Majlis Tahlil Menghiasi malam Merdeka.. Merdeka Ke?


Ditulis pada August 30, 2008 – 2:36 pm | Oleh nuaeman
Share

Cukup sibuk hari ni.. dari pagi bawak kemalam aktiviti memang penuh. Lagi-lagilaa malam.. bukannya sibuk nak menyambut kemerdekaan tetapi sibuk kerana bulan Syaaban dah nak berakhir.

Menjadi tradisi di bulan Syaaban ni, masyarakat melayu Islam disini berebut buat majlis tahlil. Yang tercungap ialah tok-tok imam atau orang yang jadi tekonglah, kalau takde orang lain boleh takeover memang susah sebab tu digalakkan generasi-generasi muda ni ambil tahu sikit bab-bab ni. Bukan tak ada tapi yang jadi masalah jumlahnya begitu sedikit. Kene pulak kalau satu malam ada dua tiga biji rumah tak sempot “tekong”.

Satu lagi masalah bila tuan rumah yang tak faham dan keras hati. Selalunya turn siapa nak buat majlis tahlil ni dah diberitahu lebih awal jadi pihak ‘rakan masjid’ akan buat giliran. Bila dah ramai sangat adalah dinasihatkan supaya majlis dibuat di Masjid atau surau sahaja dan pihak yang berhasrat nak buat tu elok hantar jelah juadah ke Masjid. Jimat masa dan jimat tenagakan. Itupun ada yang susah nak fikir. Tetap berkeras nak buat kat rumah sendiri dahlah bagitau last minit.

Kenapa aku bebel pasal ni? sebab benda ni baru je terjadi sebentar tadi. Mengikut jadual turn rumah mak mertua aku malam ni tetapi si jiran sebelah ni pulak tetiba nak buat juga. Aku tak kisah tapi just beri pandangan apa kata kita sekalikan jee majlis tahlil kemudian samada buat jamuan sahaja kat rumah dia atau sekalikan jee jamuan. Di tolak mentah-mentahnya cadangan aku. Pada dia “umah ko.. umah ko, umah aku.. umah aku”. Adei! payah orang camni.. dahlah tanggungjawab kita juga nak tolong jemputkan orang bagi pihak dia. Tak boleh berunding pulak tu..

Maka memang tercungaplaa malam ni.. Aku cuma merungut pasal sikap manusia jee.. tentang tanggungjawab melancarkan majlis ni kita tetap teruskan.. tapi cuba fahamlaa sikit tok-tok imam dan “rakan masjid” ni nak berhibur jugak.Bagilaa diorang balik awal sikit.. Mereka dah topup siang-siang sebab nak mengundi si Azhan di Akademi Nasyid malam nih. Almaklum orang Johor.. duduk lak dekat-dekat sini.Populariti si Azhan ni sampai dibawak membuat persembahan di ceramah ‘abang mat’ dua minggu lepas.

Kiranya malam merdeka aku dihiasi dengan majlis tahlil sahaja.. suka jugak tengok bebudak muda ada bersama tadi sebab selalunya remaja cam depa lebih suka duduk di dataran atau Danga Bay malam-malam merdeka begini. Kiranya ada lagi generasi yang boleh diharapkan untuk majlis-majlis sebegini. Dalam aku mengakhiri tulisan aku ni.. Azhan baru sahaja diumumkan sebagai Juara Akademi Nasyid. Sekalung tahniah dari aku.

Salam Kemerdekaan dan Selamat Tinggal Syaaban.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Merdeka : Satu Sorotan
  2. Daun Ketupat Kering – Malam Itu…
  3. Selamat Menyambut Ramadhan 1431 H : Tarawih kita malam ini..!
  4. Anggarkan pendapatan Adsense

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 2 Responses to “Majlis Tahlil Menghiasi malam Merdeka.. Merdeka Ke?”

  2. By titan on Sep 1, 2008 | Reply

    tak sangka aku ko layan akedemi nasyid tu. sat. Azhan yang mana satu ek..

    [Reply]

  3. By nuaeman on Sep 1, 2008 | Reply

    Aku tengok betul2 masa malam last tu jee.. itupun sebab nak tengok Azhan tu.. sebab dua minggu sebelum tu dia ada muncul buat persembahan dalam satu majlis ceramah kat JB orang dok cerita masa tu.. kalau dia nyanyi mampu buat sesiapa mendengar menangis.. memang okaylaa tambah lak dia orang kurang upaya.. rezeki untuk dia laa

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge