Menuju ke Masjid Nabawi


Ditulis pada July 15, 2010 – 1:13 pm | Oleh nuaeman
Share

Aku berehat tidak sampai 2 jam di bilik kerana telah sepakat dengan Abang Is untuk turun kebawah dan kemudiannya terus pergi ke Masjid Nabawi. Mak juga ingin menyertai kami dan menurutnya dia mahu duduk di masjid Nabawi sehingga Asar. Aku tidak ada masalah jika itu kemahuan mak.

Kedudukan Masjid Nabawi tidak jauh dari hotel yang kami tinggal. Jaraknya hanya 200 meter sahaja dan itu jika dikira sehingga perkarangan Masjid Nabawi sahaja tetapi jika untuk sampai ke dalam Masjid kita perlu berjalan lagi dalam aggaran 200 meter. Aku, Abah, Mak, Abang Is dan Kak Ani mula bergerak memasuki Masjid Nabawi pada jam 10 pagi. Pak Johari tidak menyertai kami. Cuaca pada waktu itu dirasakan sangat-sangat membahang yang mana dikhabarkan mencapai 48 darjah celcius. Walaubagaimanapun udaranya yang kering membuatkan badan kami tidak berpeluh.

Selepas beberapa langkah memasuki perkarangan masjid mak tiba-tiba mengeluh sakit kaki. Mak menyuruh kami semua berjalan dahulu dan dia akan berjalan perlahan-lahan menuju ke dalam masjid. Siapa yang sanggup meninggalkan mak sendiri terkapai-kapai berseorangan begitu. Abah juga tidak bersetuju. Aku dan abang Is perasan ada jemaah-jemaah dari negara lain yang menggunakan kerusi roda lalu abang Is cadangkan aku bertanya pada mereka dimana untuk dapatkan kerusi roda.

Aku menemui seorang jemaah dari Turki dan cuba berkomunikasi dengannya dalam bahasa inggeris tetapi malangnya dia tidak faham. Aku menggunakan bahasa isyarat sahaja kepadanya dan alhamdulillah dia memahami.  Warga Turki itu memberikan jawapan kepada aku di dalam bahasa asing yang mana mungkin juga bahasa Turki tetapi aku hanya dapat menangkap satu sahaja perkataan dari mulutnya iaitu ‘Hotel’. Iya, ‘hotel’ lalu aku terus berlari semula menuju ke hotel.

Sampai sahaja di Hotel, aku menuju ke ruang lobby dan langsung sahaja bertanyakan tentang kerusi roda. Menurutnya kerusi roda yang diperuntukkan telah habis dipinjamkan. Aku mohon pertolongan dari mereka untuk dapatkan juga sekiranya ada . Seorang bell boy yang kebetulan berada disitu menyuruh aku tunggu sebentar dan dia akan cuba membantu aku. Setelah beberapa minit menunggu dia datang kembali membawa kerusi roda. Aku bersyukur sangat-sangat.

Aku kembali semula  ke Masjid Nabawi dengan membawa kerusi roda. Mak, Abah serta abang Is dan isterinya masih lagi berada di tempat yang kami berhenti tadi. Ada riak lega di wajah mak. Aku anggarkan masalah sudah selesai tetapi rupanya ada lagi satu masalah besar kepada kami. Ketika aku membawa mak untuk memasuki ruang legar bahagian wanita tiba-tiba ada satu suara memanggil aku dengan keras.

” Yaa Hajj!!, Yaa Hajj!!”

Aku tidak perasan bahawa rupanya ada pengawal yang menjaga pintu masuk disitu. Jemaah lelaki memang tidak dibenarkan memasuki bahagian wanita yang telah dipagarkan oleh mereka. Ini benar-benar menjadi masalah kerana siapa yang akan membawa mak ke dalam? Aku terpaksa meminta bantuan pada Kak Ani sekali lagi untuk tolong menolak mak sehingga ke dalam Masjid memandangkan aku tidak dibenarkan sama sekali menemani mak. Malah waktu aku duduk dihadapan pintu masuk itu hanya untuk melihat mak yang di tolak oleh Kak Ani juga dihalau oleh pengawal. “Haram!! Haram!!”  katanya. Aku langsung sahaja mengeluarkan kamera dan mengambil gambar mereka. Hampir-hampir sahaja kamera aku di rampas apabila mereka cuba mendekati aku bersama seorang lagi pengawal yang beruniform polis. Terus sahaja aku lari membawa abah di celah-celah jemaah yang lain.

Melihatkan keadaan itu, aku tidak fikir untuk membiarkan mak berada di dalam Masjid sehingga Asar. Pertamanya risau dengan keadaan mak dan keduanya ialah berkenaan dengan peraturan yang dikenakan. Tentu sekali sukar untuk mak kemana-mana, apatah lagi jika mahu ke tandas yang kedudukannya 100 meter dari pintu masuk ke dalam Masjid serta masih terletak di dalam kawasan larangan untuk lelaki.

Bangunan yang bewarna putih itulah tandas

Selepas mak berjaya dibawa masuk ke dalam dengan bantuan Kak Ani aku berjalan bersama abah menuju pintu masuk ke dalam masjid. Dari luar telah terasa aura sejuk dari pendingin hawa di dalam Masjid Nabawi ,melegakan sedikit wajah kami yang hangat dibakar cuaca. Setelah menanggalkan selipar, dengan langkah kanan kami memasuki Masjid Nabi…

Subhanallah…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Keindahan Masjid Nabawi
  2. Dari Mersing ke Madinah… (3)
  3. Dari Mersing ke Madinah… (4)
  4. Sepetang di Masjid Kampung Melayu Majidee
  5. Rezeki dari Tabung Masjid

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 11 Responses to “Menuju ke Masjid Nabawi”

  2. By hidrogen on Jul 16, 2010 | Reply

    alhamdulillah anda telah berjaya menjejakkan kaki ke sana.Semoga Allah berikan taufiq dan hidayah ke atas saudara sekeluarga dan dimurahkan rezeki.
    saya pun ingin ke sana pada masa akan datang.

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Saya doakan hajat saudara dikabulkan Allah

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Jul 17, 2010 | Reply

    Alhamdulillah, setakat ni semua urusan dipermudahkan..

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Alhamdulillah.. Allah permudahkan..

    [Reply]

  4. By Din Beramboi on Jul 18, 2010 | Reply

    Doa utk aku yer bro, dan keluarga..hehe. Semoga dipermudahkan. :)

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Aku dah balik Din.. apapun aku telah doakan semua kawan-kawan aku.. termasuklah kau.. kau kawan aku kan? :)

    [Reply]

  5. By imran on Jul 18, 2010 | Reply

    Kemudahan di Masjid Nabawi perlu dipertingkatkan. Terutama untuk golongan veteran dan kurang upaya.

    Selain tandas yang amat jauh dan perlu menggunakan escalator untuk sampai.

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Keadaan Masjid sudah bagus.. tetapi memang betul apa yang Imran katakan.. tandasnya bukan sahaja jauh malah perlu pula gunakan escalator..

    [Reply]

  6. By fiezaradzi on Jul 19, 2010 | Reply

    nasib baik jumpa juga kerusi roda tu kan.. mungkin patut ditemani adik beradik perempuan kot.. supaya senang sikit.. tapi tak tau awal2 kan..
    fiezaradzi recently posted..Rajin Boleh Dipupuk

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Boleh dijadikan pengajaran untuk yang ingin kesana.. selepas ini..

    [Reply]

  7. By muhafis on Aug 12, 2010 | Reply

    hai numan,
    bertuah lah brother
    dpt jejak masjid nabawi, best2
    muhafis recently posted..Nasi Kerabu atau Nasi Lemak Ayam

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge