Negara Kita Negara Orang
Ditulis pada April 19, 2010 – 11:33 am | Oleh nuaeman Share
Gambar diatas ini adalah kenangan waktu aku berjalan-jalan kaki di pekan Torrance, California ketika musim bunga dah hampir sampai kepenghujung dan pada masa yang sama musim panas baru nak bermula. Oleh kerana itu aku masih boleh pakai baju melayu sahaja di tengah-tengah pekan. Memang ketara perbezaan aku yang didalam gambar ini dengan aku sekarang. Paling ketara keadaan perut yang dahulunya lebih terkebelakang dari dada.
Ada kalanya kita rasa Negara orang tu lebih hebat dari negara kita. Ada kalanya pula kita akan rasa lebih bertuah dengan apa yang telah kita nikmati di Negara sendiri. Walau apapun hikmah apabila kita berada di negara asing itu tetap ada…
Aku terbaca satu kisah di dalam Majalah Milenia Muslim isu bulan April dimana Dr. Ahmad Zaharuddin Sani menceritakan betapa sukarnya untuk menguruskan jenazah di Australia. Sudahlah untuk kebumikan mayat perlukan kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu kemudian tanah kubur juga perlu dibeli yang mana lotnya disediakan untuk dua orang. Maksudnya jika suami yang meninggal dunia dan telah dikebumikan di lot tersebut kemudian jika pasangannya pula suatu hari nanti menemui ajal maka akan dikebumikan di lot yang sama. Harga untuk setiap lot lebih mengejutkan…
Untuk satu lot dewasa harganya ialah A$ 5,000 bersamaan dengan RM 16, 000 manakala untuk lot kanak-kanak pula harganya mencecah A$ 2000 bersamaan dengan RM 6400. Jika jumlah itu tidak dibayar terlebih dahulu maka kubur tidak akan digali. Kalaupun berniat untuk jimatkan kos dengan cuba menggali sendiri peraturan disana memestikan setiap penggali kubur membeli satu insurans khas. Lebih kurang seperti insurans kemalangan kerana dikhuatiri apa-apa kes yang berlaku ketika proses penggalian.
Jenazah pula hanya layak dikeluarkan oleh kenderaan jenazah yang telah ada dalam senarai pihak berkuasa. Liang lahad juga tidak disediakan malah pihak berkuasa mengarahkan jenazah dikebumikan bersama keranda. Mungkin bila berhadapan situasi begini kita teringat pula akan kemudahan yang disediakan jika kita ingin uruskan jenazah di negara sendiri. Bayaran untuk penggali kubur hanya sekitar RM 50 hingga RM 80 sahaja (itupun masih ada yang berkira) dan tanah wakaf untuk perkuburan juga telah disediakan.
Lain pula ceritanya dengan seorang ibu yang baru pulang ke Malaysia setelah agak lama bermastautin di Eropah dimana beliau sangat risau dengan kehidupan yang bakal anaknya hadapi disini. Menurutnya ketika di Eropah pasaraya telah ditutup lebih awal manakala sebarang aktiviti malam hari kebanyakkannya dilakukan secara tertutup di kelab-kelab malam.
Berbeza setelah beliau pulang ke tanah air dimana pada waktu 2-3 pagi suasana malam masih hidup dengan remaja masih berpeleseran di gerai-gerai 24 jam. Menurut beliau keadaan di Eropah lebih memudahkan untuk beliau mengawal aktiviti luar anak-anaknya berbanding di negara sendiri. Kisah ini pernah diceritakan di dalam sebuah akhbar mingguan. Situasi ini memang menyedihkan untuk sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam, pemimpinnya Islam dan majoriti penduduknya juga Islam.
Kita akui negara kita masih aman dari pergolakan tetapi kita juga risau bumi yang kita pijak ini lama kelamaan tidak mampu menanggung kebejatan sosial oleh anak bangsa kita dan akhirnya tiba-tiba kemusnahan meletus.
Lebih dan kurangnya ia masih negara kita. Menjadi sebahagian tanggungjawab kita untuk perbetulkan mana yang silap dan tambah mana yang terkurang kerana apa-apa yang bakal berlaku pun kita tak terkecuali untuk merasainya.
Entri Berkaitan:







34 Responses to “Negara Kita Negara Orang”
By rohaizad on Apr 19, 2010 | Reply
Mad, lain giler saiz ko dulu dan sekarang….
p/s: jom.. kita exercise sama-sama!
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
Tau takpe.., aku nak turunkan paling tidak 10kg..kalau bolehlah.. tengah belajar-belajar makan oat.. kene kurangkan ayam penyet..heh
[Reply]
By Bb Hussain on Apr 19, 2010 | Reply
betul tu, kekadang ada perkara yang di amalkan di negara orang membuatkan kita terfikir, kenapa negara kita yg menjadikan Islam sebagai agama rasmi tidak menjalankan sedemikian..
[Reply]
By samdaddycool on Apr 19, 2010 | Reply
Laki tak boleh kurus sangat.. nanti orang umah bimbang laki dia kena ngorat ..:P
kesimpulan= bedal je nasi ayam penyet tu..
[Reply]
By boss on Apr 19, 2010 | Reply
jad aku ingat guest writer.. tapi owner la.. hampir aku tak mengenalinya.. he he..
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
Kalau tanya isteri mmg dia tak kisah.. tapi kesihatan dia kisah bang.. huhu..
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
Itu yang sering bermain di fikiran.. bukan tidak bersyukur dengan negara sendiri tetapi adalah lebih baik kiranya titik hitam itu diperbaiki.. bukan diperbanykkan lagi..
[Reply]
By Dila.13 on Apr 19, 2010 | Reply
Bagi saya, kalau negara kita buat seperti negara Islam yang lain, dah pasti masyarakat bangsa & pegangan lain akan mula bersuara. apa yang penting adalah diri kita sendiri, macam mana nak bawak tak kira di negara sendiri atau di negara orang
[Reply]
By imran on Apr 19, 2010 | Reply
Malaysia juga yang bertuah kerana tanah kubur waqaf dan free je. Pengalaman di Mesir, seperti di Australia juga. Tapak perkuburuan untuk keturunan disediakan di suatu tempat. Bezanya di Australia untuk 2 sahaja, manakala di Mesir untuk seleruh keturunan. Mayat pula tidak ditanam seperti di sini. Hanya disimpan dan diletakkan di bawah tanah (ala-ala piramid). Di bahagian atas tapak perkuburan siap ada penghuni yang menjada tapak tersebut. Memang pengalaman yang berbeza berbanding di Malaysia.
[Reply]
By rohaizad on Apr 19, 2010 | Reply
Mad… untuk Ayam Penyek dan setengah nasi, jumlah kalorinya boleh dihilangkan dengan mudah.
Tapi yang penting, kena maintain setiap hari exercise.
p/s: Ayam Penyek tidak menjadi masalah… janji kita cover balik work out
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
guest writer.. ? aku belum offer mana-mana guest writer lagi kat sini boss.. aku le tu… hensem kan..? kan.. kan..? hehe
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
saya setuju apa yang dila cakap tu.. kita sendiri perlu jaga diri kita.. tapi yang saya bagi contoh negara Eropah tu pun bukan negara Islam.. tetapi lebih mudah untuk ibu tersebut mengawasi anak-anak mereka berbanding negara sendiri kerana yang melakukan kebejatan sosial itupun majoritinya anak-anak orang islam.. bukankah timbul konflik disitu..?
[Reply]
By nuaeman on Apr 19, 2010 | Reply
Itu kelebihan yang buat kita bersyukur dengan negara yang tinggal sekarang..
[Reply]
By sangilapi on Apr 20, 2010 | Reply
“guest writer.. ? aku belum offer mana-mana guest writer lagi kat sini boss.. aku le tu… hensem kan..? kan.. kan..? hehe”
mat, sekarang ni bagaimana pula ?masih hensem lagikah?
[Reply]
By Shaffik on Apr 20, 2010 | Reply
Handsome sikit mad..hahahahahha….skang?
[Reply]
By nuaeman on Apr 20, 2010 | Reply
Guane tak hensem kee aku sekarang.. kecik ati teman abg jo tanya cam tu.. huhuhu
[Reply]
By nuaeman on Apr 20, 2010 | Reply
nanti aku masukkan gambar yang lebih hensem.. hahaha.. aku ni mcm eric cantona.. bila tak aktif kembang semacam badan.. susah lak menurunkannya.. huhu
[Reply]
By Nadri on Apr 20, 2010 | Reply
jgn risau bro..situasi perut kehadapan dialami oleh hampir semua lelaki esp yg dah kawin..
teringat masa bujang dulu perut berpetak2 mcm atlit..
p/s: tuu gambar masa study ke bro??
[Reply]
By nuaeman on Apr 20, 2010 | Reply
saya setuju pendapat bro.. hehe..
Gambar tu masa training kat sana dulu.. company hantar.. nak pegi sendiri memang entah tak tau bila..
[Reply]
By Nadri on Apr 20, 2010 | Reply
bertuah badan bro..company aku cuma mampu hantar training dkt KL ajer..huhuhu..
[Reply]
By nuaeman on Apr 20, 2010 | Reply
Oklaa bro.. keluar jugak dr jb ni.. heheh..
[Reply]
By hafizmd on Apr 21, 2010 | Reply
betul betul betul..hehe
[Reply]
By hafizmd on Apr 21, 2010 | Reply
Salam bro, mesti kiutlah gambar lame tuh..hehe..takpe, janji sihat tu kene maintain..besar sket takpe..hih
Pasal entri ni, pihak berkenaan kt Malaysia ni kene amik perkare ni betul2 serius..kalau tak, tanah yg kite pijak, langit yg kite junjung, negara yg kita sanjung..akan terima balasan yg tak terhingga..kite pun turut same..
Jadi, same2 kite nasihat menasihati..dok gitu boh?
[Reply]
By sangilapi on Apr 21, 2010 | Reply
relax lah,mat….kata orang tak penting,yang penting keyakinan diri sendiri
[Reply]
By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply
aku ok jee..
abg jo.. meja aritu ada lagi tak?
[Reply]
By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply
Semestinya begitu…
[Reply]
By sangilapi on Apr 21, 2010 | Reply
hahaha…jauh betul menyimpang!…kalau ada pun dah segan nak jual(jangan kata nak jual,nak kasi percuma pun aku dah segan
)
[Reply]
By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply
Ye ke bang.. takpe.. takde rezeki saya tu..
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 22, 2010 | Reply
tahu tak pe…
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 22, 2010 | Reply
saya setuju pasal ni.. nape de org leh tahan diri dri pergi ke tempat sebegini, de org tak leh? jadi jati diri & iman tu perlu dijaga
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 22, 2010 | Reply
sbb tu perlu bersyukur di mana kita berada.. pengalaman ke korea dulu, nak makan pun sosah.. hahaa..
mmg teringat sgt2 kt msia (wpun seminggu jer..)
[Reply]
By nuaeman on Apr 22, 2010 | Reply
kalau belah asia timur memanglah Puan Fieza.. pernah sampai ke China.. ada juga restoran muslim tapi.. agak kurenglah..
[Reply]
By Dila.13 on Apr 24, 2010 | Reply
Yang penting kat sini cuma mentaliti masyarakat kita sendiri. kalau masing2 bersungguh nak kurangkan gejala-gejala sosial, kena mulakan dengan diri sendiri. lepas tu cuba tanamkan dalam diri saudara2 terdekat, rakan2. kalau harapkan pihak berkuasa memanglah mereka pun tak kuasa nak melayan sebab terlampau banyak kes berlaku hari2. konflik takkan timbul kalau mentaliti semua orang pun diselaraskan ke arah kebaikan bersama
[Reply]
By cyza on Apr 26, 2010 | Reply
Tak di nafikan memang duk oversea memang lain habis…biasanya best…tu lah pengalaman aku belajar kat oversea…
[Reply]