Kasih Seorang Ayah..
Ditulis pada July 5, 2008 – 1:54 pm | Oleh nuaeman Share
Lambat sedikit mengemaskini blog , masa yang ada hari ni aku peruntukkan untuk bawak anak dan isteri keluar sekejap bersiar-siar juga berbelanja apa yang patut.. baru dapat paymentlaa katakan.. hehe.. tak berjalan jauhpun.. kene jimat gak.. maklumlaa ditengah-tengah kenaikan harga minyak ni.. huhu.. habis berbelanja.. ada satu suara lembut menyapa ke telinga aku “Ayah.. KFC” Erk! erm.. oklah sekali sekala.. heh ( Jangan silap faham.. itu suara ibunya.. anak aku takleh cakap lagi..
)

Berselera betul anak aku yang baru setahun 4 bulan ni makan.. aku sendiri terasa cam tak tergamak nak makan takut tak cukup pulak untuk dia.. keadaan ni sama sepertimana yang pernah yang aku lalui satu ketika.. tapi pada masa tu kedudukan aku adalah yang disuap dan tempat aku tu pulak kepunyaan seorang lelaki penting.. siapa lagi.. Abah akulaa… emm.. Kalau dulu.. aku selalu tengok abah berkorban untuk aku sekeluarga.. balik dari laut tengah penat-penat tu.. abah masih boleh melayan kerenah anak-anak.. even belum jamah apa-apapun abah tak kisah.. janji anak-anak puas dan perut mereka terisi.. untuk abah dapat jamah sikit pun jadi dan tak pernah terkeluar rungutan andaikata takde apa yang ditinggalkan untuknya.. abah redha.. mampu ke aku mencontohi abah..?
Apa yang aku lakukan untuk anak aku tu.. hanya secebis dari apa yang pernah abah aku lakukan untuk aku.. mungkin ini memang naluri seorang ayah.. tak sanggup tengok anak kelaparan atau tak cukup makanan.. biar berlapar sikit takpe.. asalkan anak-anak tak kebulur.. nak ceritakan pasal pengorbanan seorang ayah ni memang tak cukup untuk dinyatakan kat sini.. aku hanya menceritakan sebahagian kecilnya sahaja.. dan setiap dari kita ada pengalaman sendiri dengan ayah masing-masingkan… karektor seorang ayah ni bertepatan dengan salah satu lagu nyanyian Aris Ariwatan yang mana pada satu rangkap lagunya berbunyi..
“Tiga.., lapar dan dahaga.., Rela berpayahan.., setianya ayah….” (tajuk lagu 1,2,3,4 tak silap aku…)
Bagi yang masih ada ayah.. ambillah kesempatan yang ada ni untuk menggembirakannya dan untuk mereka yang telah kehilangan ayah adalah belum terlambat untuk melaksanakan apa sahaja yang perlu bagi kesejateraannya di sana… Beliau dah laksanakan tugas sebagai seorang ayah dan kini giliran kita tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.. Anak soleh..
Emm.. agak emo lak aku hari ni..kan.. tapi.. ini kenyataan.. macam aku katakan setiap apa yang aku tulis disini bukan saje-saje tetapi untuk mengingatkan diri aku juga yang selalu alpa.. kalau ada kesedaran di pihak yang membaca alhamdulillah… emm aku beredar dulu.. anak dah mula meragam nak tengok.. si dinasour ungu ni.. argghh..! bosannya nak layan si Barney ni lagi.. tapi inilah tanggungjawab seorang ayah.. hehe… “Barney is a dinasour and.. ” erhh..! layan jelaa..
Entri Berkaitan:





7 Responses to “Kasih Seorang Ayah..”
By zyreel on Jul 7, 2008 | Reply
“Tiga.., lapar dan dahaga.., Rela berpayahan.., setianya ayah….” (tajuk lagu 1,2,3,4 tak silap aku…)
lagu ni amat bagus dihayati dan anak aku da hafal lagu ni.
nice story bro pasal AYAH
[Reply]
By Affuan on Jul 7, 2008 | Reply
biasa la tu. aku sebagai ayah pun memang ada naluri gitu. x rela tengok anak bini lapar. dahulu kan mereka dulu. baik sungguh haku. haha.
[Reply]
By Muhafis on Jul 7, 2008 | Reply
Betul lah tue bro..
lau nak cite pasal sacrifice yg dedi kite dah bwat..
memang la byk.. lagi yg dari kecik dah knl idup susah..
mcm ak.. heheh..
kalu kite dah jadi papa mcm bro tentu lebih rase kan
pengorbanan yg dedi kite dah bwat dulu..
**10 org anak mungkin melupakan kasih seorang ayah
tetapi seorang ayah takkan dapat lupakan cintanya terhadap 10 org anak ..
[Reply]
By samdaddycool on Jul 13, 2008 | Reply
sungguh bluesss….. nice post!
[Reply]
By sangilapi on Jun 7, 2010 | Reply
begitulah kehidupan,hari ini kita jadi anak,esok-esok pulak kita ada anak:)
[Reply]
By Papa Hanan on Sep 7, 2011 | Reply
Lagu itu ’1,2,3,4′ nyanyian aris ariwatan itu memang menusuk kalbu terutama setelah bergelar seorang papa serta kehilangan seorang abah…
Papa Hanan recently posted..Kejap kecik, kejap besar
[Reply]