Kenapa Bunyi Mesin Basuh Ni.. Macam Basuh Pinggan Mangkuk?


Ditulis pada December 7, 2009 – 1:28 pm | Oleh nuaeman
Share

“Kenapa Mesin Basuh tu bunyinya macam tu?” tanya mak sewaktu bertandang ke rumah aku beberapa minggu lepas.

“Entahlah Mak, bising semacam jee.. tiap kali basuh baju macam tulah bunyinya..” Jelas aku.

Pelik semacam mesin basuh yang baru dibeli ni. Bunyinya setiap kali kami membasuh pakaian amat-amat menakutkan. Satu rumah bagai bergegar, malu dengan jiran-jiran. Sekali dengar bunyinya tu dah macam bunyi orang basuh pinggan mangkuk guna ‘Washing Machine’. Aduhai..

“Apa kenalaa.. mesin basuh ni. Apa mesin basuh fully auto macam gini kee bunyinya? Kejap macam kapal terbang, kejap macam basuh pinggan mangkuk” sengaja soalan provokasi ni dilontarkan kepada sang isteri.

“Takdelah bang.., kat rumah mak tu fully auto jugak.. tapi ok jee.. senyap mesin basuhnya.., saya pilih yang fully auto ni pun sebab untuk lebih memudahkan kerja.. tak payah dua tiga kali nak tukar air” Sang isteri cuba mempertahankan keputusannya untuk memiliki mesin basuh jenis ‘fully auto’.

Ini adalah pertama kali aku beli mesin basuh ‘fully auto’ . Terus terang.. guna pun tak pernah. Sejak dari bujang sampai beranak dua mesin basuh ‘semi auto’ tulah yang aku gunakan. Cuma oleh kerana rezeki lebih sikit dekat-dekat raya hari tu.. sang isteri suarakan untuk beli mesin basuh baru. Fikir-fikir.. oklah juga kerana yang sedia ada dah boleh tahan uzurnya.. tapi ada sentimental value tuh.. heh!

Tak tahan dengan bunyi bising saban hari maka kami pun buat ‘report’ kepada syarikat yang menghasilkan produk tu. Menurut mereka bunyi tu datang dari gabus yang terletak di bahagian bawah mesin basuh. Mereka nasihatkan untuk kami buang gabus tu. Adat orang yang tak tahu maka kenalah ikut nasihat orang yang lebih tahu. Jadi kami menurut sahaja arahan yang diberikan. Tetapi setelah dibuang seakan-akan tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Mahu tak mahu, terpaksalah kami telefon pihak syarikat tersebut sekali lagi. Akhirnya mereka set kan satu masa untuk juruteknik mereka datang kerumah. Tarikhnya pada sabtu lepas.

Dipendekkan cerita, bila juruteknik tu sampai dia ambil masa tak sampai 5 minit nak settle masalah ni. Dia hanya tonggengkan saja mesin basuh tu kemudian..

“Abang., you punya mesin basuh takde rosak apa-apa tapi ini besi you takde buang..” jelasnya sambil menunjukkan setongkol besi beserta gabus dibahagian bawah berdekatan motor.

Ini besi kalau you tak buang memanglah mesin basuh you akan bunyi satu macam sebab itu motor akan jadi ketat, susah mau pusing” tambahnya lagi..

Adeh, patutlah.. aku tengokpun sampai lekuk-lekuk besi tu kesan dari berlaga dengan motor agaknya. Yang aku dengan orang rumah ni dengan selambanya sebelum ni membasuh dengan keadaan bunyi kapal terbang dan pinggan mangkuk pecah. huhuhu… Apa nak buat.. masa diorang hantar mesin basuh ni dulupun takde siapa yang bagitau untuk kami buang benda alah tu..

Apapun ini pengalaman berguna buat kami dan untuk sesiapa yang baru beli mesin basuh kemudian ada bunyi-bunyi bising macam tu maka perlulah diperiksa bahagian bawah mesin tu ye… Mungkin ada yang dah tahu tetapi serius.. aku memang tak tahu.. :)

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Kenapa ramai orang Malaysia takut nak ke saf depan bila solat?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 19 Responses to “Kenapa Bunyi Mesin Basuh Ni.. Macam Basuh Pinggan Mangkuk?”

  2. By Dr House on Dec 7, 2009 | Reply

    Kadang-kadang boleh jadi gak bunyi tu sebab mesin basuh tu diletak kat permukaan tak rata.

    [Reply]

  3. By zaryl on Dec 7, 2009 | Reply

    aku pun baru je beli mesin basuh fully auto beberapa bulan lepas. dan memang xde pun pesanan utk buang menda alah tu. alhamdulillah sbb aku pun tak tahu.. hehe

    [Reply]

  4. By Kujie on Dec 7, 2009 | Reply

    hehehehehehe………………. seronoknya dpt mesin basuh.

    teringat zaman dulu2… pertama kali beli mesin basuh semi auto juga – 2 bulan selepas kahwin…cik abg kesian tgok kita dok sental seluar jeans dia..hehehe

    [Reply]

  5. By titan on Dec 7, 2009 | Reply

    hoho.yg kat rumah mak aku ni pun jenis auto. Dulu pakai yg semi-auto. Sakit kepala gak dibuatnya..

    [Reply]

  6. By hafizmd on Dec 7, 2009 | Reply

    mmg 1 pengalaman yg berharge tuh..aku baru gak tukar mesih basuh..tp dr fully auto kpd semi auto..hehe..aku dah jual fully auto tu kt member..murah punyer..

    nuaeman..so motor tu ade tande2 defect x?ke ok jer?

    [Reply]

  7. By Daeng Mamak on Dec 8, 2009 | Reply

    Selamat tinggal 2009 selamat datang 2010.
    Selamat tinggal 2009-Tahun 2009 bakal berakhir beberapa hari lagi..selamat tinggal 2009 dan Selamat datang 2010. Selalu kita dengar orang mengajak kita pandang ke hadapan. Tetapi kali ini Daeng Mamak ingin mengajak kalian semua pandang ke belakang!! Pelik memang pelik tapi ini hakikat hidup. Pandang ke belakang bermaksud kita memandang sejarah hidup kita sepanjang 2009.
    Kalau di ingatkan semula 2009, banyak perkara yang berlaku di dalam hidup & Negara kita. 2009 melihat pemimpin Negara masing-masing berlagak jadi adiwara pada rakyat. Ada istilah ketuanan rakyat ada istilah 1 Malaysia. Bagi saya semuanya hanya untuk meraih kuasa untuk keberuntungan peribadi. Apa punya tuuuurrrr H1N1 melanda negara tapi B1N1 lagi ganas. Hanya menyerang kaum adam sahaja.
    Perkara yang berlaku pada kita duit poket makin kempes dek kerna harga baragan keperluan asas mau meneruskan sisa-sisa hidup semakin tinggi. Sekarang harga bawang merah besar sudah RM4.00/kilo di pasar raya Giant. Harga beras naik lebih 20% tahun 2009. Contohnya beras untuk orang kencing Manis _ Taj Mahal dari RM 23/ 5kg sekarang sudah RM35.Duit pinjaman PTPN masih perlu di bayar.Ya ampun mak ayah!! Bagaimana anak mu boleh kirimkan wang buat belanja bulanan!!Kadang –kadang terfikir inflasi tahunan yang di umumkan oleh kerajaan macam tak logik. Tapi memang betul kerajaan tak tipu. Mereka benar! Sangat benar kerana harga inflasi hanya di kira dari dari beras hancur 15%, di kira harga gula pasir, garam, susu pekat manis, tepung gandum tanpa vitamin. Memang bijak!!sangat bijak!!
    Desakan hidup semakin tinggi. Upahnya masih ciput. Tidak setara dengan apa yang di usahakan. Apa boleh buat kita ni hidup di zaman kapitalis. Sistem apa barang boleh jual kita jual. Apa barang boleh untung kita jual. Apa bayar upah murah kita tindas.berbual dengan kenalan dari Philiphina, mereka terkejut Negara tercinta ini masih tiada system gaji minimum. Apa boleh buat kita masih pakai undang pekerja tahun 1955. Kasihan, para pekerja di Malaysia. Kesatuan sekerja apa khabar? Bila nak ubah gaji boleh tuntut kerja lebih masa dari RM1500 kepada RM2500. Kasihan kaum buruh di Malaysia. Hidup mereka tertekan. Sangat tertekan. Sekarang golongan kolar biru masuk MLM dan sebagainya untuk menampung kehidupan. Inilah reliti 2009.
    Selamat datang 2010- Harga Petrol tiada subsidi di pam minyak. Di harap kerajan tak letak harga lantai. Biarkan stesen minyak letak kan harga seminimum yang mereka mau. Tapi mampukah kerajaan berani? Ya ampun pasti tak berani! Lihat saja bila bank berlumba –lumba tawar intrest rendah sampai BLR tolak 2%, kos guaman bank tanggung sudahnya Bank Negara tidak benarkan lagi.Lantas dengan bijaksana penjualan hartanah akan di kenakan cukai 5%. Kalau RM100000 sudah kena cukai RM 5000. Kasihan Sang Pembeli rumah. 2010 yuran guaman kena bayar, interst pinjaman tinggi + 5 % cukai belian rumah. Sampai kapan nak menyewa. Nak buat rumah setingan ahli kapitalis dah bolot semua tanah kosong. Anak kecil main api. Aku belajar lagu ni di kem merong mahawangsa di Denkil tahun 1997 masa kursus BTN. Kalau tak pergi biasiswa akan di tarik balik. Ya ampunnnn!!! Kena lebong den masa tu!!
    2010 ada GST- apa kebenda ni? Orang kampong tak paham apa ni GST. Bahasa mudah cukai Belian barangan. Contohnya kalau GST 5% kita beli beras harga RM 50.00 harga yang perlu di bayar ialah RM52.50. Dah hilang RM2.50. Apa boleh buat buat dengan RM 2.50 boleh beli gula sekilo tahun 2010. Pasal apa gula tak ada subsidi lagi. Kenapa tak ada subsidi lagi? Khabarnya kerna rakyat Malaysia ramai yang kena kencing manis. Apalah bijak sana punya alasan.
    Selamat tinggal 2009. Selamat datang 2010. Turun naik, turun naik gaji nya masih bergitu. Ya ampun orang politik!! Tolonglah berkerja untuk rakyat. Cukuplah main wayang gambar politik!! Ya ampun orang makan gaji kerja gomen. Tolonglah kerja dengan lebih cekap untuk rakyat!! Ya ampun..ya ampun…
    Dari: Daeng Mamak

    [Reply]

  8. By nuaeman on Dec 8, 2009 | Reply

    Betul tu bro.. lupa pulak nak bagitau.. diorang ada suruh jugak check lantai rata ke tidak..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Dec 8, 2009 | Reply

    kekadang diorang dah buangkan kot..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Dec 8, 2009 | Reply

    sekarang kak jie pakai mesin basuh jenis apa pulak..? :)

    [Reply]

  11. By nuaeman on Dec 8, 2009 | Reply

    Tapi aku suka jenis semi auto..

    [Reply]

  12. By nuaeman on Dec 8, 2009 | Reply

    Alhamdulillah.. takde ape-ape aku tengok.. barulah senang hati sikit.. takdelah rumah rasa bergegar.. huhu..

    [Reply]

  13. By megat on Dec 9, 2009 | Reply

    adeh macam teringat balik kenangan baru kawen. tika tu aku baru beli mesin full auto. bajet cam tahu pakai (ha3)

    hari kejadian cuba la basuh baju then tiba-tiba bau hangit, rupa-rupanya ada besi kat bawah kat belt. bukak sendiri, lama juga mesin tu problem dek kerana getah dan besi kat bawah tu dah tak betul agaknya.

    lepas tu pulak dia bising cam gempa bumi time nak keringkan baju. rasa macam jiran semua boleh dengar (hu3).

    [Reply]

  14. By nuaeman on Dec 11, 2009 | Reply

    hahaha.. camtulah yang aku rasa megat!

    [Reply]

  15. By samdaddycool on Dec 13, 2009 | Reply

    Hmm.. aku pun masih guna semi auto, nanti kalau beli fully auto, aku akan pastikan tiada bunyi pinggan mangkuk pecah tu.. :P

    [Reply]

  16. By anuarkarimz on Dec 13, 2009 | Reply

    aku memang guna mesin fully auto beli thn 1998 sampai skrg masih beri khidmat yg bagus, dulu masa bujang pakai semi auto, tapi sejak kawin dan bertambah ahli keluarga pakai fully auto aje, tak larat pakai semi auto, kesian kat org umah :)

    [Reply]

  17. By nuaeman on Dec 13, 2009 | Reply

    Nan bila beli.. ko check kat bahagian bawah mesin tu sam.. kalau kosong jee makna dia dah buang besi tu..

    [Reply]

  18. By nuaeman on Dec 13, 2009 | Reply

    wah.. suami mithali nih.. :)

    [Reply]

  19. By samdaddycool on Dec 13, 2009 | Reply

    Ok tq.. nasib baik ko buat panduan mesin basuh ni.. :P

    [Reply]

  20. By farahaznil on Dec 14, 2009 | Reply

    huhuh..aku dpt byngkan bunyi mesin tu mengamuk…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled