Pernah Diganggu atau Diusik ….. ? Hehe..


Ditulis pada July 25, 2008 – 7:38 am | Oleh nuaeman
Share

Aku tiba awal ke tempat kerja hari ni.. ikutkan hati malas jee nak pergi kerja.. melihatkan anak aku dah mula sihat sikit.. biar isteri aku jelaa yang cuti..jaga dia.. Entah kenapa dia tiba-tiba kejang dan mata naik keatas semalam.. masa mak mertua aku call dengan nada tangisan dia.. aku dah tak boleh buat ape.. rasa macam nak berdesup terus jee sampai rumah.. masa on the way dalam kereta.. Ya Allah.. tuhan sahaja yang tahu.. macam-macam perkara bermain kat kepala otak ni.. Syukur doktor kata kami cepat bawa dia ke klinik.. suhu badan dia dah melebihi 40 dan kalau dibiarkan memang amat-amat merbahaya kerana kesannya boleh sampai ke otak.. huhu.. Alhamdulilah… syukur sangat Ya Allah..

Ini insiden kedua sebenarnya. Pertamanya dulu masa aku bawak dia ke kilang.. itu pun satu kejadian pelik.. dia secara tiba-tiba jatuh kebelakang.. kemudiannya bawak ke demam panas.. then sekejap-sekejap terkejut tak tentu pasal.. ramai yang kata mungkin dia kena “tegur” masa kat kilang aku tu.. yelah.. tempat-tempat macam ni banyak benda-benda”halus” yang kita tak nampak.. taknak percaya pun.. akhirnya aku memang kena percaya juga.. dan benda-benda camni pun dah diakui kewujudannya kan.. dan mengikut pengalaman aku pun.. dah banyak kali juga aku diganggu dengan makhluk ni.. huhu.. aku bawa sikit beberapa cerita dari apa yang aku lalui sendiri.. ( ini bukan slot seekers k.. hehe..)

Kes 1 : Hand Drill tiba-tiba beroperasi sendiri

Haa.. ini perkara yang baru sangat berlaku.. hanya 3 hari lepas.. lokasinya di tempat kerja.. biasalaa aku memang selalu stayback untuk fokus pada biz online aku selepas waktu bekerja.. kadang-kadang aku tinggal sorang jee sampai malam.. selalunya.. bunyi-bunyian yang kurang enak didengar aku anggap benda-benda biasa jee disebabkan suasana yang dah sunyi.. tetapi yang berlaku hari tu.. memang amat mengejutkan.. hand drill yang guna tekanan angin untuk berfungsi tiba-tiba beroperasi sendiri.. bayangkan ditengah-tengah kesunyian tu tetiba je.. bunyi drill.. tak terkejut beruk aku.. Erk! masakan tidak air pressure dah tutup camne boleh hand drill ni “on” dan korang pun taukan.. kalau takde yang tekan camne dia leh bergerak.. ish.. masa aku pegi tengok.. apa yang aku nampak hand drill tu terpacak kat atas workbench.. huh! Bila pegang jee dia terus stop.. huhu.. aku tak tunggu lama.. pegi ambil wuduk sat.. lepas solat terus balik.. seram bulu tengkok den dah..!

Kes 2 Lembaga hitam atas siling

Ianya berlaku masa aku bekerja sebagai juruteknik kat salah sebuah syarikat swasta.. masa tu hujung bulan maka terpaksalaa stayback sampai pagi tunggu mesin siap.. oleh kerana jawatan aku masa tu sebagai QA technician.. maka bab-bab quality ni adalah bahagian yang paling last.. so dalam masa menunggu tu.. aku pegilaa tidur sat kat surau.. dalam keadaan 50/50 tuu tetiba ternampak satu lembaga hitam dengan kedudukan macam “spiderman” kat atas siling.. menggelabah aku nak bangun.. tapi tak sempat.. dia macam meloncat kat badan aku.. dan mula aku rasa cam kena tindih.. arghhh!!! cam tak bernafas pakcik.. beberapa minit gak bergelut sebelum aku lepas dan terus cari port baru.. hehehe..

Kes 3 Makhluk putih depan tingkap

Ini time-time jadi student laa dulu.. study sampai tengah-tengah malam.. kedudukan meja study aku kat hostel memang berhadapan dengan tingkap.. kedudukan bilik hostel aku lak paling last yang mana sebelah tu dah kira hutan.. then tengah-tengah menelaah buku ni aku nampak satu makhluk putih berlalu depan tingkap.. macam terbang jee gitu.. jelas sangat depan mata.. walaupun kecut aku cuba pikir kot – kot bebudak sengaja nak permainkan aku.. tapi bila aku buka pintu memang takde orang.. sepertimana aku kata kedudukan bilik aku tu adalah yang paling last.. jadi siapa yang lalu tadi.. huhu…

Ada lagi beberapa pengalaman aku diusik dengan makhluk-makhluk ghaib ni tapi cukuplaa sekadar tu sahaja untuk aku berkongsi. Aku rasa ramai lagi antara kita yang ada pengalaman lebih hebat dari aku.. kalau nak share kat sini boleh juga.. hehe.. tapi cuba tengok kiri kanan dulu.. kot-kot ada makhluk yang memerhati.. :D

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Derma atau Berniaga Semata?
  2. Isu Minyak : PM tak Cerdik atau kita yang tak bijak..?
  3. 10 benda yang pernah menjadi sebahagian dari hidup nuaeman
  4. Hantu lagi.? ermm.. sungguh ke ni?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 10 Responses to “Pernah Diganggu atau Diusik ….. ? Hehe..”

  2. By titan on Jul 25, 2008 | Reply

    banyak kali masa dok asrama dulu. Tak terhitung rasanya..

    masa kat matrik, paling dasat kene kaco, kene tindih la. apa lagi. Bilik aku tu, tak leh dok sorang-sorang..tu pasal aku selalu lepak bilik orang lain malam-malam..

    kat universiti, ni lagi hebat. malas aku cite. nanti depa baca, depa kacau aku balik kang..

    rumah ni..lagi best. aku stay up malam2. diorang tak berani da kacau. sebab mungkin tensen tengok aku tak makan saman kot..

    [Reply]

  3. By ahib0205 on Jul 27, 2008 | Reply

    what???

    pergh.. Alhamdulillah la aku tak pernah lagi takat ni. Tak tau le esok lusa. Bunyi2 pun tak pernah. bau2 pun tak pernah.Tapi pelik ek.. kenapa korang je yang pernah lalui. Aku kekadang sering tertanya. kenapa korang kena? tak semua yang kena?

    er.. korang ckp besar ke? :P

    [Reply]

  4. By Uncle G on Jul 27, 2008 | Reply

    hampir kebanyakan dari kita pernah merasai/melihat/ditunjukkan kewujutan makhluk tanpa jasad nie…

    [Reply]

  5. By samdaddycool on Jul 28, 2008 | Reply

    bukan semua manusiadibukakan hijab utk tgk makhluk halus…

    sepanjang pengalaman aku ikut bomoh dan ustaz berubat, tak pernah nampak apa2 pun.. yg aku dpt tgk, benda yang zahir… tukar suara, berubah perwatakan, tu je… dan aku pun tak pernah kena tindih.

    … tapi aku taknak tgk.. huduh dan menyeramkan muka diaorang ni.. kikiki

    [Reply]

  6. By TH on Aug 13, 2008 | Reply

    betul kata samdaddycool tu. tak semua dibuka hijap. Serius, sejak aku dok rumah ni dan dok asrama dan dok universiti. Memang selalu kene tindih. Selalunya bila aku tertdo tapi tak semayang isyak lagi. Tu kene tindih suruh solat la..

    Selalunya..lagi 1-2 jam before subuh..yang aku bengang. Diorang senyum dan gelak-gelak je masa tindih..tensen aku. Aku pernah tertumbuk kawan aku yang try kejutkan aku bila aku dok jerit-jerit belawan dengan diorang yg tindih aku..ish. Kalau diingatkan kembali. Memag cuak gak la beb..

    [Reply]

  7. By samdaddycool on Aug 14, 2008 | Reply

    TH.. kalo yg tindih ko tu aweks (bini) syok juga kan? :D

    [Reply]

  8. By TH on Aug 16, 2008 | Reply

    hoho..mungkin best kot. Hoho..

    [Reply]

  9. By Adnin on Aug 19, 2008 | Reply

    Biasa aku dengar orang bercakap-cakap kat dalam rumah sendiri . (memang lah ada yang bercakap-cakap tapi kalau tak da orang sapa yer???)

    Kadang2 , kena tindih , dululah masa form3,4,5 , masuk tahun nih, makhluk tu ubah strategi , kalau time benda tu datang (biasanya masa nak dekat tidur 5 minit masa khayal) akan ada sesuatu yang datang berupa angin dari kiri kanan atas dan bawah , kaki kepala. Pastu pening2 sat pastu “tup!!!” , aku dah tak sedar kat mana tah aku ??? walaupun baru jer tido tapi time tu walaupun 5 minit tadi memang tahu kat atas tilam , tapi bila jadi camni cam memori tertinggal di jasad ………………. ??? abih tu aku nih apa??? (jawapannya……..)

    Yang paling sakit beberapa minggu lepas , benda tu ada cakap sesuatu , 1 ayat dalam keadaan marah sambil menguncin diri aku dengan memegang kedua siku ke belakang (ala2 polis) lalu menumbuk pada tulang belakang kat bawah kepala , (sakit beb) .

    Buntu masa tu nak buat apa, aku nak “keluar” dari keadaan ini tapi tak tau camna, tah tiba-tiba aku dapat pusing kan aku punya (roh??) lalu mendakap “makhluk” tersebut dan make pressure , tengah2 peluk ngan kuat2 , aku rasa cam kepala dia ada kat tangan aku , pastu jari aku terpegang lidah dia??? panjang beb (nah aku picit, tekan2 lidah tu) , perlahan2 aku kembali sedar walaupun mata masih tertutup …. Aku berjaya membuka mata walaupun rasa macam aku masih buat pressure pada benda tu dan akhirnya……………………………. aku sambung tidor :D

    [Reply]

  10. By sangilapi on Jun 7, 2010 | Reply

    apa nak buat kalau kita berkongsi tempat dengan ‘mereka’ ini :)

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 20, 2009: Blog Nuaeman » Blog Archive » Hantu lagi.? ermm.. sungguh ke ni?

Post a Comment

CommentLuv badge