Owh.. aku dah 30 tahun rupanya..


Ditulis pada January 15, 2009 – 12:58 am | Oleh nuaeman
Share

Aku tak berkesempatan untuk mengemaskini blog sebagaimana biasa untuk minggu ini atas sebab sedikit sibuk dengan urusan baikpulih anak aku yang baru melihat dunia dan kini telahpun bernama. Akram Amsyar, itulah nama yang dipilih. Akram bermaksud yang mulia dan aku tambah Amsyar untuk menguatkan doa untuknya iaini yang cergas. Semoga cergaslah sepertimana abangnya Ammar Ahnaf.

Dari Isnin lepas aku dah asyik berulang alik ke Hospital Sultanah Aminah kerana Akram dimasukkan ke wad bayi atas sebab kuning yang agak tinggi. Alhamdulillah.. setelah 3 hari ianya dah agak berkurangan. Aku sangkakan dah boleh dikeluarkan tapi terpaksa tunggu satu hari lagi.

3 hari di Hospital bermakna 3 hari jugalah aku tak bekerja dan aku ambil masa sedikit hari ni untuk mendaftar kelahiran Akram ni. Pada ketika ini baru aku perasan bahawa usia aku dah nak mencecah 30 tahun. Hanya satu hari sahaja lagi untuk aku tinggalkan usia 29 tahun bermakna pada 15 Januari 2009 aku telah mencapai sebahagian dari usia umat Muhammad yang jika diambil puratanya adalah sekitar 60 hingga 70 tahun.

Pada usia sebegini aku telahpun mencapai sebahagian dari apa yang aku inginkan. AKu telah menjadi seorang suami dan ayah kepada 2 orang putera. Alhamdulillah.. aku juga telah punyai kehidupan sendiri, punya rumah, kereta dan segala keperluan. Satu lagi matlamat yang paling aku impikan belum tertunai iaitu untuk menjadi fulltime father ataupun fulltime husband. Aku harap aku mampu mencapainya sebelum usia aku genap 35 tahun. Yelah kalau kecik-kecik mungkin ada angan-angan nak jadi supermanlaa, ultramanlaa, batmanlaa tapi bila dah dewasa ni kalau boleh aku nak jadi family man.. :) Bukan maksudnya tak bekerja langsung tetapi mungkin boleh melaksanakan kerja-kerja dari rumah. Itupun sekiranya diizinkan Allah.. Hanya Dia yang maha mengetahui..

Aku harap sebahagian umur yang bakal aku lalui nanti insya_Allah.. akan lebih banyak mendekatkan aku dengan Allah SWT. Tidak siapa yang tahu.. mungkin aku hanya diizinkan merasa satu hari sahaja nikmat usia 30 tahun ni. Jadi sedikit masa yang ada ini moga ada manfaat untuk kehidupan aku dunia dan akhirat..

Insya_Allah setelah Akram dikeluarkan nanti bolehlah aku kembali menyambung tulisan mengenai Palestin yang sedikit tergendala. Moga aku diberikan kekuatan dan keizinan untuk menulisnya kembali. Tak tertahan rasanya saban hari mendapat berita berdarah dari sana dan aku fikir ramai dari kita perlu disedarkan termasuk aku..

Catatan pertama pada usia 30 tahun.. aku akhiri dengan video ni.. Ayuh! Bangkitlah!! Bangkitlah Wahai saudara-saudaraku..!!

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Disangka Malapetaka, Rupanya Allah nak Beri Rezeki
  2. Pengalaman 32 Tahun Hidup di Muka Bumi Tuhan
  3. Perihal Limau Mandarin dan Tahun Baru Cina

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 14 Responses to “Owh.. aku dah 30 tahun rupanya..”

  2. By Callister on Jan 15, 2009 | Reply

    owh sudah ada 2 anak rupanya…
    alhamdullilah akram dah sihat..

    bagusnya ada citer2 nak jadi fulltime father..
    xpernah dgr ada org nak jadik mcm 2..
    leh melihat ank membesar kan??

    Callister’s last blog post..Darwin Award

    [Reply]

  3. By |1f34|-|1r3 on Jan 15, 2009 | Reply

    kuning yang tinggi? or demam kuning yg tinggi? selamat hari jadi..untung anak..dekat2 jer bday ngan ayah…nanti leh sambut bersama…save sikit…haha

    |1f34|-|1r3’s last blog post..Use isthatsitedown.com to check site is down or not

    [Reply]

  4. By nadinezuharra on Jan 15, 2009 | Reply

    Selamat Hari Lahir Nuaeman..emm,bagus azam untuk jadi fulltime father itu,satu hari insyaAllah ia akan jadi kenyataan dan awak akan jadi salah seorang dr perintisnya.
    Dan juga saya berharap semoga awak dapat terus menghiasi dunia blog ini dengan penulisan awak yang bernas dan membina..take care,kirim slm pd keluarga ya..

    nadinezuharra’s last blog post..:: Batman & Superman

    [Reply]

  5. By nuaeman on Jan 15, 2009 | Reply

    Harap kesampaianlaa niat dan impian tu.. doa-doakan ye.. :)

    [Reply]

  6. By nuaeman on Jan 15, 2009 | Reply

    Haah demam kuningla Yam.. itulaa semua dekat dekat.. anak kedua aku februari.. buat majlis sekali jee nanti.. family planning nih.. :D

    [Reply]

  7. By megat on Jan 15, 2009 | Reply

    selamat ulang tahun bro! muda 2 tahun dari aku. tapi umur hanyalah nombor.

    yang paling penting bagaimana kita mensyukuri nikmatnya dan terus bijak mengatur sebuah kehidupan berkeluarga.

    aku dah jadi full time father hehe (itu sebab aku sakit haha). seronok juga. memasak, membasuh, mengemas dan bekerja dari rumah wahaha.

    megat’s last blog post..Celcom Broadband, Semakin Lama Semakin Teruk!

    [Reply]

  8. By CallisteR on Jan 15, 2009 | Reply

    insyaAllah…

    CallisteR’s last blog post..Darwin Award

    [Reply]

  9. By Kujie on Jan 15, 2009 | Reply

    sudah 30thn…kita berbeza lebih 10thn..anehnya boleh ‘ngam’ didunia maya dan pastinya sukar di realiti.

    moga dipermudahkan segala urusan…ditetapkan iman, dibukakan pintu rezeki seluasnya dan sihat tubuh badan

    Kujie’s last blog post..Memahami fenomena gerhana matahari versi Makcik Cleaner

    [Reply]

  10. By nuaeman on Jan 15, 2009 | Reply

    Terima kasih.. kerana mendoakan.. dan terima kasih juga..kerana selalu berkunjung kesini

    [Reply]

  11. By nuaeman on Jan 15, 2009 | Reply

    Insya_Allah kalau diizinkan aku akan menyusul langkahmu megat.. :)

    [Reply]

  12. By samdaddycool on Jan 15, 2009 | Reply

    ..Selamat ulangtahun ke 30….

    Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.. amin

    samdaddycool’s last blog post..From pasar malam to Lelong… now Tudung Ekin on eBay

    [Reply]

  13. By muhafis on Jan 15, 2009 | Reply

    wah numan dah cecah 30.. berusia neh.. tp belum veteren lagik.. heheheh guraw je.. sedap name nak2 enko bro.. pndai pilih nama.. tp klu letak dpn Muhammad dh jd pnjg gler lak eyk..

    muhafis’s last blog post..Nombor mana chantek?

    [Reply]

  14. By anis on Jan 16, 2009 | Reply

    sy selalu singgah tapi belum terfikir nak tinggalkan comment… tapi sempena besday encik numan… sy nak wish happy birthday…=)

    anis’s last blog post..Interview di UTEM Melaka

    [Reply]

  15. By nuaeman on Jan 19, 2009 | Reply

    Terima kasih.. singgah singah dan komen-komen laa selalu.. :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge