Mengimbau Alam Persekolahan Nuaeman

Posted by | Posted in Pengalaman | Posted on 22-09-2008

Ingat bulan-bulan puasa nih takde aktiviti tag-mengetag. heh! rupanya ada juga.. Dalam aku berjalan-jalan di blog-blog rakan-rakan cyber nih terperasan pulak nama aku pada salah satu entry saudara Muhafis.. alamak aku kena tag ke? Tag ni related ngan zaman persekolahan. Owh nak kena buka sejarah lama nih.,nampaknya aku kena ingat balik satu persatu, emm bagus jugak boleh aku abadikan beberapa kenangan lama kat sini. Yang mana masih aku ingat laa.. :)

5 tabiat buruk dizaman persekolahan..

1. Time dulu-dulu aku suka tengok TV ( sekarang sama jee.. layan DVD tengok TV gak tuh!) so kerja-kerja sekolah ni memanglaa selalu buat last minit. Kalau tak dapat siapkan, esok pepagi datang awal-awal supaya dapat tiru kawan dan andaikata tak dapat gak siapkan terpaksalaa bagi alasan hampeh ” Buku saya tertinggal Cikgu..” Setahun berapa kali tah aku tertinggal buku.. kononnyalaa.. huh! Buruk betul!

2.Main-main dalam kelas. Entahlaa pada satu peringkat aku memang tak serius dengan pelajaran.. banyak main-main. Buat lawak bodoh.. kacau orang. Satu benda yang aku suka buat ialah tarik kerusi budak yang berada depan aku masa dia nak duduk sejurus selepas mengucapkan ” selamat sejahtera cikgu!” atau ” terima kasih cikgu!”. Gedebuk! Wakaka.. macam nangka busuk maa! Agak-agak korang buruk tak tabiat ni? hehe..

3.Tidur dalam kelas.. aduih benda nih aku tak dapat elaklaa.. mata tu berat jee macam ditarik-tarik.  Tak semena-mena aku dah berada di alam lain.. kekadang sampai terkeluar asid yang berbahaya tu. Lena sungguh la tuh. Buruknya hai…

4.Ponteng. Ini selalunya melibatkan sekolah agama.. sebab sekolah agama sebelah petang. Time dulu-dulu kat Johor sistem persekolahan masih lagi Ahad hingga Khamis jadi bila hari ahad tu aku mesti bagi macam-macam alasan kat mak untuk tak pegi sekolah padahal sebab sebenarnya adalah nak tengok citer Kung-fu kat TV2 dan kalau hari Rabu lak sebab nak tengok Kesatria Baja Hitam (ye kee ari rabu.. aku pun lupa dah sikit..)

5.Berbual time cikgu tengah cakap kat depan.. adeh! aku rasa ramai yang buat camni tapi mata cikgu macam nampak aku sorang jee.. maka kenelah berdiri atas kerusi takpun atas meja.. adeh kejam sungguh! Apapun aku memang mengaku memang salah aku yang tak reti diam  time sekolah dulu.Dululaa..  :)

3 Subjek Kesukaan dan kenapa

1. Pendidikan Jasmani - Sebab utama aktiviti ni dah tentunya tak mengantukkan. Paling best bila cikgu bagi kelonggaran buat aktiviti bebas. Perrgh..! syok betullah. Rasanya masa tu slot pendidikan Jasmani seeloknya dipanjangkan lagi.

2. Pendidikan Seni - Aku memang suka bab-bab yang memerlukan daya kreativiti serta imaginasi ni. Subjek ni memberi peluang untuk aku mengetengahkan bakat  dalam bidang seni lukisan. Memang aku sendiri sebenarnya berminat nak jadi Kartunis tetapi itu sekadar rancangan aku saje..

3. Kemahiran Hidup - Subjek yang pada aku senang nak score serta memang menjadi minat aku bila ianya melibatkan praktikal. Paling best bila belajar masak. Masa tu kitaorang belajar camna nak buat laksa penang tak silap aku..

3 Subjek yang aku tak suka dan Kenapa

1. Muzik - Ini masa sekolah rendahlah. Ini subjek paling aku benci sekali. Belajar tiup recorder sampai menjejeh-jejeh air liur sorang-sorang. Salah tiup sikit cikgu tu mesti pintal dada punya. Mak aih! dia punya perit tuhan saja yang tahu. Satu lagi tabiat cikgu ni ialah tarik “side burn”. Apa punya kejam daa..

2. Elektronik(Teori) - Aku paksa diri aku untuk belajar benda ni kerana ini jalan yang telah aku pilih setelah tamat PMR yang mana aku sambung tingkatan 4 dan 5 di sekolah Vokasional. Apapun subjek ini menjadi subjek pilihan aku bila melanjutkan pelajaran ke IPT. Kacang lak masa tu rasanya.. boleh score 4.00 tu.. heh!

3. Geografi - Satu-satunya benda yang aku suka pasal subjek ni adalah melukis peta. Selain pada rasanya tak ada apa yang menarik minat aku tentang subjek Geografi ni. Kenapa? aku sendiri tak pasti.. sebab tu aku dapat C masa PMR kot..

Menarik pada aku

Aku memang boleh kata terer gaklaa bab-bab melukis ni. Apa lagi kalau melukis kartun ataupun komik. Percaya tak aku dah mula bisnes masa aku darjah 5 lagi. Masa tu aku cipta macam-macam komik yang aku lukis hanya pada buku latihan yang berharga 60 sen ketika tu. Duit yang aku dapat tu pulak aku jadikan modal untuk beli majalah Gila-gila, Gelihati dan juga beberapa komik Hong Kong cam Singa Ganas dan Medan Tempur ( Time tu hanya ada 4 saja komik Hong Kong yang diterbitkan.. tak macam sekarang) tak terkecuali komik-komik melayu yang sebesar tapak tangan yang mana sekarang dah tak wujud aku rasa.Kalau time-time raya pulak aku ambil order buat kad raya kartun.

Aku paling suka

Aku paling suka  bekal nasi beserta lauk yang dimasak oleh mak aku dan dibungkus macam nasi bungkus dulu-dulu.. iaini guna plastik dan kertas surat khabar jadi aku tak payah susah-susah nak membasuh bekal lepas makan. Tempat strategik aku makan adalah belakang surau bersama seorang rakan baik tetapi dia dah tak ada lagi atas sebab dijemput ilahi kerana leukimia. Alfatihah buat Arwah Syarafi…

Aku tak boleh hidup tanpa…

Nyawa. hehe itu dah tentu punyakan.. tapi ikutkan zaman persekolahan dulu aku memang minat gila dengan majalah Gila-Gila, Gelihati, Ujang, Fantasi dan juga beberapa komik Hong Kong dan Melayu. Cikgu ada cakap sapa baca Gila-Gila akan jadi gila tapi aku berjaya membuktikan semua tu sekadar mitos mereka.. pernah sampai majalah tu dirampas sebab aku bawak kesekolah. Padahal aku nak baca waktu rehat.. salah ke?

Siapa aku hubungi setiap malam sebelum tidur

Zaman aku dulu memang berbeza dengan sekarang. Aku sendiri tak terfikir yang satu hari aku akan guna gadjet  yang digelar handphone nih. Jadi masa tu takde terlintas nak kontek sesapa. Awek pun takdak. Aku belajar nak berawek ni pun masa dah masuk IPT. Pelik juga bila tengok bebudak sekarang yang kecik-kecik dah ada HP. Aku sampai habis belajar kat Politeknik pun masih guna Public phone.

Kepada Siapa aku nak sebarkan TAG ni

Aku rasa beberapa orang ni sesuai untuk menjawab. Andai korang dah penah jawab harap abaikan jee ok..

Samdaddycool, TitaniumHijau , Rohaizad , AdrySabry, Zariel

Ok.. selamat menjawab :)

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. 10 Permainan yang dah jarang nuaeman lihat.. Zaman dah berubah. Dunia dah Maju. Mungkin atas sebab-sebab tu...
  2. 10 benda yang pernah menjadi sebahagian dari hidup nuaeman Dalam tempoh aku membesar dari seorang budak comot hingga sekarang...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

16 Comments

  • At 2008.09.22 15:23, taukey said:

    huyooo….zaman sekolah ko mmg nakal. ngahahahaa. tapi ok lagi la tu. ngahahahahah. tapi aku pun heran budak budak sekarang awal awal lagi dah ada hp. aku kalau blm ada duit cari sendiri memang takder jer. jgn harap la mak bapa nak bagi daaaa

    • At 2008.09.22 19:31, Adry said:

      Aku pun dulu peminat setia ujang , gila gila dan sebagainya.. skrg dah stop da.. entahla … hilang minat lak…

      Adry @ http://www.adrysabry.com

      • At 2008.09.23 01:20, aeropama dot com said:

        tido sampai keluar air basi dalam kelas. wahahahah.. kau buatkan aku tingat pd kwn aku. dia punya tidur kalau kuar air basi tu, boleh banjir besar meja dia beb. gila leah….

        • At 2008.09.23 02:24, ijamidayu said:

          nie betul punya tidoq kat kelas.. Kes dok asrama ker apa.. :)

          • At 2008.09.23 06:00, samdaddycool said:

            la.. aku kena plak.. cis… ingatkan dah abis musim… aku byk kali masuk blog ni tapi tak perasan plak entry tag.. nanti aku try jawab.

            ..wah ko seawal darjah 5 bisnes (jual drawing..) aku darjah 3 jual buah2 kat kebun.. :)

            • At 2008.09.23 06:33, samdaddycool said:

              aku dah selamat menjawab.. :)

              • At 2008.09.23 10:24, muhafis said:

                hye nuaman.. ak sgt terharu sbb enko sudi
                jawap tag ak.. yer la, ak nie hny newbie.. =)
                heheh raye balik mane? kulai ker.. hikhik
                berhati2 di jalan raya bro..

                • At 2008.09.23 11:22, catzer said:

                  byk sungguh perangai ko yg hampir sama dengan aku..mungkin sbb tu kita boleh kamcing..kekekkeek

                  • At 2008.09.23 18:49, Mohd Hafifi said:

                    he he..tabiat buruk kita sama la..aku pun suka gak ponteng, pastu main2 dalam klas dan tgk tv mmg kegemaran aku..muka pun dah jadi segi empat pasal suka sgt tgk tv..hoho..tp aku tak penah tido dlm klas..

                    • At 2008.09.23 21:55, tivitune said:

                      ngaku ajela yang hang memang budak nakal dulu..

                      • At 2008.09.26 08:22, izzah said:

                        macam ini yek nuaeman masa kecik hehehe.. boleh la normal sebagai seorang budak-budak. kecik-kecik dah tau berniaga? dasyat tu.. sekarang ini kenapa tak diteruskan melukis komik? tak nampak pun kat blog ni.

                        • [...] dongeng atau bualan biasa sahaja. Harap korang semua terhibur. Aku kene tag lagi. Kali ni dengan Nuaeman plak. Selalu aku yang tembak dia. Hari ni, dia balas balik dengan bom atom plak. Takpe. Takpe. Aku [...]

                          • [...] Tag 1 daripada Nuaeman [...]

                            • At 2008.09.28 04:02, zool said:

                              Ramai orang layan tag ni ek…

                              • At 2008.10.03 15:32, bantingboy said:

                                hehe. memang ramai pun..

                                • [...] 6. Bilakah anda berjaya membuat jualan pertama? Jawapan: Jualan pertama apa ni yek? Ikutkan jualan pertama buku Komik kat sekolah rendah tulaa.. [...]

                                  (Required)
                                  (Required, will not be published)
                                  fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
                                  Qatar Flights Flights to Johannesburg
                                  Find Deals Discount Fares