Lawak Seram Hari Raya: Pocong!!

Rasanya hari ni masa ada lagi sisa-sisa mood rayakan. Maklumlaa orang kitakan beraya sebulan. Open house pun masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah.. tak payah masak setiap kali sabtu ngan ahad kan… Oleh kerana masih lagi dalam mood raya aku nak bawakan satu kisah yang sedikit menyeramkan dan memang benar-benar berlaku sehingga menjadi buah mulut di kampung aku itupun bagi mereka-mereka yang tak tahu kejadian sebenar.Apa yang pasti ianya memang berlaku pada hari raya.

Pada malam raya ketiga sedang sekumpulan remaja kampung ni duduk melepak tetiba meluncur satu van yang kemudiannya berhenti ngam-ngam depan mereka semua. Terpacul keluar dari van si Leman ( bukan nama sebenar). ” Woi! korang nak tengok pocong tak!!”. ” Ko jangan buat lawak Leman.. ” jawab si Usop (juga bukan nama sebenar). ” Eh, aku seyes nih.. kalau korang tak caye meh ikut aku..” Leman cuba yakinkan. Tanpa banyak cakap semua yang duduk melepak tadi masuk ke dalam van dan menuruti Leman ke lokasi yang dikatakan ada pocong tuh.

Sesampai sahaja semua dihadapan masjid. Leman menunjukkan kepada semua sesuatu di atas jalanraya yang menghubungkan Mersing dan Endau. “Haaa..!!” Semua yang sangsi dengan Leman tadi tecengang bila melihatkan satu lembaga putih terbaring di atas Jalanraya. ” Ini dah kira hantu golek ni..” kata salah seorang dari mereka. Semua tak berani keluar dari van jadi mereka hanya meninjau dari jauh sahaja.

Tak berama lama ada sebuah wira melalui jalan tesebut tapi pemandunya berhenti sebaik sahaja ternampak lembaga putih yang melintangi jalannya. Wira tu kemudiannya berpatah balik menghala ke arah Bandar Mersing. ” Aik, duk dalam kereta pun takut ke.. keh! Keh! keh!” tergelak mereka semua dalam Van. Selama beberapa minit lalu pulak sekumpulan mat rempit. Tapi sepertimana proton wira tadi. Semuanya berpatah balik kearah bandar bila terlihat makhluk misteri tu.. Yang peliknya makhluk ni tak bergerak langsung. Kalau pocong dah tentu terloncat-loncat itupun kalau ikut kitab orang melayu.

Sedang berfikir-fikir dalam van tiba-tiba lalu pulak sebiji treler. Treler tu bergerak begitu laju dan rasanya memang takkan stop punya. Sepertimana dijangka Treler tersebut terus sahaja meluncur dan melanggar makhluk yang melintangi jalan tu. “Woah!!” Semua dapat saksikan si pocong tergolek tu  terpotong dua dah macam kena pedang laser Gaban Z. Ini lagi aneh.. untuk tahu apa sebenarnya semua ambil keputusan untuk pergi melihat sendiri. Setelah melihat secara dekat apa yang disaksikan ini memang amat mengejutkan…

Adulaahai.. sapelaa yang dok buat dajal time-time raya ni.. pegi bungkus bantal golek ngan kain putih pastu pergi letak pulak kat tengah jalan. Jalan utama lak tu… kecoh satu Mersing dibuatnya.  Bagi yang tak tahu cerita sebenar dah pulak jadi cerita pocong menghalang jalan . Lepas beberapa minggu kemudiannya masa aku balik ke kampung dengar  mak aku cerita orang jumpa pocong depan masjid masa raya. Untuk betulkan keadaan aku ceritakan duduk perkara sebenar kat mak aku. Bikin hampeh jee lawak seram ni… Sehingga sekarang tak diketahui siapa malaon yang buat dajal nih. Mungkin kalau dia baca entry nih bolehlaa bagi komen sikit.. heheh

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Ucapan SMS Raya 2009 Entri ini bukanlah bertujuan untuk membuat ucapan raya sebenarnya tetapi...
  2. Iklan Raya TM 2009 Selalunya kalau tiba musim raya ni antara yang menjadi perhatian...
  3. Cukup ke Raya Sebulan..? “Rumah Zul tak pegi lagi, Jiran-jiran sini pun tak habis...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

9 Comments

  • At 2008.10.12 23:59, taukey said:

    hahahaha….macma macam sekarang. sib baik tak eksiden

    nuaeman:sekarang keadaan dah kembali normal.. heheh.. itulaa nasib baik takde berlaku eksiden

    • At 2008.10.13 06:42, muhafis said:

      hahah.. entah2 yg drive keter wira tue enko x numan.. kui3.. kanthoi.. ahak

      nuaeman:aku takde masa kejadian.. hehe tapi ini memang cerita betull..

      • At 2008.10.14 01:35, chuckiesd said:

        Tu budak-budak punyer kejer laaa tu…hahahahahha

        nuaeman:bapak budak pun boleh jadi gak

        • At 2008.10.14 02:24, Kujie said:

          hehehehe….. menjadi juga dia menakutkan org

          nuaeman:itulaa pasal kak.. bikin kecoh satu daerah.. bukan kampung jee

          • At 2008.10.14 11:36, megat said:

            mat rempit pun takut pocong ka!? kat area mana eh man? selalu juga lalu jalan tu jenguk kebun dan balik umah arwah atok aku kat felda endau.

            menjadi juga lawan seram tersebut wakaka.

            nuaeman:ini kat depan masjid jamek kg sawah dato.. sebelum sampai ke kampung tenglu dan air papan

            • At 2008.10.15 03:11, shaxx said:

              baru aku tau mat rempit takut pocong… sebab pakaian seragam polis trafik kan dah putih, cuma perlu tambah tutup kepala je jadi putih… baru la mat rempit x berani datang lagi… heheheh

              • At 2008.10.15 05:58, KNizam said:

                hahahahah mmg kelakar dowh cerita neh
                aku terhibur! haha

                • At 2008.10.15 17:45, eyeman said:

                  hehe. macam ni punye cerita pun ada ker..

                  • At 2009.09.19 16:55, rockers beb.. said:

                    apo kobondo nieh…
                    lawk poik..

                    (Required)
                    (Required, will not be published)