Kepulangan Yang Dinanti…


Ditulis pada June 22, 2010 – 3:26 pm | Oleh nuaeman
Share

Semalam kira-kira jam 6.30 pagi aku selamat sampai ke kampung halaman setelah hampir 14 hari berkelana. Masa memang begitu pantas berlalu, seakan baru kelmarin aku berangkat ke tanah haram. Kenangan di bumi Madinah dan Mekah masih segar dalam ingatan. Sememangnya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Bumi Mekah ditinggalkan dengan rasa sayu seusai melaksanakan tawaf wida pada pagi 18 Jun 2010.  Kemudian aku dibawa berangkat ke Jeddah dan langsung menempuhi penerbangan selama 10 jam ke Kota Jakarta Pengalaman satu hari di tanah jawa itu juga membawa pengertian cukup besar untuk dijadikan bekal kehidupan apabila pulang ke tanah air sendiri.

Kelewatan selama dua jam untuk penerbangan dari Jakarta ke Kuala Lumpur amat menyeksakan kerana hati sudah mula melonjak untuk bertemu anak isteri. Oleh kerana itu ketibaan ke KLIA juga menjadi tertangguh sehingga ke tengah malam 20 Jun . Urusan  pengambil bagasi selesai kira-kira jam 12.45 pagi.

Bagi sesetengah jemaah keluarga masing-masing sudah ada yang menunggu ketibaan mereka di KLIA tetapi bagi aku, abah dan emak serta beberapa lagi teman sekampung kami perlu menempuh satu lagi perjalanan dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Mersing.

Ketika bas berhenti di hadapan surau kampung aku, sudah kelihatan isteri dan anak sulong aku Ammar berdiri dengan penuh setia. Waktu turun turun dari tangga bas Ammar menjerit ” Ayah!” berserta senyuman ibunya

Alhamdulillah, Alah permudahkan perjalanan pergi dan balik aku, abah, emak dan para jemaah lain. Sepertimana dinyatakan dari awal lagi. Aku masih rindukan tanah haram.

Ibu..

Ammar..

adik..

ada rezeki kita sekeluarga insya_Allah.. ayah mahu kita sekeluarga pula ke sana…

Insya_Allah…

* Untuk teman-teman yang masih sudi berkunjung kesini sewaktu ketiadaan aku, diucapkan terima kasih yang tidak terhingga.  Aku doakan kesejahteraan untuk kamu semua.. amin

*Insya_Allah akan aku cuba kongsikan catatan perjalanan aku dari Mersing ke Bumi Madinah dan Mekah serta sedikit pengalaman di Kota Jakarta.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Yang Meninggal Pergi dan Yang Terbang Mengejar Mimpi..
  2. Kerana Dia yang Maha Mengetahui…
  3. Aidilfitri yang sedikit tawar…

Tags: ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 20 Responses to “Kepulangan Yang Dinanti…”

  2. By donnyien on Jun 22, 2010 | Reply

    Salam sahabat,
    apa kbr?Selamat kembali ketanah air.

    [Reply]

  3. By anuarkarimz on Jun 22, 2010 | Reply

    selamat kembali, tentu banyak pengalaman sepanjang berkelana di tanah suci

    [Reply]

  4. By mijie on Jun 23, 2010 | Reply

    selamat kembali, teringin nak membaca pengalaman semasa di tanah haram nanti

    [Reply]

  5. By Shukor on Jun 23, 2010 | Reply

    Salam bro.

    Selamat pulang ke tanah air :)

    [Reply]

  6. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    Baik, terima kasih Donny.. :)

    [Reply]

  7. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    Seribu satu pengalaman yang ditimba disana.. terasa mahu kesana lagi.. moga diberikan peluang untuk sampai lagi dimasa akan datang..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    terima kasih mijie..,Sebahagian pengalaman akan diceritakan disini.. nantikan sahaja..

    [Reply]

  9. By rizzal on Jun 23, 2010 | Reply

    sukur selamat sudah

    [Reply]

  10. By suri on Jun 24, 2010 | Reply

    salam sahabat..
    terima kasih atas kunjugan anda di blog suri.

    Alhamdulillah dengan izinNya selamat pergi dan balik.

    [Reply]

  11. By suri on Jun 24, 2010 | Reply

    salam ..

    [Reply]

  12. By sangilapi on Jun 24, 2010 | Reply

    mudah-mudahan berpeluang membawa seisi keluarga pulak selepas ini :)

    [Reply]

  13. By nuaeman on Jun 25, 2010 | Reply

    Terima kasih.. shukor kerana setia berkunjung ke sini :)

    [Reply]

  14. By nuaeman on Jun 25, 2010 | Reply

    Alhamdulillah…

    [Reply]

  15. By nuaeman on Jun 25, 2010 | Reply

    Salam suri.. blog suri sudah biasa dikunjungi.. tetapi sebelum ini kalau saya komen mesti failed.. tetapi sekrang sudah ok.. :)

    [Reply]

  16. By nuaeman on Jun 25, 2010 | Reply

    Amin.. harap-harap begitula bang Jo.. ahah kat sana saya ada kawan baru tetapi namanya Pak Jo.. hehe

    [Reply]

  17. By imran on Jun 25, 2010 | Reply

    Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik? Dok area mana di sana?

    [Reply]

  18. By Baizura on Jun 27, 2010 | Reply

    Alhamdulillah

    [Reply]

  19. By samdaddycool on Jul 3, 2010 | Reply

    Alhamdulillah, selamat pulang ke tanah air..

    [Reply]

  20. By hafizmd on Jul 4, 2010 | Reply

    salam,
    alhamdulillah..selamat pergi dan selamat pulang..

    kalau flight delay..mg hati jadik tak keruan jer..hihi..

    nk tunggu citer di tanah haram pule..

    [Reply]

  21. By mark nason bruford on Feb 11, 2012 | Reply

    Just after examine a number of the content on your website these couple of days, i really like your style of running a blog. I book marked it to my personal favorites web-site list and will be looking at back again shortly.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge