Memori Haru ketika pelancaran Stormreaders bahagian selatan
Ditulis pada April 27, 2010 – 11:36 pm | Oleh nuaeman Share
Pada hari sabtu lepas bersamaan 24 April 2010 telah berlangsungnya satu majlis perasmian bagi satu program menjana pendapatan yang dibawakan oleh Telaga Biru Sdn Bhd . Rasanya telah ramai yang tahu tentang program yang dinamakan Stormreaders Network ini. Ianya telah dirasmikan Januari lalu dan majlis ini dikhusukan untuk bahagian Selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Sambutan yang diterima boleh dibanggakan memandangkan pada hari yang sama juga berlansung satu lagi acara yang gegak gempitalah kononnya iaitu Jom Heboh. Ada suatu cerita yang mengharukan bagi aku pada ketika majlis ini berlangsung. Dengan rasa rendah diri aku cuba ceritakan disini…
Aku merupakan salah seorang urusetia bagi majlis ini dan ditugaskan untuk menjaga kaunter pendaftaran. Ketika ramai manusia telah hadir maka tidak semena-mena mata aku terpandang seseorang di celah-celah manusia itu. Aku perhatikan dengan teliti dan tidak syak lagi itu adalah kawan praktikal aku yang telah lama tidak berjumpa. Adalah kira-kira 10 tahun lamanya. Lantas aku katakan pada isteri yang juga merupakan urusetia di majlis yang sama.
“Ibu, itu kawan ayah tu.., MasyaAllah dah 10 tahun tak jumpa boleh pula berjumpa kat sini.. kuasa tuhan..”
“Ayah pasti ke..? bukan ke orang tu jauh lagi..” soal isteri aku
“Ibu ni tak kenal ayah ke? Walau sepuluh tahun tak jumpa tapi ayah masih belum lupa muka dia.. nama dia pun ayah ingat.. Muhammad bin Abdullah.. emm ok.. kejap eaa ayah panggil.. memang dia tu..” penuh yakin aku berbicara lantas keluar dari meja pendaftaran untuk dapatkan kawan lama aku itu.
Dari atas aku menjerit namanya ” Muhammad!” kemudian aku berpaling ke arah lain sambil menjeling reaksinya..
Tetapi tiada sebarang respon aku lihat. Aku menjerit sekali lagi.. kali ini lebih kuat ” MUHAMMAD!!” dan seperti mana tadi aku berpaling ke lain sambil menjeling.
Agak malang langsung tiada apa-apa reaksi dan aku lihat dia telah semakin menghampiri untuk mendaki tangga ke dewan kemudian bersalaman dengan beberapa orang disitu. Aku tidak puas hati lalu aku terus sahaja menghampirinya dan memanggil ” Muhammad” ” Muhammad”. Dia kelihatan terpinga-pinga.
Aku pelik, lantas bertanya ” Awak bukan Muhammad?”
“Bukan..” ringkas jawapannya tetapi seperti rembatan padu yang terkena di kepala aku. Aku renung wajahnya sekali lagi dan aku akui.. dia bukan Muhammad.
“Maaf ye.. saya silap orang.. ingatkan awak ni kawan saya..” Aduh..
Muka aku mungkin sudah kembang beberapa inci . Di meja pendaftaran isteri aku bersama urusetia lain hanya tersenyum. Aku faham mereka menahan ketawa untuk menjaga hati aku.. pengajaran di dalam kisah ini ialah jangan over confident!
Disini ada beberapa gambar yang sempat aku rakamkan..
Sampai-sampai mamat ni panggil aku bergambar.. heh!
Bersama Ustaz Zahazan Mohamad
Bersama GM Stormreaders Shahrizal Mohamad ( Bekas Ahli Brothers)
Bersama Pemimpin Koperasi Shamelin, Mustafa Kamal Maulud
Bersama Hj Waharp Yusof (Pemilik Telaga Biru) yang sempoi..
Entri Berkaitan:
- Percutian pertama bersama Blogger Selatan
- Ketika Cinta Bertasbih : Lebih Mantop dan Mengusik Jiwa
- Pra Pelancaran Formula Anak Mendengar Kata
Tags: Pelancaran Stomreaders, Pelancaran Stormreaders selatan, Stormreaders, Stormreaders Johor










20 Responses to “Memori Haru ketika pelancaran Stormreaders bahagian selatan”
By Bb Hussain on Apr 28, 2010 | Reply
rugi pula tak pergi..ada je kawan ajak..:(
[Reply]
By sangilapi on Apr 28, 2010 | Reply
mat,maafkan aku kerana di sini aku sedang ketawa,tak dapat nak tahan…kalau nama yang dipanggil tu sampai dua kali,tak de respon …faham-faham je la mat…hahaha
[Reply]
By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply
haha.. takde masalah bro.. memang kisah yang untuk diketawakan pun.. hehe
[Reply]
By Dila.13 on Apr 28, 2010 | Reply
Salam Bro Nuaeman.. sekali sekala kejadian macam tu berlaku, bertambahlah lagi koleksi suka suki dalam kehidupan, ek! hehe..
[Reply]
By Nadri on Apr 28, 2010 | Reply
bro, lain kali kena perhati betul2 sebelum tegur..skrg banyak pelanduk 2 serupa…
aku pun dpt jugak jemputan drp team StormReaders tp tak dapat pergi kerana ada urusan lain..klu tak dapat juga berjumpa dgn Ustz Zahazan buat kali ke-2..
[Reply]
By rohaizad on Apr 28, 2010 | Reply
Mat,
Spoil betullah ko nih.. nasib baik bukan kawan perempuan… haha
Kalau kawan perempuan, lagi haru biru… keh keh keh
[Reply]
By safwanhussin on Apr 28, 2010 | Reply
Nasib baiklah aku tak ada masa tu. Kalau tak, maunya aku guling-guling gelak. Haha..
[Reply]
By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply
Jika tidak boleh kenal secara lebih dekat..
[Reply]
By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply
yup.. kejadian itu memberi saya idea untuk menulis novel..
[Reply]
By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply
Itulah bro.. memang malu betul saya masa tu.. aduhai..
[Reply]
By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply
Kalau perempuan.. bukan saja kena ketawa.. mungkin kena piat telinga terus ngan orang umah aku.. haha
[Reply]
By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply
Ces.. berani ko mentertawakan aku yee safwan.. heh
[Reply]
By sangilapi on Apr 28, 2010 | Reply
perghh…terus ada idea tulis novel…memang cemerlanglah,mat
[Reply]
By imran on Apr 29, 2010 | Reply
Biasala benda macam ni terjadi. Lepas ni kena ada plan A,B dan C untuk cover kalau terjadi sekali lagi.
[Reply]
By nuaeman on Apr 30, 2010 | Reply
Itulah pasal.. terlupa pula sediakan plan untuk cover.. heheh
[Reply]
By mijie on Apr 30, 2010 | Reply
sorry aku pun turut tergelak, aku pernah merasainya dulu..
merah siot muka
[Reply]
By hafizmd on May 3, 2010 | Reply
hehehe..piat jgn tak piat..
[Reply]
By hafizmd on May 3, 2010 | Reply
aku tak gelak bro..betul..
[Reply]
By nuaeman on May 3, 2010 | Reply
Mahunya tak merah.. ramai tu orang.. huhu
[Reply]
By nuaeman on May 3, 2010 | Reply
Tak gelak..? bagus…
[Reply]