Kejamnya Office Politics!
Ditulis pada September 17, 2008 – 8:40 am | Oleh nuaeman Share
Aku cuba mengawal diri aku hari ni. Ikutkan perasaan mungkin aku dah mengamuk sakan. Volume suara aku pun dah hampir bertukar ke paras maksima. Mujur aku masih cuma ingatkan diri sendiri yang mana sesungguhnya aku berpuasa serta tak perlu terikut sangat amarah aku ni. Segalanya ini adalah angkara kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di tempat kerja.
Aku cukup-cukup benci politik di tempat kerja yang mana tak kurang jijiknya dengan politik diluar tuh. Oleh sebab itu aku memang menentang apa-apa rupa bentuk permainan politik nih. Dengan itu hari ini bukannya aku nak tunjuk hero kepada para pekerja bawahan tetapi aku rasa ada perkara yang perlu dibetulkan dalam pentadbiran.
Sebenarnya pada minggu lepas ada pekerja yang dinaikkan gaji. Aku tak cemburu soal budak ni naik gaji itu rezeki dia cuma sebagai orang yang turut berada dalam pentadbiran syarikat aku rasa benda ni tak betul. Budak yang dinaikkan gaji ni punyai masalah disiplin tetapi mungkin atas dasar kroni FM (Factory Manager) luluskan kenaikkan gaji dia. Manakala mereka-mereka yang aku rasa lebih berhak dan merupakan aset kepada syarikat seakan tak diendah dan dinafikan hak mereka.
Maka hari ini aku bersemuka dengan FM sendirian dan menyoal beliau atas dasar apa pekerja ini dinaikkan gaji dan atas dasar apa pula mereka-mereka yang lebih berhak ini dinafikan hak mereka. Jawapan yang diberikan amatlah bodoh maka memang benar sepertimana yang aku sangka ini semua permainan politik. “ You tak tahu, dia sebenarnya dinaikkan pangkat , bukan naik gaji saja , I tengok dia from different view” Arghh! ini lebih menyakitkan aku. Naik Pangkat? Hei! kalau naik pangkat sepatutnya nak kena announce dan paling tidak ada memo untuk department yang terlibat. Memang ini satu keputusan yang bebal. ” You tak payah nak explain lagi kerana you memang takde alasan nak bagi pada I, INGAT! kalau you nak naikkan naikkan semua sekali dan kalau tak nak baik semua tak rasa!” aku terus keluar tinggalkan FM yang masih terkebil-kebil.
Mungkin ada yang rasa aku emo sangat. Tak kisahlaa apa orang nak anggap pun tapi aku puas . Inilah salah satu contoh “office politics”. Betapa busuknya permainan mereka yang mana ada yang aku tak dapat nyatakan disini cukuplaa aku kata ianya memang kejam sehingga sanggup menikam dari belakang! Dah nama politik camtulaa kan.. tak kira yang kat luar tu kee atau dalam office. Kesimpulannya ianya memang kotor dan busuk . Bagi yang tak pasti maksud politik mungkin boleh baca cerita dibawah ni..
Makna Politik bagi seorang anak
Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.
Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.
Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.
Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan“.
Apa pulak kaitan cerita ni dengan cerita aku? heh.. korang fikirlaa yek
No related posts.























14 Responses to “Kejamnya Office Politics!”
By megat on Sep 17, 2008 | Reply
dimana-mana saja politik. apa sekali pun yang dilakukan politik. sehingga perjalanan hidup kita juga dipolitikkan juga.
akhirnya kita terpaksa hidup seperti dibawah pemimpin yang berkuku besi. oh mintak dijauhkan huhu.
klu mahukan masa depan yang cerah dan kering pakailah pampers yang mahal dan bagus wakaka.
[Reply]
By ijamidayu on Sep 17, 2008 | Reply
Bila pandai ampu.. Pergh.. Bila ikut law.. Amik ko obat..
Tue yg berenti kerja kilang.. Dok gaduh jer ngan sup.. Hahaha..
Apa pun, nice sharing di pagi hari..
Pada aku, politik itu putih. Yg mencorak warna2 didlm politik itu adalah mereka yg berada didlmnya..
Apa pun pada aku, ia adalah mereka yg berada didlm, nak kasi bersih atau kasi hitam..
Pikir2 la yerk..
[Reply]
By Kujie on Sep 18, 2008 | Reply
Di mana² ada kes macam ini..suami saya mengalami tahap kritikal bulan lepas.
Dia bagi warning dgn project Manager …kalau tak selesaikan dia akan berhenti sebab dia tak selesa lagi bekerja di sini.
Dia tahu ‘kedudukan”..kalau dia angkat kaki siapa yang uruskan semua projek yang belum selesai? Sebab dia adalah pasukan pertama yang terlibat dlm projek itu. orang baru akan alami masalah utk memahami dari mula.
Akhirnya orang yang busuk hati itu kena warning juga…kita patut bertegas jika kita dipihak yang benar.
[Reply]
By shaxx on Sep 18, 2008 | Reply
kesian… dahla politik negara haru biru, ko kena pulak layan politik kat opis….
[Reply]
By aeropama dot com on Sep 18, 2008 | Reply
kronisme sucks beb! especially kt opis. aku sgt benci. kdg2 xphm bagaimana pihak atasan menilai. naik kan pangkat org yg tak lyk beb. last2 kompeni lingkup…
[Reply]
By samdaddycool on Sep 18, 2008 | Reply
…. sebab tu aku suka kerja sendiri….. persetan dengan kroni!
… yang cerita anak skodeng bapa dgn orang gaji tu, aku dpt versi inggeris, tapi siap ada atok sekali (union)…
[Reply]
By abdfatah on Sep 18, 2008 | Reply
biasa laaa itu pejabat punya politikus. banyak kerenahnya…
sebagaimana ceritera dr tuah iskandar dengan dunia pejabat politiknya… ada baca citer pasal buku motivasi dr tuah iskandar? begitulah dia senarionya…. ketidakadilan dan cantas mencantas sudah menjadi perkara biasa… orang kata takleh nak tengok orang senang sikit…. ada saje yang nak cantas… apatah lagi ketidakadilan….
kalo yang bermasalah disiplin mendapat tempat yang tidak sepatutnya… ini sudah lebih….
[Reply]
By famia on Sep 18, 2008 | Reply
memang kejam.
[Reply]
By nuaeman on Sep 18, 2008 | Reply
Megat> nak buat camne.. tapi apapun kita perlu juga suarakan ketidakpuasan hati.. macam juga mereka yang guna pampers hehe..
Ijamidayu> Setuju.. politik sememangnya dah jadi terlalu kotor..
Kujie>Itulaa kak.. ceritanya hampir sama dengan saya.. cuma yang masih tak puas hati.. setakat ni takde peyelesaian..
Shaxx>Terpaksalaa hadap.. makan gaji ginilee..
Sham>Ya.. sememangnya aku juga cukup benci!
Samdaddycool>Memang.. kerja sendiri gak yang ok
Abd Fatah>Aku tak terbaca lagi buku tu.. apa tajuknya..?
Faimi>ye..cukup kejam!
[Reply]
By taukey on Sep 18, 2008 | Reply
aku benci kroni, tukang bodek, tukang ntah apa apa. apa pun bersabar. kat mana-mana opis pun berlaku. ish jahanam ko kroniiiiiii……………….
[Reply]
By ezad on Sep 18, 2008 | Reply
Eh tajuk kita lebih kurang sama gak..eheh,xpela sabar je la bro dunia ni kan bulat,
hari ni hari dia nnti smpai gak hari kita..huhu
[Reply]
By KNizam on Sep 21, 2008 | Reply
politik office memamng kadangkala lebih kejam daripada yang disangkakan. aku pun geram ngan cerita ko. mmg tak patut la that fm kan.
[Reply]
By tivitune on Sep 23, 2008 | Reply
aku suka cite yang last tu..
[Reply]
By Shaffik on Sep 24, 2008 | Reply
Betul laaa bro…skang kat maner2 jer ader politik…baik tempat kejer atau kat organisasi yang lain…aku bender2 cam ni laaa yg buat aku menyampah…kalau2 di fikir2 mmg tak bley buat kejer….tp org yang tambah2 citer ni pun satu hal jugak…kadang2 die punyer tau citer tu …kadang2 pengetahuan die lebih dr senior kat situ….mmg tak bley lari…
[Reply]