Kalau Tuhan dah tentukan…
Ditulis pada February 6, 2009 – 12:35 pm | Oleh nuaeman Share
Terkadang kita tak sangka sesuatu tu sebenarnya memang tersedia buat kita. Yang perlu hanyalah kesungguhan dalam pada untuk kita mendapatkannya. Tuhan akan bantu.. benar tuhan akan bantu mereka -mereka yang ikhlas dan bersungguh mahukan sesuatu. Ianya benar-benar terjadi kepada seorang hamba Allah dihadapan mata aku minggu ini. Aku melihat sendiri bagaimana peluang yang tuhan beri untuk beliau.
Cerita begini..
Minggu ini aku agak sibuk menemuduga beberapa orang untuk jawatan operator dan juga juruteknik mesin di tempat aku bekerja. Memang ramai betul yang hadir. Maklumlah banyak syarikat-syarikat yang dah sesak dan mula nak gulung tikar atas kegawatan ekonomi. Dalam ramai-ramai aku temuduga ada seorang budak Sabah yang turut hadir. Melalui sesi temuduga aku dapat nilaikan dia ni seorang yang jujur dan nak bekerja tetapi ada satu masalah kerana dia tak sediakan nombor telefon untuk dihubungi pada satu bahagian di borang permohonan. Bila aku bertanya katanya telefon rosak. Jadi jawapan aku pada dia sebelum dia keluar dari bilik interview ialah kalau pun dia terpilih susah untuk aku dapatkan dia.
Setelah tamat semua sesi temuduga maka akupun mula buat penilaian. Aku memilih 3 orang dari yang ramai-ramai tu dan nama budak Sabah tu tak termasuk kerana dia tak sertakan no telefon untuk dihubungi walau semasa sesi temuduga aku suka dengan attitude dia. Jadi kesemua yang aku hubungi bersetuju untuk melaporkan diri pada keesokkan harinya.
Nak jadi cerita, hari berikutnya hanya dua orang sahaja hadir manakala seorang lagi mungkin tidak berminat kerana setelah satu jam kelibatnya masih tidak kelihatan. Tiba-tiba dalam beberapa minit selepas tu budak Sabah yang semalam itu muncul. Aku sendiri terkejut apasal pulak dia datang. Lalu dia berjumpa aku “Abang, saya semalam tak bagi no. telefon, hari ni saya dah ada telefon dan nak bagi nombor saya pada abang”. Wah! pada aku kalau orang tak bersungguh nak kerja dia takkan sanggup datang balik macam ni hanya kerana nombor telefon. Di hati aku ini mungkin rezeki dia lalu aku menawarkan dia bekerja bermula pada hari keesokkannya. Suka betul dia dan aku rasa aku tak salah pilih orang.
Begitulah kalau tuhan dah tentukan sesuatu itu adalah milik kita maka ia tetap akan jadi milik kita. Cuma apa yang perlu, kita hendaklah berusaha juga untuk mendapatkannya. Segalanya bagai telah diatur dengan baik oleh Allah. Detik hati aku untuk mengambil budak itu bekerja adalah dari-Nya juga. Moga ada iktibar dari kisah ini.
Entri Berkaitan:























16 Responses to “Kalau Tuhan dah tentukan…”
By catzer on Feb 6, 2009 | Reply
itulah kalau dah rezeki tak kemana. Yg penting ada kesungguhan. Aku plak tak dpt nak tunjukkan kesungguhan tu sbb tak pernah di panggil interview..kah kah kah.
[Reply]
By nadinezuharra on Feb 6, 2009 | Reply
gembira bace kisah ni,menguatkan semangat saye yg tgh nk mencari kerja br..iyelah,risau jg dgn keadaan ekonomi skang..insyaAllah kalau dah rezeki kita,pasti ada jalannya di mana2..
nadinezuharra’s last blog post..:: Sebut tentang makan ~bertuah jadi warga Malaysia..
[Reply]
By zariel on Feb 6, 2009 | Reply
entah pasal apa aku rasa terharu dgn kisah ni… huhuhu
zariel’s last blog post..Lagi Penipuan SMS
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Feb 6, 2009 | Reply
terharu la plak kan aku baca cerita ni..tp memang btol beb..perancangan Allah mustahil untuk kita tahu…semoga pilihan ko tepat beb !
|1f34|-|1r3’s last blog post..How to check your backlinks
[Reply]
By twenty-six on Feb 6, 2009 | Reply
aku pun terharu juga…moga pekerjaan kalian diberkati
twenty-six’s last blog post..?????????????
[Reply]
By twenty-six on Feb 6, 2009 | Reply
err..lagi satu..
tajuk :Kalau Tuhan dan tentukan…
macam patut jadi
Kalau Tuhan dah tentukan…
twenty-six’s last blog post..?????????????
[Reply]
By chekguBH on Feb 7, 2009 | Reply
waaa…
macam tau2 je abg ni nk bagi dier keje kan??
huhu…
kdg2 keje ni, academic qualification tu tak jadi no 1, tp attitude dan kelebihan lain yg nmpk mase interview buat majikan berminat nk amik keje…
chekguBH’s last blog post..MPV Proton Lagi…???
[Reply]
By Shaffik on Feb 7, 2009 | Reply
Dari kesungguhan dia memang betul-betul dia nak bekerja. Daripada kesungguhan dia lah yang membuka hati kau ambik dia bekerja…rezeki dia di tentukan Tuhan. Alhamdullilah akhirnya dia dapat bekerja di tempat ko.
Shaffik’s last blog post..Blog Azwan Ali Tidak Sopan
[Reply]
By x-po shop on Feb 7, 2009 | Reply
aku btl terharu dgn kesungguhan bdk tu..bro, ko mmg wat keputusan yg tepat..
x-po shop’s last blog post..X-PO SHOP MASUK BERITA TV (THE WORLD’S GREATEST BUSINESS MIND)
[Reply]
By taukey on Feb 7, 2009 | Reply
wah menarik cerita ni. Buat aku terharu
taukey’s last blog post..Traffik Tinggi
[Reply]
By rohaizad on Feb 8, 2009 | Reply
Rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari.
[Reply]
By megat on Feb 8, 2009 | Reply
subhanallah. usaha yang tidak berbelah bahagi akan dibalas oleh allah. terkesan juga aku atas entri ini. terima kasih.
[Reply]
By ijamidayu on Feb 10, 2009 | Reply
Iktibar… Memang ada hikmah setiap perkara…
ALLAH tahu benda nie.. Apa pun tanpa usaha budak nie dtg balik..
Kompom bukan rezeki dia.. Rezeki nie dtg dari pelbagai bentuk dan cara tanpa kita ketahui sumber yg ALLAH beri..
MasyaALLAH…
[Reply]
By samdaddycool on Feb 10, 2009 | Reply
Ada dua moral;
1. Segala usaha kita , akhirnya kita kena berserah. Itu takdir namanya.
2. Kesungguhan dan bersungguh-sungguh, “Allah itu Maha Adil”. Dia akan perkenankan permintaan hambaNya kalau kita minta dan berusaha.
samdaddycool’s last blog post..Rabbit for sale, hamster for stew
[Reply]
By j_hafiz on Feb 13, 2009 | Reply
tharu btol bca cerita nih.kim slm pd bdk tu ya…
sgguh2 tu.2la,rasa mcm jujur ja bdk tu.. da rezeki dia nmpknya
j_hafiz’s last blog post..EAVista Directory – Submit your link for FREE
[Reply]
By muhafis on Feb 14, 2009 | Reply
numan, klu ade keje kat kilang enko plz rekemankan kat ak ea.. ak bln 5 nie nak abes blaja.. taktau nak buat ape.. tq bebanyak.. heheh
muhafis’s last blog post..Geng The Movie
[Reply]