Mendaftar Perniagaan


Ditulis pada August 6, 2010 – 11:20 am | Oleh nuaeman
Share


Sudah beberapa hari perkara itu bermain di kepala. Kehendak itu semakin kuat apabila apa yang dilakukan mula menampakkan hasil.  Semakin dirasakan penting bilamana aku telah membina satu laman niaga walaupun agak ringkas susun aturnya… dan semalam aku nekad melangkah ke pejabat SSM untuk mendaftar perniagaan.

Proses untuk mendaftar syarikat tidaklah mengambil masa terlalu lama. Aku menunggu lebih kurang satu jam sahaja untuk semuanya siap.  Kosnya hanyalah sekitar RM 70 sahaja.

‘ Eh, aku sudah ada syarikat sendiri..’ getus rasa hati setelah melihat butiran yang diserahkan oleh pihak SSM.  Mungkin oleh sebab baru pertama kali maka ada sedikit rasa keterujaan. Bermacam-macam perkara difikirkan di kepala.

Sudah lama sebenarnya hasrat di hati ini untuk mendaftar syarikat.  Ada juga bertanya pada kawan-kawan yang sudah pernah mendaftar seperti Ezad dan Rohaizad berkenaan prosedur untuk mendaftar perniagaan.  Untuk memilih nama syarikat juga mengambil sedikit masa.  Macam-macam nama difikirkan sehinggalah tiba-tiba  secara spontan datang satu nama dan kebetulan nama itu masih lagi available maka nama itulah yang digunakan untuk syarikat aku.

Perancangan untuk syarikat ini sememangnya bagi projek jualan buku-buku sepertimana yang ada di Nuaeman Bookstore. Sebelum terbinanya laman tersebut aku telah dahulu menjual di ofis dan juga kepada rakan-rakan sekerja isteri. Kemudian mula berniaga dengan membuka meja di program-program berkaitan masjid.

Insya_Allah sepanjang Ramadhan dan seterusnya aku menumpang meletakkan produk-produk jualan di salah satu gerai kenalan. Terima kasih kepada rakan baik aku, Zaki Yamani kerana sudi singgah di gerai jualan aku yang tidak seberapa.


Setelah mendaftar perniagaan ini juga aku mula rasa sedikit selesa untuk melakukan bisnes secara online seperti penjualan produk digital dan fizikal memandangkan kerajaan juga mula memandang berat perniagaan secara online ini.

Untuk kawan-kawan, doa-doakanlah perniagaan yang aku cuba ceburi ini berjaya hendaknya.


Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 36 Responses to “Mendaftar Perniagaan”

  2. By bluedianthus on Aug 6, 2010 | Reply

    Tahniah nuaeman sebab dah buka perniagaan sendiri..semog dimurahkan rezeki..saya doakan..:)
    bluedianthus recently posted..Pengalaman Bluedianthus bersama WangCyber

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Terima kasih warnie..

    [Reply]

    muhammad fakhruddin Reply:

    Moga murah rezeki dan terus diberkati ^_^
    muhammad fakhruddin recently posted..Arabic 101-Tourism-السياحة

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Terima kasih sahabat.. moga tuan juga diberkati hendaknya..

  3. By mijie on Aug 6, 2010 | Reply

    tahniah bro, aku pun masih lagi tidak mendaftar, dalam perancangan lagi nak daftarkan perniagaan, tp atas kn nama isteri la, aku keje gov, tak boleh
    mijie recently posted..Buat duit dengan google adsense

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Haah ek.. ituhari pun masa aku berbicang dengan zaki yamani dia pun cakap jugak yang dia tak boleh daftar niaga atas sebab yang sama.

    [Reply]

    mijie Reply:

    hihihi, tu la pasal, igt lepas raya ni nak bawak orang rumah untuk daftar perniagaan :)
    mijie recently posted..Klinik Putrajaya again

    [Reply]

  4. By fiezaradzi on Aug 6, 2010 | Reply

    tahniah atas penubuhan syarikat ni.. moga terus maju.. de soalan la..buku pe yang paling menarik buat bacaan suami? tak kisah la dari segi ekonomi atau ape je.. TQ
    fiezaradzi recently posted..Cuba Jawab

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Buku yang menarik ya.. ada satu buku tentang rumahtangga.. tapi penulisnya dari indonesia..Pak Cahyadi takariawan tajuknya “Bahagiakan diri dengan satu istri”, kalau bab ekonomi dan perancangan keluarga buku dari hamdy “Rancang Hidup, Rancang Wang” itupun ok.. emm.. yang satu ini pun bagus ‘Hidup tenang walaupun berhutang’ – buku ni bukan mengajar kita berhutang sana-sana cuma mengajar menunjukkan dimana yang kita patut dan tidak patut berhutang, yang ini ada dalam stok saya kalau mau.. :)

    [Reply]

    fiezaradzi Reply:

    tima kasih atas cadangan tu.. insyaallah, try survey tgk.. selamat maju jaya..
    fiezaradzi recently posted..Hamil Dan Puasa

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Puan Fieza,

    Buku En Hafiz saya sudah hantar tetapi terlupa letak nama rasanya. kalau tidak sampai dalam 3 hari bagitahu ya. (sampai pun bagitahu.. :) ) Saya carikan buku lain untuk puan fieza.. saya hantar kemudian sedikit.

  5. By rayban on Aug 6, 2010 | Reply

    dah mendaftar 5 bulan yang lalu lebih selesa membuat jualan online

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Wah yeke, baguslah tu.. semoga sukses.. :)

    [Reply]

  6. By JBCool on Aug 6, 2010 | Reply

    Tahniah atas pengasasan syarikat ko tu Amat…

    Dan juga tahniah kerana dah ada online dan offline store utk menjual buku…

    Gua caya sama lu…

    Bagus tu…tak ramai orang yang ada usaha murni berdakwah dengan cara ini… teruskan cara dan strategi dakwah yang ko ceritakan pada aku itu hari…. Kalau takde aral…aku akan membantu apa 2 yang patut.
    JBCool recently posted..MyDealcommy now in Johor

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Terima kasih bro,

    Apapun projek macam yang kita rancang kat McD tu tetap aku berminat hendak buat. Diharapkan apa yang kita rancangkan menjadi.

    Aku hargai sangat sokongan ko.

    [Reply]

  7. By zaryl on Aug 6, 2010 | Reply

    tahniah dan semoga terus berjaya ;)
    zaryl recently posted..Muaturun Kertas Dinding Gambar Masjid Comel Percuma

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Terima kasih banyak-banyak zariel. Aku juga doakan ko sukses dengan bidang ko.

    [Reply]

  8. By dinsblog on Aug 6, 2010 | Reply

    tahniah bro..perjalanan yg jauh bermula dgn satu langkah.

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Terima kasih banyak bro Din

    [Reply]

  9. By Nadri on Aug 6, 2010 | Reply

    kwn dah 2 kali ke SSM..last sekali masa register biz Chamek Kopitiam..

    tahniah atas pembukaan biz sendiri tu..moga ianya akan terus berkembang maju seperti Badan Bookstore..kuih raya pun ada jual tuu..
    Nadri recently posted..Comment on Asyraf Juara Imam Muda by dayang nurashalin amira bte abang ali

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    wah! Badan Bookstore tu.. tapi betul.. impian kene tinggi.. :)

    [Reply]

  10. By zik on Aug 6, 2010 | Reply

    semoga terus sukses bro…
    zik recently posted..Siapa ahli zikir

    [Reply]

  11. By Fazli on Aug 6, 2010 | Reply

    tahniah. saya pun baru daftar. try godek2 rupanya boleh daftar secara online gak.

    [Reply]

  12. By Shaffik on Aug 7, 2010 | Reply

    Tahniah Bro..Sudah aku jangkakan ko akan bergerak ke arah penjualan buku-buku seperti yang ko idam-idamkan sekian lama. Aku sebagai kawan tetap akan menyokong…Tahniah sekali lagi…
    Shaffik recently posted..Terpaksa Meninggalkan Blog

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Terima kasih bro, pada masa yang sama aku sedang merangka sesuatu untuk bengkel kita tu. Bagaimana kalau buku ‘buat duit dengan blog’ tu as part of the bonus? Insya_Allah pengiklanan dalam risalah akan dimulakan minggu depan.. tunggu…. :)

    [Reply]

  13. By hafizmd on Aug 7, 2010 | Reply

    Tahniah..moge usaha murni ni terus dilimpahi rahmat Allah..ameen..

    [Reply]

  14. By sinagarimba on Aug 7, 2010 | Reply

    salam bro,
    first time singgah sini. Banyak info menarik.
    sinagarimba recently posted..Blogger Popular Masuk Kosmo

    [Reply]

  15. By sinagarimba on Aug 7, 2010 | Reply

    sayapun dah daftar syarikat tapi belum perbaharui lagi lagi. Mati bulan jan lagi.Kalau meniaga pun kita operasi haramlah

    [Reply]

  16. By sinagarimba on Aug 7, 2010 | Reply

    jom visit saya di bukumurahgiler.blogspot.com
    saya jual buku-buku terpakai jer. harga murah-murah
    sinagarimba recently posted..Blogger Popular Masuk Kosmo

    [Reply]

  17. By anuarkarimz on Aug 7, 2010 | Reply

    satu langkah yg bagus, semoga lebih berjaya…bole tau mana lokasi kedai saudara?

    [Reply]

  18. By Shukor on Aug 10, 2010 | Reply

    Saya sentiasa mendoakan rakan2 serta sahabat2 online saya berjaya di dunia dan akhirat.

    Well done bro!

    Rasanya, saya pun kena juga daftar syarikat ni…
    Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate

    [Reply]

  19. By Ali ridha on Aug 10, 2010 | Reply

    ingat mahal sgt nk daftar syarikat perniagaan ni.
    Ali ridha recently posted..Pendrive Background

    [Reply]

  20. By luth textile on Aug 11, 2010 | Reply

    ehh dah pg da tempat ni 3 minggu lepas =)

    [Reply]

  21. By Maliq on Aug 13, 2010 | Reply

    kalo kerajaan buat undang2 online bisnes kena daftar, baru sy daftar kot..leceh sgt nak daftar..huhu
    Maliq recently posted..Hidup Seorang Blogger

    [Reply]

  22. By samdaddycool on Aug 16, 2010 | Reply

    Tahniah atas pendaftaran syarikat, semoga usaha ini diberkati dan bertambah maju untuk pergi lebih jauh.
    samdaddycool recently posted..Tambahan stok koleksi Tudung Syria Lycra 3 layer

    [Reply]

  23. By Isu Panas on Nov 4, 2011 | Reply

    bagus.. sy jg dalam proses daftar…moga berjaya dlm perniagaan..amin

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge