Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi
Ditulis pada January 13, 2010 – 4:31 pm | Oleh nuaeman Share
“Ya Allah ibu.. hari ni pun ayah tak boleh nak tidur.. sakit sangat ni..” keluh aku
“Kesian ayah.. pergi sajalah ayah esok.. tak sanggup ibu tengok” prihatin seorang isteri
“Memang ayah kene jumpa doktor esok.. tak boleh tahan dah ni.. nak buat kerja pun tak boleh”
Aku nekad. Segala kesakitan ini harus ditamatkan. Dah berminggu aku menahan dan kali ini aku tak berupaya lagi.
Hari ini aku berasa sungguh lega.. begitu lega.. barulah aku mampu cuit kembali blog kesayangan ini. Begitulah seksanya menanggung sakit gigi. Ianya seperti tunggul yang terpacak dikepala setiap malam. Denyutannya membuatkan aku tak mampu tidur, membaca dan menulis. Mata terbuka tetapi tak tahu nak buat apa.
Dari malam tadi aku telah buat keputusan untuk menyerah diri kepada doktor gigi pagi ini. Dan itulah yang aku lakukan. Tepat jam 9.10 pagi gigi aku selamat dicabut dan kali ini memang agak sakit kerana mungkin ubat bius tak berapa berkesan barangkali. Tersentap sekejap aku waktu gigi itu ditekan sebelum dicabut. Kemudian doktor mengenakan lagi ubat bius di beberapa kawasan mulut. Barulah kurang sikit rasa sakitnya.
Caj untuk satu batang gigi RM 90. Fuh! cabut gigi pun dah naik harga. Dulu untuk cabut biasa sekitar RM 75 sahaja. Tak kisahlah.. yang penting sekarang aku dah lega untuk kembali menymbung kerja-kerja yang terbengkalai terutamanya kemaskini blog serta kerja-kerja persiapan untuk bengkel blogging Februari ini.
Walaupun begitu sakit, yang aku alami beberapa minggu ini mungkin tidak mampu menyamai apa yang telah dialami oleh sahabat blogger kita saudara Megat yang telah begitu lama menanggung penderitaan dengan sakit misteri. Korang boleh baca sendiri kisahnya dan jika terasa ingin membuat sumbangan maka lakukanlah mengikut keikhlasan diri.
Oklah, aku nak menyambung rehat. Rahang masih terasa sengal tapi sekurang-kurang takdelah rasa ada tunggul dikepala lagi… Lega..
Entri Berkaitan:























21 Responses to “Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi”
By samanosuke_04 on Jan 13, 2010 | Reply
hehe, aku pun penah cabut gigi, pakai playar kan? hooo, seram beb.. nasib baik doktor tue pompuan… sejuk sket rasa….
[Reply]
By samdaddycool on Jan 13, 2010 | Reply
Aku lagi teruk, masa majlis kawen adik aku, gigi berdenyut… satu apa pun aku tak tolong. Nasib baik Ahad ada klinik buka, siap kena operate lagi pasal bahagian bawah geraham tu kuat lagi… terbang rm150 akibat malas gosok gigi..
[Reply]
By nuaeman on Jan 14, 2010 | Reply
huhu selama aku cabut gigi.. tak pernah kena dengan doktor pompuan..
[Reply]
By nuaeman on Jan 14, 2010 | Reply
Aku dulu kene minor operation sebab gigi belakang kosnya RM 450. Buat kat klink AMIM dlm plaza seni JB
[Reply]
By x-po on Jan 14, 2010 | Reply
wah, cas rm90!! pergghh cekik darah btl doktor gigi ni..ish2
[Reply]
By hafizmd on Jan 14, 2010 | Reply
kene survey dulula..hehehe
[Reply]
By hafizmd on Jan 14, 2010 | Reply
bile sakit gigi..mmg tak keruan jadinye..semua keje xjadi nk buat..alhamdulillah..gigi bro pun dah kene cabut..so bolehla tolong tgk2kan blog saye ni..
http://www.healthbulk.com
[Reply]
By Kujie on Jan 14, 2010 | Reply
sakit gigi mmglah..tapi betullah mmg mahal pun charge doktor gigi
[Reply]
By Shaffik on Jan 14, 2010 | Reply
Akhirnya cabut gigi jugak akhirnya…bila dah sakit gigi ni..nak bercakp pun malas kan.
[Reply]
By samdaddycool on Jan 15, 2010 | Reply
tu professional service.. Masa tu tak rasa doktor cekik darah, tapi terima kasih berjuta2 kali sebab lepaskan dari azab sakit gigi…
[Reply]
By samdaddycool on Jan 15, 2010 | Reply
Moralnya, belailah dan gosoklah gigi sepanjang masa.. + gunalah listerine (ini bukan iklan doktor gigi) ..
[Reply]
By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply
salam fiz,
saya dah masuk tapi sidebar dia apasal kosong jee.. kene banyakkan post lagi tu.. niche lain ada buat tak?
[Reply]
By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply
nak buat camna .. terpaksa laaa.. sakit punya pasal..
[Reply]
By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply
Tapi saya dah gosok gigi…
[Reply]
By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply
Bukan bercakap jee.. nak buat kerja pun jadi malas.. ganguan mental..
[Reply]
By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply
nak murah boleh juga.. klinik kerajaan 2 ringgit jee..
[Reply]
By samdaddycool on Jan 15, 2010 | Reply
Kena amik adik angkat berstatus dentist utk belajar cara-cara gosok gigi yang betul.. hik.. hik..
[Reply]
By Tie on Jan 18, 2010 | Reply
Mak ooi !! RM90 ?
Mujurlah mokcik dok kat ulu ni… RM30 je… tu pun berkira lagi, hehe… payah-payah, cabut je sendiri. Guna plaiyer, hihi…
[Reply]
By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply
RM 30.. wah murahnya.. kat mana tu kak tie? boleh cabut gigi tiap2 bulan camni
[Reply]
By mijie on Jun 4, 2010 | Reply
sy pun dah cabut gigi satu yg belakang….time rekrut lak tu…memang tak leh nak buat latihan..bila sakit..
tp cabut kat klinik kerajaan…mcm ok je…tak sakit
[Reply]