Pertolongan Allah itu dekat..
Ditulis pada September 14, 2009 – 12:15 pm | Oleh nuaeman Share
“Ya Allah Ya Tuhanku.. Apa pula kali ini Ya Allah…”
Aku buntu. Sedar yang Allah sedang menguji hambanya ini dan dari kerana itu aku seperti mahu menangis kerana sememangnya tiada mampu lagi memikirkan apakah tindakan seterusnya yang harus dilakukan.
…….Malam itu aku isteri dan anak-anak berangkat pulang kerumah agak lewat iaini seusai menghabiskan solat terawih di Masjid Ar Rahman, berdekatan dengan rumah ibu mertua. Ramadhan kali ini memang banyak kami habiskan masa disana kerana jika tiada kami sekeluarga tiada siapa lagi yang akan menemani nenek kepada anak-anak aku ini oleh sebab pemergian suaminya yang juga bapa mertua aku pada jun lalu.
Oleh kerana keadaan isteri yang kurang sihat maka kami bercadang untuk untuk membeli sup sahaja bagi dijadikan lauk bersahur nanti. Kami memilih untuk membeli di warung yang tak berapa jauh dari rumah yang mana kira-kira 500 meter sahaja jaraknya. Aku dan isteri merasa agak berpuas hati kerana pada hari itu apa yang dirancangkan oleh kami berdua berjalan dengan lancar, sehinggalah rancangan Allah pula datang menjengah kira-kira jam 11.30 malam setelah aku membeli sup sebelum kami tiba ke rumah.
Entah kenapa kereta yang baru diperbaiki pada siangnya tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Melihat kepada keadaan bateri serta kedudukan gear aku yakin ianya bukan berpunca dari situ. Tetapi untuk puaskan hati juga maka aku meminta tolong salah seorang yang lalu lalang di situ untuk cuba hidupkan enjin dengan menggunakan ‘jumper’ kepada bateri aku. Sepertimana yang aku sangkakan ianya tak mengubah apa-apa maka kerosakan ini sememangnya bukan berpunca dari bateri.
“Pelik juga bang, saya pun tak pernah kena macam ni” kata brader tu
“Itulah pasal, saya memang dah agak bukan bateri yang ‘kong’ sebab radio ngan lampu ok jee boleh ‘on’ macam biasa…” balas aku panjang
“Haah! Lampu ni kuat ni…, tak mungkin bateri.. ‘starter’ tak bang.?” Brader tu cuba mengagak.
“Tapi nak kata ‘starter’.. takde pulak tunjukkan tanda-tanda nak jadi masalah sebelum ni. Saya ‘start’ keta ok jee.. entah apsal plak dia buat hal malam-malam buta ni.. kedai pun semua dah tutup!” jawab aku beserta sedikit keluhan.
“Kalau camtu saya sendiri pun tak boleh nak kata apa.., nak telefon member-member takde pulak yang keje pomen.. rasanya sampai sini sajalah saya dapat tolong bang… maaf sangat..” Brader tu seakan-akan serba salah kerana terpaksa mohon diri.
“Eh! Takpe.. takpe..! awak tolong sampai sinipun saya dah syukur sangat.. Maaf jugak kerana susahkan awak..” Aku sendiri sebenarnya seperti rasa bersalah kerana menyusahkan orang lain pulak dengan masalah kami ni.
Selepas mengucap salam brader tadi berlalu meninggalkan kami yang masih mengharapkan satu keajaiban dari tuhan. Ammar dah tertidur kepenatan dan si adiknya pulak berpeluh kepanasan.
“Kita nak call sapa-sapa tak Ayah? Pakteh ke?” soal isteri aku.
“Dah dekat pukul 12 malam ni bu.., Ayah serba-salah juga nak call diorang.. jauh jugak kalau Pakteh nak datang sini” Jawab aku kebuntuan.
Pada aku kalau dapat orang tolong hantar anak isteri aku ni balik kerumah dulupun sudah dikira baik dan andai kereta ini masih juga gagal dibaiki maka terpaksalah aku balik sendiri berjalan kaki.
Ketika aku sudah seperti tak tahu untuk berbuat apa yang mana di kala itu hanya Allah sahaja tempat aku adukan masalah ni ada seorang cina yang tidak jauh dari situ seperti memerhatikan aku telah agak lama. Setelah dia perasan yang aku mula sedar diri diperhatikan, dibuatnya isyarat tangan yang boleh dimengertikan sebagai “ kenapa?”. Aku turut menjawab dengan isyarat tangan memberitahu kereta punyai masalah.
Dia terus sahaja merapati aku…
“Apa masalah?” soalnya
“Tak boleh ‘start’, tapi bateri masih ok..” kali ini jawapanku ringkas sahaja.
Dia cuba hidupkan kereta aku dengan tangan sebelahnya masih dikocek. ‘Betul ke cina ni..?’ kata hati aku seperti tidak yakin. Kemudian dia pergi ke bonet depan dan terus memerhatikan ke bahagian suis/relay, ada beberapa ‘connector’disitu. Dicabut salah satu dan disambung pula dengan yang lain. Dengan yakin dia cuba hidupkan kereta tu sekali lagi.
‘Subhanallah’ kata hati aku bila melihat enjin kereta menderu, dapat dihidupkan seperti biasa.
“Eh! Terima kasih! Terima kasih!” itu yang mampu aku ucapkan tika tu.
“Sikit saja ni.., wa pun pomen maa..” selamba sahaja jawabnya kemudian meninggalkan aku.
“Alhamdulillah bu.. Allah memberi pertolongan dari jalan yang tak disangka-sangka. Walau tak secara langsung tapi darinya juga timbul gerak hati untuk seorang ‘pomen’ nak makan sate tengah-tengah malam sehingga terserempak pula dengan kita.” Kata aku kepada isteri ketika dalam perjalanan pulang.
Terima kasih ya.. Allah, pertolongan Mu itu dekat tetapi kelemahanku sebagai hamba kerap kali mengkhianati janjiku kepada Mu. Aku terima apa yang berlaku ini sebagai peringatan buat ke sekian kali dari Mu kepada ku..
Barangsiapa yg bertaqwa kepada ALLAH niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.Dan barangsiapa yg bertawakal kepada ALLAH,niscaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya)..(At-Talaq:2-3)
Pelajaran yang boleh diambil :-
1- Pertolongan Allah itu pasti tetapi perlulah ada usaha di pihak kita terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada-Nya.
2- Dalam kes ini, untuk lebih baik sepatutnya kita ada satu nombor telefon kawan yang bekerja pomen – kalaupun dia tak boleh datang, mungkin dia boleh bagi apa-apa cadangan apa perlu kita buat.
3- Dalam apa juga perkara kita hadapi Jangan Lupa Allah!
Entri Berkaitan:
























3 Responses to “Pertolongan Allah itu dekat..”
By megat on Sep 14, 2009 | Reply
subhanallah, allahuakbar!
iman dan yakin dengan-NYA pasti berbaloi. kadang-kadang mungkin ia pertunjuk dari allah tentang kealpaan kita juga kan?
[Reply]
By abrablog on Sep 15, 2009 | Reply
setuju. AKu pun pernah alami benda yang lebih kurang. Enjin kete tak leh setat. Memang bateri weak. tunggu dalam 1 jam. Try setat kete..terus hidup. Apa lagi..terus cari bengkel..
[Reply]
By kusut on May 30, 2010 | Reply
sy dah berusaha..tp pertolongan tu tak konjung tiba…apa lg perlu aku buat,tidak adil aku diuji begini..
[Reply]