dan kedua kaki dan tangannya kekal kejang tidak bergerak.
“Ya Allah” Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku suami isteri pada waktu itu. “Ayah..! adik dah tak bergerak..” isteri aku mula berteriak. Aku rampas Akram dari isteri aku dan membawa kebilik air lantas terus sahaja separuh badannya aku masukkan ke dalam besen sambil merenjis-renjiskan air ke kepala dan mukanya.
“Akram, tengok ayah Akram.. Akram.. adik.. ya Allah.. adik.. Allahuakbar..!” beberapa kali aku ucapkan kalimah itu waktu di bilik air. Di kepala aku tiada ingat lain lagi. Aku cukup takut andai apa-apa berlaku dan aku tak dapat menerima kenyataan. Isteri aku telah berjurai air mata. Tidak lama selepas itu barulah nampak ada sedikit reaksi dari Akram. Aku mengangkatnya dan terus selubungkan dengan tuala basah.
“Kita ke Klinik!” Dengan kain pelikat yang telah basah lencun waktu merendamkan Akram dibilik air aku terus sahaja mencapai kunci kereta. Haraplah adik Klinik terdekat yang beroperasi kerana waktu itu telahpun hampir ke jam 12 malam. Alhamdulillah ada Poliklinik 24 jam tidak jauh dari situ.
Layu matanya setelah diambil darah
“Saya bagi surat ni dan awak kena bawa anak awak ni ke HSA (Hospital Sultanah Aminah) seberapa segera. terus ke kaunter kecemasan” kata doktor bertugas seperti pihak mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan untuk menjamin keselamatan Akram adalah lebih baik terus sahaja dibawa ke Hospital.
Setelah diambil darah dimasukkan air pula.. sabar ye sayang..
Di Hospital keadaan Akram kelihatan beransur pulih cuma yang aku tidak tahan ialah apabila melihatkan jarum dicucuk beberapa kali pada tangannya bagi tujuan mengambil darah. Sepertimana yang diagakkan oleh kami berdua suami isteri, Akram perlu ditahan ke wad untuk rawatan dan pemeriksaan selanjutnya. Aku dan isteri redha. “Lakukanlah apa sahaja, yang penting anak kami selamat..” Ianya adalah harta yang amat berharga buat kami. Malam itu kami berdua tidur di wad menemani Akram.
Tempat tidur aku malam itu hanya dilantai beralaskan selipar yang dipakai
Akram dikeluarkan dari hospital setelah satu hari menerima rawatan dan panas badannya pun telah berkurangan. Walaupun begitu ianya masih tidak menentu. Bagi mengelakkan apa-apa yang tak diingini aku mengambil keputusan untuk tidak masuk kerja hari ini. Aku telah melihat sendiri Akram menghadapi saat-saat kritikalnya dan aku tak mahu ianya berulang.. biarlah aku suami isteri sentiasa berada disisinya buat masa ini.
Entri Berkaitan:









22 Responses to “Saat kritikal buat adik Akram”
By hafizmd on Oct 15, 2009 | Reply
salam saudara nuaemen..macam mane keadaan anakanda akram?moge cepat smbuh..ameen..kuatkan hati yer..bersabar dgn ujian Allah..
[Reply]
By wanmus on Oct 15, 2009 | Reply
Alhamdulillah dah sembuh sikit..risau jugak sebab nanti ada anak sendiri, mesti risau macam ni..be tough bro..
[Reply]
By Ezad on Oct 15, 2009 | Reply
Alahai, sabar jek kesian aku tgok Akram nih, be strong brother, amik jek cuti lebih2.. =)
[Reply]
By hafizmd on Oct 15, 2009 | Reply
mmg akan risau camni..huhu..sbr yer nuaeman..
ps.wanmus bile lagik?
[Reply]
By nuaeman on Oct 15, 2009 | Reply
keadaannya masih belum stabil.. macammana nak bekerja kalau macam ni.. hati akan sentiasa risau.
[Reply]
By nuaeman on Oct 15, 2009 | Reply
kalau teringat balik apa yang terjadi.. tak taulaa nak gambarkan perasaan aku ni.. esok ada anak ko akan tau juga bagaimana rasanya.. sukar digambarkan.
[Reply]
By zakeri on Oct 15, 2009 | Reply
sabar…semoga semua selamat…
aku pernah alami keadaan cemas ini…
berlari ke wad kecemasan sudah 2 kali…
sabar ye bro…
naik kurus aku jaga anak aku…
dulu anak aku selalu demam… baik seminggu, pastu demam lagi… ke klinik ajer lah kejer aku… cuti tahunan habis jaga anak… aku rela…
sabar…. bile besar nanti ceritakan semula pada anak itu… inilah pengorbanan ayahmu semasa engkau masih kecil…
semoga semua selamat…
[Reply]
By megat on Oct 15, 2009 | Reply
pernah berlaku kpd diri aku sendiri ketika anak sulong masih kecil. bermula dengan menggigil, panas sangat serta biru dibibir.
terasa ketakutannya, seperti disentap dan merasai akan kebesaran allah yang esa.
semoga anakanda tersayang cepat sembuh.
[Reply]
By Kujie on Oct 15, 2009 | Reply
kak jie menangis baca kisah ni… tak dpt bayangkan…dulu si intan tu kena demam kuning, tiap pagi doktor ambil darah kat tumit kaki, kak jie yg dok tengok dari jauh pun menangis….
along tu masa 5 thn…time berkumpul sepupu sepapat, main bunga api….yg byk asap tu…tiba2 menjerit sesak nafas…apa lagi..panik gile masa tu…kak jie yg terlebih menangis.
anak2 bawah 10 thn kalau demam panas mmg mudah kena sawan..kadang2 kita tak sedar, tiba2 badan dia panas…sbb virus / bakteria dah lama ada dlm badan..antibodi dok melawan..
moga Akram cepat sembuh… dan jgn risau , bila makin besar sawan kadang2 boleh hilang
[Reply]
By titan on Oct 16, 2009 | Reply
insya-Allah. Dia takde apa-apa. Doakan yang elok2 aje. Buat solat hajat dan minta pertolongan.
Aku rasa, kalau aku ada anak. Macam ni gak punya gelabah dibuatnya..
[Reply]
By farahaznil on Oct 16, 2009 | Reply
hmm..benda ni dah 3 kali kena kat adik aku..ni sawan demam panas ni..nasib baik cpt sedar..klu tak efek ke otak jdnya..
p/s-nasihat aku tak byk..dan aku pun bukannya dr..tp klu nak cuba,leh la minta pndpt dr..bila jmpa dr lg skali..try tanya dia boleh tak mintak spare ubat yg mskan kat dlm dubur tu..try la mintak..agak2 klu anak tu dah panas kasi je ubat tu..insyallah dmam reda..ubat tu bgs n leh dptkan kat klinik aje sebenarnya..biasanya bdk2 dmam pns lmbt nak reda..klu ada ubat ni mngkn cpt sikit..wallahualam
[Reply]
By Shaffik on Oct 17, 2009 | Reply
Inilah yang aku risaukan…kesian bila baca entri ko ni…sawan ni tak boleh buat main-main…apa-apa pun harap ko bersabar yer..harap akram bertambah sembuh,…
[Reply]
By hafizmd on Oct 18, 2009 | Reply
aku tau camne rasenyer nuaeman..sbb akupun dah de sorang puteri..hanya Allah jer yg tau betape risaunye bile jadik camni..so far..camne skrg?didoakan sihatla yer..amin
[Reply]
By sany bheuu on Oct 19, 2009 | Reply
assalamualaikum
sebelum anak nak kena demam lain kali
sediakan : 1 ubat bontot untuk kanak2 (leh dapatkan di klinik/farmasi)
2 ubat demam/batuk/selsema herba
3 sediakan kain tuala kecil untuk siram kepala dengan air selalu selang lebih kurang 1 jam ataupun jika kepanansan
4 elakkan ke klinik tapi terus ke hospital (jika terpaksa)
tanda-tanda :
- kurang minum air masak/putih
- kurang aktif/bergerak
itu saja setakat ini, wassalam.
[Reply]
By nuaeman on Oct 19, 2009 | Reply
memanglah kak jie.. bermacam benda bermain di kepala waktu kejadian tu.. takut sangat jadi apa-apa dikala kita masih belum mampu untuk terima kenyataan.. takut sangat tengok keadaan Akram waktu tu..
ingat nak update gambar dia sihat.. tapi ada masalah pulak untuk transfer ke computer..
[Reply]
By nuaeman on Oct 19, 2009 | Reply
Terima Kasih kerana mendoakan.. baru jee dia sembuh tapi badan naik ruam pulak.. aduhai..
[Reply]
By nuaeman on Oct 19, 2009 | Reply
Itulah.. harap satu masa nanti kalau blog ini masih ada bolehlah dia membacanya.. betapa kasih dan sayangnya ibu dan ayah terhadap mereka
[Reply]
By nuaeman on Oct 19, 2009 | Reply
Rasa nak cuti terus jee.. heh
[Reply]
By nuaeman on Oct 19, 2009 | Reply
Sebelum ada anak emm bila nak jemput aku untuk majlis menikahi bakal ibu kepada anak itu.. hehehe
[Reply]
By nuaeman on Oct 19, 2009 | Reply
Terima kasih atas tips yang diberikan.. nanti saya update pasal tips dan langkah penjagaan untuk sawan ni..
[Reply]
By Kak Long on Oct 19, 2009 | Reply
Salam…
Maaf baru berkesempatan membaca.
Sedihnya membaca, tapi syukur kerana Akram dapat melaluinya kerana tindakan cepat nuaeman sekeluarga.
Semoga Akram telah sembuh.
[Reply]