Misteri: Hilang waktu berbuka puasa
Ditulis pada September 10, 2009 – 5:02 am | Oleh nuaeman Share
Sedang asyik menjamah nasi ayam penyek ketika berbuka semalam tiba-tiba isteri aku bersuara
“Ammar mana yah?”
“Bukan dia ikut nenek dia masuk bilik ke tadi?” aku menjawab dengan melontar kembali soalan
“Yelaa, tapi senyap jee.. Ibu pergi check kejap” balas isteri aku sambil bergegas ke bilik untuk buat kepastian dan tak lama selepas itu dia bersuara kembali ” Ayah! Ammar takde!”
Aku cemas sekejap dan terus meninggalkan nasi ayam penyek yang masih berbaki
‘Ammar!” “Ammar!” puas kami memanggil. Habis digeledah seluruh isi rumah dan kesudahannya anak lelaki sulong aku tu memang tiada. Aku suami isteri menjadi risau dan mula teringatkan kisah orang kehilangan anak di dalam rumah. Ya Allah..
Kami terus memanggil dan tak lama selepas itu kami dapat mendengar suara Ammar tetapi kelibatnya tetap tidak kelihatan. Kami masuki semula setiap bilik, suara Ammar makin jelas, kami terus memanggil.
Bila diamati betul-betul suara Ammar itu datang dari pintu masuk rumah. Si ibu tak menunggu lama untuk terus membuka pintu. Kelihatan Ammar sedang menunggu di luar pintu masuk rumah dalam keadaan tersengih. “Hish, budak ni, Ammar pergi mana?”
Walaupun telah menjumpai Ammar kami masih merasakan kehilangannya sebentar tadi adalah satu misteri. Siapa yang bukakan pintu untuk Ammar? Untuk sedapkan hati mungkin pintu tak ditutup kemas. Kemudian ada lagi persoalan, bagaimana pula Ammar menutup kembali pintu ketika berada diluar rumah? Hish! Ammar juga tak menangis langsung seperti kebiasaan bilamana aku sengaja mengusik menutup pintu ketika dia berada diluar dan waktu kami menemuinya tadi, dia masih tersengih semacam.
“Ammar…, cuba Ammar cakap ngan ayah Ammar pegi mana tadi” Aku cuba bertanya anak yang berusia dua tahun lebih ini kalau-kalau dia boleh beri jawapan.
“Ammar engok.. ebang” balasnya.. ( Ammar tengok kapal terbang.. )
Tengok kapal terbang..? jawapannya masih belum menjawab kemusykilan aku ,isteri serta neneknya. Soalan ku seterusnya hanya dijawab dengan senyum dari Ammar maka ianya terus meninggalkan kami dengan penuh tanda tanya.
Entri Berkaitan:






















17 Responses to “Misteri: Hilang waktu berbuka puasa”
By fikri on Sep 11, 2009 | Reply
ish bdak tu… memang buat suspen btol… tapi, kalo dia ckp tengok kapal terbang tu, memang bleh caya laa… bdak2 cam tu memang x tipu…
[Reply]
By boy_bersahaje on Sep 11, 2009 | Reply
Betol2 misteri tu bro. Silap2 krew misteri nusantara datang umah bro interview sedkit sebanyak. kihkihkh. Boleh promote kat tv3 niche2 blog yang ade. Kasi naik sikit traffic.Muahahahaha
[Reply]
By megat on Sep 11, 2009 | Reply
adeh sebagai seorang yang punyai naluri kebapaan. apatah lagi mereka 24 jam dijaga aku.
misteri kehilangan seketika seperti ini boleh dianggap seperti luruhnya jantung dari tempatnya.
syukur, ammar ditemui. meremang bulu roma aku hu3.
[Reply]
By JHafiz on Sep 11, 2009 | Reply
misteri nye… mujur la bulan posa, setan² dah di ikat semua. apebenda ye? malaikat duk main² ngan ammar k ape?
[Reply]
By naz on Sep 11, 2009 | Reply
agak seram & suspen,misteri betul,ammar tgk ssuatu yg terbang.fuhh,bnyi mcm,arghh bln puasa ni.musykil btul.=(
[Reply]
By nuaeman on Sep 11, 2009 | Reply
Mungkin betul agaknya dia tengok kapal terbang.. tapi tulaa still musykil dia berani duduk luar sensorang.. magrib pulak tu.. selami ni kalau siang pun menjerit bila aku tutup pintu.
[Reply]
By nuaeman on Sep 11, 2009 | Reply
Tengah call TV3 ngan Metro untuk datang ni.. list blog pun dah siap dah nak bagi.. heheh
[Reply]
By nuaeman on Sep 11, 2009 | Reply
Semalam memang risau giler… tetiba jee hilang padahal sebelum tu aku baru bagi dia minum air
[Reply]
By nuaeman on Sep 11, 2009 | Reply
Emm.. tak tahulah apakebenda hafiz.. cuba taknak fikir benda bukan2 tetapi mmg mengundang muyskil kami..
[Reply]
By nuaeman on Sep 11, 2009 | Reply
boleh bagi khabir Bhatia ni naz utk buat drama baru heheh..
[Reply]
By Fatin Pauzi on Sep 11, 2009 | Reply
Jangan lupa listkan blog saya sekali! Haha.
[Reply]
By Fatin Pauzi on Sep 11, 2009 | Reply
Setan memang kene ikat. Tapi, jin tak.
[Reply]
By Fatin Pauzi on Sep 11, 2009 | Reply
Dia suke kapal terbang kot. Kot2 ade kapal terbang lalu kat luar rumah. Budak2, kalau dah suka, takut pun leh hilang.
[Reply]
By faisalhanim on Sep 11, 2009 | Reply
jgn biarkan idup anda diselubungi misteri…bdk kalu lincah mcm tu ler..kejap ada, kejap takde…
[Reply]
By Shaffik on Sep 11, 2009 | Reply
Misteri…cam mane die bley buka pintu and tutup pintu tu? Ker kerana kapal terbang tu, keberaniannya bertambah…uiks misteri nie…
[Reply]
By fikri on Sep 11, 2009 | Reply
tu lah pasal… kan best kalo ada org bleh terangkan pe sbenarnya yg berlaku sampai habis…
[Reply]
By abrablog on Sep 15, 2009 | Reply
ehm..ni yg wat aku rasa nak kawin gak ni. nak da anak..
[Reply]