Kau lahir jua akhirnya…
Ditulis pada January 8, 2009 – 11:42 pm | Oleh nuaeman Share
Alhamdulillah.. setelah 9 bulan didalam kandungan ibumu akhirnya kau lahir juga di malam Jumaat yang mulia ini. Tepat jam 9.20 malam bersamaan 8 Januari 2009 anak kedua aku lahir. Keadaan ibu dan bayi adalah selamat. Syukur sesangat kepada Allah yang Maha Esa kerana benar-benar dipermudahkan.
Kami ke Hospital dalam pukul 6 petang dan kira-kira jam 7 petang isteri aku dah dimasukkan ke kamar bersalin. Aku menurutinya setelah selesai berbuka serta bersolat maghrib. Pada ketika jam 9 malam isteri aku dah mula rasa kesakitan dibawah perut. Secara kebetulan seorang jururawat masuk ke kamar bersalin kami dan bila dah diperiksa, apa yang beliau kata ” Laa hai.. dah nak bersalin dah hah..” . Aku rasa tak lebih dari 10 minit akhirnya bayi 2009 aku selamat dikeluarkan… alhamdulillah…
Untuk kali ini aku dapat menyaksikan sendiri kelahirannya berbanding pada ketika anak pertama dulu aku tak dapat bersama-sama menemani isteri. Menyambut, melihat proses cucian yang dilakukan serta tak lupa mengazankan.. Sepertimana anak pertama, yang kedua ini juga seorang putera. Nama masih belum ditetapkan.. yang pasti bukan MEGA. Haha..
Entri Berkaitan:





17 Responses to “Kau lahir jua akhirnya…”
By |1f34|-|1r3 on Jan 9, 2009 | Reply
tahniah beb dapat orang baru…semoga selamat la hendak nyer !
|1f34|-|1r3’s last blog post..Use isthatsitedown.com to check site is down or not
[Reply]
By Adry on Jan 9, 2009 | Reply
Salam ziarah…
Waaa tahniah tahniah… alhamdulillah… rezeki Allah bagi tu… Semoga besar nanti jadi anak yang soleh.. amin
Adry’s last blog post..Si Riben Merah…
[Reply]
By Kujie on Jan 9, 2009 | Reply
wahhhhhhhhhhh..cool!
moga dilimpahi rezeki…syukurlah baby dan ibunya sihat.
Kujie’s last blog post..Pasang Search Form pada blogspot
[Reply]
By eZad on Jan 9, 2009 | Reply
Wah..Tahniah la Bro..semoga baby tu sihat..dan rezeki bertambah.
[Reply]
By zaidawi on Jan 9, 2009 | Reply
tahniah, semoga menjadi anak yang soleh
[Reply]
By ijamidayu on Jan 9, 2009 | Reply
Tahniah bro.. Semoga dimurahkan lagi rezeki..
ijamidayu’s last blog post..Perniagaan Internet.. Mengapa… II
[Reply]
By pcuserz on Jan 9, 2009 | Reply
tahniah!
seronokkan dpt jd ayah (sekali lagi) kan?
moga jd anak yg soleh & ayah yg cemerlang!
[Reply]
By megat on Jan 9, 2009 | Reply
syukur semua berlaku dlm keadaan selamat dan dipermudahkan.
tahniah man! insta allah makin murah rezeki kau.
megat’s last blog post..Tahun Baru, Bersihkan Minda Dan Hati!
[Reply]
By chuckiesd on Jan 9, 2009 | Reply
Tahniaj Bro..Selamat menyambut kelahiran cahaya mata yang ke-2. Harap menjadi anak yang soleh.
chuckiesd’s last blog post..Inspirasi Hidupku
[Reply]
By zariel on Jan 9, 2009 | Reply
oo.. yang nombor 2 dah. tahniah.
zariel’s last blog post..PostTabs Plugin Untuk WordPress
[Reply]
By samdaddycool on Jan 9, 2009 | Reply
Tahniah! .. semoga usaha lebih ‘keras’ lagi..
samdaddycool’s last blog post..I’m out from lelong.com.my!
[Reply]
By titan on Jan 9, 2009 | Reply
tahniah. jangan letak nama aku tau. hehe
titan’s last blog post..Kaleidoskop dan Kehidupan Buara
[Reply]
By muhafis on Jan 9, 2009 | Reply
conratz papa.. hehe.. best nye dpt anak, ceh ak plak yg lebey2.. letak lah name initial with ‘abdullah’. tahniah..
moga makin smgt dan lebih bertanggungjawap.. amieen.
muhafis’s last blog post..Penat nye study..
[Reply]
By KNizam on Jan 9, 2009 | Reply
tahniah dapat anak yang soleh !
KNizam’s last blog post..Butterfingers Sesi Istana Budaya 2009 !
[Reply]
By rohaizad on Jan 10, 2009 | Reply
Mega?
Si tukang cerita yang hebat itu?
Wahahahah
Alaa…letak nama akulah, Rohaizad. Makna nama itu pun bagus. Silap-silap jadi full time blogger macam aku bila dah besar nanti… yeee haaa!
rohaizad’s last blog post..Wooohoooo…! Kalau sehari 10 klik, sebulan dah RM3000 !!!
[Reply]
By Taukey on Jan 10, 2009 | Reply
tahniah bro.
[Reply]
By nuaeman on Jan 11, 2009 | Reply
Terima kasih atas doa kalian semua.. amin…
[Reply]