Jangan Shopping di Kemayan City kalau ke JB tau..!
Ditulis pada October 20, 2008 – 5:51 am | Oleh nuaeman Share
Sesiapa yang tinggal di Jb sememangnya tahu Kemayan City adalah satu projek yang gagal dan bangunannya sekarang dah jadi sarang macam-macam penghuni. Ada yang kasar dan ada juga yang halus.. Yang kasar amat berbahaya manakala yang halus pula ada misterinya..
Aku bukan suka-suka nak bawak cerita dan andai benda ni tak betul pohon kemaafanlaa sangat huhu.. tapi takkan dua orang yang berlainan ni berbohong. Nak tahu cerita kee? Sebelum ni sebenarnya rakan sekerja orang umah aku pernah cerita perkara yang berlaku keatas salah seorang saudaranya yang baru sampai ke Jb setelah sekian lama tak kesana. Dan semalam pulak rakan kerja lama aku yang beraya kerumah menceritakan benda yang sama berlaku keatas sepupu mereka dari Penang yang bertandang ke JB ketika Ramadhan baru-baru ni.. cerita mereka ialah… sedara-sedara mereka membeli belah di Kemayan City. Erk! malam pulak tu..
Menurut ceritanya mereka nampak bangunan Kemayan City itu terang benderang. Memang meriahlaa.. nak sambut raya katakan.. keadaan dalam tu sepertimana yang biasa kita nampak kat mana-mana pasar raya bila tiba musim perayaan. jadi orang yang jarang sampai JB mereka belilaa apa yang patut dan kebetulan nak raya adalaa mereka beli sedikit barang-barang persiapan raya. Setelah beredar dari situ tak lama mereka semua seakan bermimpi sebab segala barang yang dibeli tiada dalam kereta. Bila diceritakan pada saudara-saudara di JB pasal benda ni, semua jadi tercengang. Kerana Kemayan City memang dah lama jadi tempat penagih dan jin bertendang.
Erk!
Ada sesiapa nak berkongsi cerita yang sama?
Ini sebenarnya susulan sepertimana cerita yang pernah aku terima sejak dulu.. bila jalan long distance tengah malam, hati-hati bila nak makan kat gerai tepi jalan sebab kadangkala gerai tu dah lama takde boleh kata tak wujud lagi. Ada ramai yang terkena misteri camni dan tak tahulaa apa pulak yang mereka makan masa berhenti tu.. ada yang menokok cacinglaa darahlaa.. yang pasti kejadian seperti ini memang pernah berlaku..
Disini ada disediakan Map bagi sesiapa yang tak mengetahui dimana lokasi Kemayan City.
*Betul atau tidak hanya orang terlibat yang benar-benar tahu.. aku cuma berkongsi cerita..
Entri Berkaitan:





