Setelah kelahiran anak kedua aku ni bermakna ini kali kedua jugalah aku membasuh dan menanam uri. Masa mula-mula dulu aku macam tak tahu nak buat apa jugak bila disuruh uruskan uri ni tapi untuk kali kedua ni dan takda masalahla. Ada macam-macam pendapat serta pantang larang yang berkait dengan nenek moyang dalam pengurusan uri ni tetapi aku laksanakan apa yang aku rasakan perlu serta tidak dikategorikan sebagai syirik atau khurafat.
Apa dia uri?
Emm.. selain dipanggil uri ianya disebut juga sebagai tembuni, placenta dan ada juga yang menggelarkannya sebagai qarin. Berkaitan dengan qarin aku kurang pasti kerana apa yang aku tahu qarin adalah satu makhluk yang ada disetiap anak adam apabila lahir. Kiranya macam jin jugaklaa. Tentang uri pula berdasarkan apa yang aku tengok adalah sesuatu yang lahir bersama bayi dan dinasihat supaya diuruskan dengan baik kerana ianya darah daging kita juga. Pada uri tu sendiri pun ada darah dan daging. Kedudukan uri tu boleh kita tengok dalam gambarajah yang kat atas tu. Sampai situ sahaja pemahaman aku. Sekiranya diikutkan ada banyak lagi pemahaman-pemahaman lain tetapi bagi aku macam dah tersasar terlalu jauh hingga boleh menimbulkan syirik pulak.
Membasuh Uri
Ada yang kata tak basuh pun tak menjadi masalah tapi secara rasionalnya bagi aku seeloknya dibasuh dan dicuci dengan bersih (bersih pada kacamata individu). Macam kita urus mayat juga. Bukankah sebelum ditanam ianya dimandikan dulu. Rasanya macam tak selesa pulak kalau nak ditanam dengan darah-darah yang melimpah tu. Biasanya orang lumurkan dengan garam dan asam jawa bagi menghilang bau hanyir. Untuk pengalaman aku sendiri masa first time tengok uri ni dengan darah-darah yang melekat tu macam geli pun ada tapi bia dah mula pegang dan membasuh haa.. masa tu dah tak kira apa dah.. lama jugak proses membasuh untuk menghilangkan darah tu. Apapun segalanya ikut kemampuan sendirila..
Menanam Uri
Sebelum ditanam seeloknya uri tu diletakkan terlebih dahulu didalam sesuatu benda yang memungkinkan binatang tak dapat untuk mencapainya. Jadi mengikut pengalaman aku pulak aku bungkuskan dengan kain bersih ( ada yang guna kain putih macam urus mayat tu) kemudian diletakkan dalam periuk tanah. Tahu apa periuk tanah? heh.. kalau kat kampung-kampung ada juga yang letak dalam tempurung kelapa. Lepas tu cari mana-mana kawasan yang sesuai untuk ditanam. Untuk mereka yang tinggal dibandar mungkin agak sukar nak jumpa tanahkan, jadi kebanyakkan mereka tanam disekitar masjid. Tanam di masjid ni bukan satu kemestian cuma biasanya kawasan masjid ni tanah waqaf jadi takde masalah nak menggali dan menanam. Kalau sebarang-sebarang kawasan nanti ada pulak kena saman. heh. aku tanam depan rumah mak mertua aku jee..
Beberapa hal yang boleh jatuh syirik dan khurafat
Emm.. ini berkenaan proses untuk menanam. Ada yang kata kena letak pensillaa, pakulaa dan kalau nak bagi dia terer main bola letak bola sebijik dalam tu. Huh! Jadi sesiapa yang nak anak jadi macam Bill Gates bolehla letak Laptop satu pastu bagitau aku kat mana korang tanam ye.. Aku dah tanya beberapa ustaz dan menurut mereka benda-benda tu takde kaitan langsung pun tetapi hanya kepercayaan nenek moyang sahaja. Satu lagi pasal nak menanam kena pakai smart, baju kot pastu ada kawasan-kawasan yang spesifik emm.. jangan diikutkan sangat kerana bolah jatuh kepada perlakuan syirik dan khurafat dah tu.
Aku hanya berkongsi pengalaman serta dari apa yang aku tahu. Sekiranya sesiapa ada nak tambah sila nyatakan di ruangan komen. ok.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






















oooo…gitu ye…
thanks for de info…lepas ni kalau ade pengalaman isteri (kalau da ade) yang terberanak ke, bulih la praktis…
ChekguBH’s last blog post..Cara Nak Bantu Palestine?
Chekgu tak kahwin lagi ke..?
Don’t have to practice. Buang masa je. X perlu mencontohi kebodohon ‘nenek-moyang’. Melayu ni biasa la.. semua nak senang.. semua nak free.. kalau nak anak pandai senang je.. lepas diorang balik sekolah tu audit la sket.. tanya apa yang diorang belajar.. apa yang dia confuse.. pastu ajar la.. x yah hantar kelas tuition pon. Bagi mak bapak yang buduh plak (jenis malas belajar.. suka tunggu takdir tuhan).. kena la tukar attitude.. takkan x bleh cover subject sekolah rendah pon kan? tu malas nama nye.. pastu amik shorcut tanam uri ngan pensil la, calculator la.. hisshh.. banyak je melayu bodoh jadik mat rempit.. peragut.. pakau moto kapcai.. prengg sana..prengg sini.. pastu tengok kiri kanan cari publisiti.. pokok pangkal nye.. MAK BAPAK main peranan.. placenta tu x de kena mengena langsung. X percaya? Tanya Allah.. nnt dia bagi tau.
aku tak berpeluang lg nk cuci uri anak2 aku.
(terigin jugak nk uruskn sendiri)
kerja cuci tu diberikan kpd bidan kt tmpt aku.
pasal tanam uri aku tanam kt laman umah aku.
pasal upacara tanam uri ni, aku terpaksa turutkn permintaan parent aku yg nk uri tu ditanam dgn set alat tulis.
(katenye kasi anak tu rajin belajar nnt).
kalau ikut aku aku tanam je uri tu.
buat ape lak nk tanam dgn bende2 tu.
apakan daya.
ps.: pastikn adat khurafat tak jd amalan.
Emm itulaa part dengan orang tua-tua kadang tu yang masalah sikit.. cakap lebih kang terasa hati..pulak, tapi tak cakap pun susah.. senang cerita uruskan sendiri..
hoho… aku bakal melakukan itu semua insyaAllah. gementar pn ada. tima kasih bagi info yg berguna ni. sekurang2nya ada tempat utk dirujuk walaupun sekadar asas
zariel’s last blog post..Lagi Penipuan SMS
First time memang agak gementar zairiel.. tapi insya_allah takde apalaa..
Alhamdullilah first baby aku yg sekarang berumuq 6 bulan berjaya aku uruskan uri dia.. Itu pun bantuan mak mertuaku jua..
Apa pun, pensil ka paku ka laptop ka memang la aku x boh..
Apa pun, kepada semua yg belum lagi.. Next baby leh la try.. ( mcm nak anak rami jer.. )
ijamidayu’s last blog post..Semakin Mencabar
waa.. apa perasaan hang bila first time uruskan uri tu.. ada rasa apa-apa tak?
Rasa.. Erk.. Payau gak..
Hahaha..
Pening gak.. bau darahkan.. apa pun selamat la aku kejekan uri anak aku tue..
ijamidayu’s last blog post..Memulakan Perniagaan Sewaktu ‘Kesakitan’
numan, klu kite taktanam uri boleh kan.. taksialap ade yg simpan smpai kecut, pastu klu baby demam kasi minum air rendaman uri.. eyh betui ke nie..
muhafis’s last blog post..Nombor mana chantek?
kasi minum.. erk ! aku tak penah pulak dengar.. kita tengok apa kata survey..
thanks for the tips. jarang ada post camni. cooL !
KNizam’s last blog post..Jom Cuti-Cuti Malaysia Sambil Menonton “The Hoppers & Ahli Muzik” kat 8TV @ Sunday @ 2200hrs – Season Finale : PERHENTIAN ISLAND !
rasenye blom kut..ahaks!
dah 3 kali aku basuh uri nih..
mula2 suspen gak tapi sampai yg second dah biasa dah..
darah mmg byk beb
zamz’s last blog post..Gaza Terus Dibedil
good info. sy ada pengalaman menanam uri. hospital dah basuh masa tuh. so saya hanya tanam dekat dengan pokok pisang di rumah abg ipar di kajang. Just baca al-fatihah dan tanam dlm2 bg tak di hrung semut.
mmg ada dgr suh tanam dgn pensil lah kain kuning lah..
Bila bab menguruskan uri ni byk gaklah ilmu yg boleh dipelajari dan kesannya pada anak tu kalau tak diuruskan dengan betul..Kerana uri atau qarin ni merupakan teman baby tersebut selama 9 bulan. Jadi perpisahan uri dan baby ni merupakan perkara yang sedih buat ke dua pihak. Sbb mereka spt bersaudara cuma satu meneruskan kehidupan satu lagi membantu memberikan kehidupan..argh..apa aku ckp ni.. Ini apa yg aku dengar semasa kuliah agama dulu.. Uri ni mmg penting korang janganlah uruskan main2..Kalau anak tu superb nakal hahah..
catzer’s last blog post..Apa Kes Majalah IM
[...] Ini masa bayi baru lahir. Kira tugasan untuk hari pertama dan kedua setelah bergelar bapa. Ada sesetengah orang lelaki ni penggeli dan takut tengok darah tetapi bila bab uri anak sendiri takkan nak campak kat orang lain jugak. Benda ni sememangnya berdarah dan hanyir. huhu.. boleh periksa post aku tentang menguruskan uri. [...]
Pengalaman aku basuh uri masa kat UK, sebelum minta uri tu berkali-kali aku pesan pada misi mat saleh tu pasal pernah terjadi, member aku, dia tak pesan betul-betul. Dah selessai semua, dia tanya mana uri anak dia, misi tu kata kata atas meja.. (ada dekat 10 mangkuk berisi uri???).
Pengalaman aku membasuh, serius aku memang bukan jenis mabuk darah, tetapi masa aku basuh uri Adam, rasa nak termuntah! Memang aku loya sanagt, tak maacam aku basuh daging ayam / lembu…
samdaddycool’s last blog post..Rabbit for sale, hamster for stew