Keindahan Masjid Nabawi


Ditulis pada July 23, 2010 – 3:54 pm | Oleh nuaeman
Share

” Kalau nak pergi tengok Makam Nabi pergilah, takpe.. abah tunggu dekat sini.. ” kata abah

” Makam Nabi dekat mana bah? ”

” Makam Nabi dekat depan sana, arah ke pintu Babussalam ” jawab abah tenang.

Dan suasana di dalam Masjid Nabawi hari itu juga tenang dan cukup mendamaikan. Di tambah dengan kedinginan yang dibawakan oleh sistem pendingin hawa di segenap ruang Masjid, rasanya aku mampu menghabiskan waktu seharian suntuk di dalam Masjid sahaja jika begini.

Masjid yang dulunya dibina dengan batu bata  tanah bakar serta atap-atapnya yang terdiri daripada pelepah-pelepah tamar kini tersergam indah. Lantainya dilitupi dengan permaidani merah. Pada ruang belakang dan juga di laluan berjalan kaki disediakan beberapa tong yang terisi air zam-zam di dalamnya. Air zam-zam yang sejuk, sememangnya satu kelegaan apabila membasahi tekak yang kering dek kehangatan cuaca di Madinah. Pada tiang-tiang Masjid pula disediakan naskah-naskah al-Quran untuk bacaan para-para jemaah.

Aku masuk ke dalam masjid sekitar jam 10 pagi, tetapi ruang Masjid telah terisi dengan para jemaah. Ada yang sedang tekun membaca al-Quran, ada yang sedang bersolat (mungkin solat tahiyatul masjid ataupun solat dhuha) dan tidak kurang juga yang terlelap pada tiang-tiang  Masjid. Suasana yang paling menarik apabila melihat beberapa kumpulan kanak-kanak yang duduk membentuk bulatan membaca al-Quran. Masya_Allah… sejuk hati ini melihatnya..

Sebaik mengambil tempat di dalam Masjid. Aku dan Abah melaksanakan solat tahiyatul Masjid terlebih dahulu.  Zuhur di Madinah adalah pada jam 12.20 tengahari. Masa yang ada aku gunakan untuk mendalami lagi pengetahuan tentang ibadah Umrah melalui buku-buku yang telah aku bawa bersama. Semakin menghampiri waktu zuhur jemaah semakin ramai memenuhi segenap ruang. Suasananya sungguh luar biasa…

Syukur padaMu Ya Allah kerana memberikanku peluang untuk bersolat di Masjid yang dibangunkan oleh kekasihMu. Aku hanya punya masa 3 hari sahaja untuk merasai nikmat bersolat dan beribadah di masjid ini. Entah bila akan diberi peluang lagi….

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah memberatkan untuk mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi di Madinah), dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada seratus ribu kali solat di masjid lain kecuali di Masjidil Aqsa.” (Riwayat ad-Darimi, an-Nasai’ dan Ahmad)

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Menuju ke Masjid Nabawi
  2. Sepetang di Masjid Kampung Melayu Majidee
  3. Dari Mersing ke Madinah… (4)
  4. Lambaian Kaabah dan Undangan ke Tanah Haram
  5. Kenapa ramai orang Malaysia takut nak ke saf depan bila solat?

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 7 Responses to “Keindahan Masjid Nabawi”

  2. By Munir on Jul 23, 2010 | Reply

    Uihhhh!! Bestnye….mudah-mudahan berpeluang juga untuk menjejakkan kaki di Masjid Nabawi nie..hehe :D
    Munir recently posted..Road To Al-Azhar- Cairo 4My ComLuv Profile

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Insya_allah.. nanti dah sampai Cairo maknanya tak jauh dah tu nak sampai..

    [Reply]

  3. By Nadri on Jul 25, 2010 | Reply

    bertuahnya badan dapat menjejakan kaki ke Tanah Suci..moga dipermudahkan urusan disana…
    Nadri recently posted..Kampus UiTM Kini Di Bandar Seri Alam Pasir Gudang- JohorMy ComLuv Profile

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Terima Kasih banyak bro.. eh.. bila agaknya kita boleh berjumpa yee bro.. :)

    [Reply]

  4. By samdaddycool on Jul 26, 2010 | Reply

    Sungguh menenangkan berada dalam masjid nabi. Semoga Allah memberikan peluang kepadaku untuk sampai ke sana pula.
    samdaddycool recently posted..Puasa dah dekat- sendiri mau ingatMy ComLuv Profile

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Amin… camna kalau kita pergi sama-sama ajak blogger2 yang lain.. :)

    [Reply]

    cyza Reply:

    Betul tu…kan best dapat pi beramai-ramai…
    cyza recently posted..The Best Outsourcing Secrets Specially Crafted for NewbiesMy ComLuv Profile

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled