Pastikan nombor penerima sebelum menghantar SMS


Ditulis pada December 13, 2008 – 10:23 pm | Oleh nuaeman
Share

Terkadang kita ni terlalu yakin ketika menaip serta menghantar SMS kepada kawan-kawan sehinggakan kita tak periksa betul-betul nombor si penerima samada betul atau tidak. Kalau message tu merupakan satu pesanan biasa takpe juga tetapi bagaimana kalau benda-benda personal macam ayat-ayat cinta serta jiwa-jiwa. Buatnya message yang “cayang” “Bucuk” tu terhantar ke abang atau kakak takpun kengkawan.. pheww!

Kesilapan menghantar message juga boleh memporak perandakan sebuah rumahtangga. Katalah seorang awek nak menghantar message kepada pasangannya tersilap pulak hantar ke mana-mana nombor. Masa tu jam 11 atau 12 malam. Message pulak berbunga-bunga cam “I love you muah muah” ke kan.. Yang terima pulak seorang yang dah beristeri dan orang yang pertama membaca ketika tu pulak isterinya.. agak-agak tak cari nahas tu.. huh!

Ini yang terjadi dalam kisah yang aku nak sampaikan. Benda ni betul-betul terjadi kepada aku. Nasib baik message tu aku terima waktu pagi dan bernasib baik juga aku orang pertama yang membaca. Kata-kata dalam message tu berbunyi begini:

Bye sayangku.. kita akan berpisah buat selamanya.. anggaplah ini adalah pesanan terakhir dariku..

Ianya dihantar oleh juruteknik aku ditempat kerja aku yang lama. Pastinya seorang perempuan. Aku balas balik tanya apahal dia hantar message kat aku. Dia boleh tanya balik message apa. Sahihlaa tersalah hantar tu. Bila aku forward balik message dia bagi. Baru dia mintak maap dan tersipu malu. huhu.. bayangkan kalau masa tu aku tengah mandi kee pastu wife aku yang mula-mula baca. Masak aku!

Jadi moral dari kisah aku ni pastikan nombor penerima sebelum menghantar SMS!

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Nombor Corot pun ada hadiah!
  2. Sebelum Mata Terlena
  3. SMS ucapan Selamat Hari Raya

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 31 Responses to “Pastikan nombor penerima sebelum menghantar SMS”

  2. By menteil on Dec 13, 2008 | Reply

    haha… aku pon penah jadi cam nie..
    malu gak oo…

    tapi bukan la mintak putus..

    kadang2 memang kita leka…

    [Reply]

  3. By |1f34|-|1r3 on Dec 14, 2008 | Reply

    haha…aku pon pernah jadi gak..tp tak kronik cam msg di atas la beb

    |1f34|-|1r3’s last blog post..Technology updates and freebies.

    [Reply]

  4. By Callister on Dec 14, 2008 | Reply

    haha..kes mcm ni memg bahaya..
    aku pernah terhantar kat bapak aku yang aku nak g jumpa xboy aku yang memg bapak aku benci..
    kecoh la sekejap..

    Callister’s last blog post..Keys and worm

    [Reply]

  5. By rohaizad on Dec 14, 2008 | Reply

    Wahahhaa…. satu cerita yang amat lawak tapi memang boleh membuatkan orang bercerai berai… giler betul.

    rohaizad’s last blog post..Menjana wang dengan Chitika.

    [Reply]

  6. By Taukey on Dec 14, 2008 | Reply

    hahahahaha. aku dah hantar mesej cam tu. terima tak pernah lagi. nasib baik mesej “i love you muah muah” jer. hahahaha. aku tersilap hantar kat kawan lelaki. siap dia panggil aku gay. wakakakaka

    Taukey’s last blog post..Kursus Belajar Joomla

    [Reply]

  7. By pcuserz on Dec 14, 2008 | Reply

    hahaha.
    terigt aku silap hntr msg kt ayang aku tp hntr kt akak ofis aku.
    satu minggu jd bahan lawak ofis.
    kadang2 bila pikir balik memang kelakar.
    lawak + malu pon ade.

    [Reply]

  8. By samdaddycool on Dec 14, 2008 | Reply

    lawak.. lawak..
    ..aku paling takut bila balas sms dalam keadaan ‘mami’.. bangun balik keesokan pagi, apa yang aku dah hantar ..?? pada siapa??

    samdaddycool’s last blog post..My way to KL, I saw….

    [Reply]

  9. By samdaddycool on Dec 14, 2008 | Reply

    mamai … silap

    samdaddycool’s last blog post..My way to KL, I saw….

    [Reply]

  10. By shaxx on Dec 14, 2008 | Reply

    aku pernah dapat sms cam ni:

    “kalau x nak brtggungjwp pasal baby dlm perut ni x pa tp pulangkan balik kad atm saya…”

    lebih kurang cam tu la… terkejut beruk aku… terus delete… takut aku nak reply…. serammm….

    shaxx’s last blog post..New Year… New What?

    [Reply]

  11. By samdaddycool on Dec 14, 2008 | Reply

    pasai pa hang tak bertanggungjawab!!!

    …gurau ek.. kikikiki

    samdaddycool’s last blog post..My way to KL, I saw….

    [Reply]

  12. By Aj on Dec 14, 2008 | Reply

    hehehehe..aku nyer silap hantar dh jd istri aku dh

    [Reply]

  13. By titan on Dec 14, 2008 | Reply

    secara jujur. masa aku masih aktif berawek dulu, aku pernah kantoi benda nih. jenuh nak pujuk. tu kawan abg yg hantar la..tu pasal ler terrrr..mesej.

    dan duit aku hangus untuk pizza dan belanje si dia selama 1 minggu..nasib dapat cek adsense dah clear masa tuh..

    titan’s last blog post..Gambar Panas dan Cek Adsense

    [Reply]

  14. By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply

    Lagilah kalau tengah kelam kabut nak pujukkan.. tu tersilap masuk no. Yang balas orang lain pulak huhu..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply

    haha.. pasal apa tu yam?

    [Reply]

  16. By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply

    lawak jugak cerita ko.. wahaha.. terhantar kat bapak tu.. orang ok lagi

    [Reply]

  17. By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply

    Aku rasa mamang ada kes yang lebih teruk dari aku kena ni eak.. masak..masak..

    [Reply]

  18. By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply

    wahaha.. ramai jugak yang ada pengalaman camtu.. aku terhantar tu takde tapi terima ada beberapa jugaklaa cuma yang teruk sikit kat atas tu laa heh

    [Reply]

  19. By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply

    Haa itu salah satu tips sam jangan hantar mesej ketika mamai.. mungkin juga satu sebab aku terima mesej tu waktu pagi.. minah tu mamai kot..

    [Reply]

  20. By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply

    Dasyat tu shaxx.. apa ko dah buat?

    [Reply]

  21. By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply

    Waa.. ini best jugak.. ingat sampai mati tuh.. heh

    [Reply]

  22. By |1f34|-|1r3 on Dec 14, 2008 | Reply

    aku nak MC la konon nyer..nak antar kt manager aku..tetapi aku terhantar kat opis mate aku…sbb nama dlm aku nyer phone semua aku start ngan slb.xxx, nama company kt depan n nama org kt blakang…hehe

    |1f34|-|1r3’s last blog post..Technology updates and freebies.

    [Reply]

  23. By shaxx on Dec 15, 2008 | Reply

    pasal aku tak buat apa2 la aku seramm… kalau aku yg buat lain lah… hehehe

    shaxx’s last blog post..New Year… New What?

    [Reply]

  24. By Callister on Dec 15, 2008 | Reply

    tau xpe..
    memg nak jadi masalah la 2..

    [Reply]

  25. By Rizal on Dec 15, 2008 | Reply

    hoho…bahye,tapi cite haku lg best, haku sms pesan piza
    kat member haku yg pegi shopping complex, an then
    haku mandi, semayang, buat assignment, sejam camtu
    dia balik, aku tanya mana piza? di kata bila plak haku
    pesan piza kat dia… tetiba “ting tong” (bell umah
    daaa)… awek member haku ada depan umah sewa
    kitorang sambil pegang piza ala2 delivery boy
    pizahut…haha… korang agak haku antar kat sape sms
    tuh…hehe

    ps: nama member ngan nama awek dia dekat2 dalam contact list haku….haha

    Rizal’s last blog post..13 Cara Cari Duit Internet

    [Reply]

  26. By megat on Dec 15, 2008 | Reply

    hoho. aku dah biasa kena macam ni. memula tu melentik bagai. tapi aku selalu ambil tindakan selamba sebab aku tahu aku tak bersalah!

    paling tidak, aku akan cakap kat orang umah “siasat dulu jangan nak melenting tak tentu pasal, jangan menyesal kendian hari” wahaha

    [Reply]

  27. By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply

    Fuh! Aktif berawek tuu.. sekarang tak aktif lagi ke titan? Hee

    [Reply]

  28. By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply

    Itu dah kira rezeki Zal.. haha

    [Reply]

  29. By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply

    Hah betul tu.. kang nyesal jee kan..

    [Reply]

  30. By abdfatah on Dec 16, 2008 | Reply

    hahahaa… memang masak laa jadinya. apohal pun kena aktifkan mesej penghantaran untuk langkah berjaga-jaga.. untuk tahu mesej sampai ke mana-mana nomor…

    [Reply]

  31. By ijamidayu on Dec 16, 2008 | Reply

    Mau kena pelangkung dek wife ko bro.. Hahahaha..

    Apa pun perkara nie pernah gak jadi kat aku.. Ada sayang2 antaq kat aku..

    Nah!! Baru dia tahu.. Nasib xdak ayat2 tutttttt…. Cuma ayat cinta-cintun ja..

    Baru la tau, luar garang dalam jiwAng… Hahahahaha..

    Nice story to share bro.. :D

    ijamidayu’s last blog post..Perniagaan Internet. Mengapa perlu takut?

    [Reply]

  32. By titan on Dec 17, 2008 | Reply

    sekarang dah insap. Haha..solo lagi best sekarang. Tap aku tahu aku akan berkahwin juga kalau tak meninggal dulu..

    titan’s last blog post..Pay Per Lead Terbaru : Laporan Percuma PLR Minisites

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge