Insiden Memalukan di Bulan Puasa : Alahai Celcom Broadband…


Ditulis pada September 14, 2008 – 9:18 am | Oleh nuaeman
Share

Adeh..! Dua hari aku tak dapat nak update blog ni oleh kerana masalah tiada talian internet di Kampung. Sangkaan aku bila dah register broadband ni selesailah satu masalah nak online kat memanapun.. rupanya tak juga. Kat kampung aku usahkan 3G , GPRS pun langsung tak nampak batang hidung.. alahai. Ni kee servis yang digembar gembur bagus sangat. Coverage pun tak meluas lagi rupanya..

Disebabkan tak boleh nak online guna broadband maka terpaksalah aku ke Cybercafe setiapkali nak settlekan urusan menghantar kerja-kerja yang ditempah oleh pelanggan. Sehari dua kali aku ke CC iaini pagi sekali dan petang sekali. Letih gak tapi nak buat camne..

Oleh kerana kerap berulang alik inilah telah terjadi satu kes atau insiden memalukan pada aku semalam. Sepertimana pada hari Jumaat aku ke CC yang sama lagi untuk selesaikan urusan kerja online aku. Dalam pada lebih kurang satu jam aku uruskan semuanya maka dengan machonya aku ambil helmet disebelah kiri aku dan terus ke cashier. Sabtu kena RM 2 pulak satu jam.. emph! takpelaa.. diorang cari rezeki.. cam aku jugak.

Lepas buat bayaran.. aku tak tunggu lama untuk keluar beserta dengan helmet hitam apollo yang begitu kemas aku pegang dan terus menuju ke kereta. Semasa nak buka pintu kereta barulaa aku terasa pelik. Apasal aku bawak helmet naik kereta.. erk!! Ya Allah.. helmet sape lak yang aku sapu ni.. adei!

Dengan wajah yang masih control kemachoan aku masuk balik CC tu untuk mencari siapa yang empunya gerangan Helmet Apollo hitam tuh. Rupanya Helmet tu milik mamat yang main games sebelah aku.. chit! dia pun tak tegur langsung masa aku terambil Helmet dia.. masa aku tanya “Bro, ni helmet bro ke?” barulee dia sedar.. syok sangat layan FIFA huh! agak kalau aku terus bawak balik pun dia tak tahu.. Masa aku keluar balik dari CC tu.. adalah dua tiga awek yang terkekeh.. atas ape yang berlaku.. chait! malunye pakcik…

Sebenarnya sebelum tu setiap kali ke CC aku naik motor abah aku jee.. dan memangpun aku pakai Helmet apollo hitam yang saling tak tumpah cam mamat main games tu punya. Semalam je aku boleh gatal pegi naik kereta. Ni semua angkara Celcom Broadband. huh! Kalau coverage dia ok dah tentu aku tak payah susah-susah pegi CC dan terkena insiden memalukan nih. Apapun memang silap aku gak.. hehe.. moral of the story? korang pikirlaa sendiri..!

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Celcom Broadband.. Alangkah Bahagianya..
  2. Blog ini mencapai tahap bengong dengan Celcom broadband
  3. Mungkin aku perlu ucap Selamat Tinggal kepada Celcom Berukband
  4. Misteri: Hilang waktu berbuka puasa
  5. Karikatur susulan Insiden Bush dilontar Kasut

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 16 Responses to “Insiden Memalukan di Bulan Puasa : Alahai Celcom Broadband…”

  2. By aeropama dot com on Sep 14, 2008 | Reply

    wuhuhuhu… nasib baik kau tak pakai helmet sambil memandu kereta. pasti org sekeliling akan rasa kau adalah pemandu kereta lumba profesional…

    [Reply]

  3. By megat on Sep 14, 2008 | Reply

    ya. kekadang bila kita dah terlalu biasa dengan sesuatu keadaan atau suasana. akan terjadi perkara sedemikian.

    eheh pakai helmet naik kereta.

    [Reply]

  4. By catzer on Sep 14, 2008 | Reply

    beb..ko mmg sengal gilalah..bikin malu kawan aje..hahahha..tp aku ingat masa aku gile2 dulu ngan kawan2..cabar pakai helmet masa bawak kete..sempoi aku pakai dptlah 2-3 ketul kepala agong kat aku..lagi mahu cabar..aku mmg muke selamba..ahaks..

    [Reply]

  5. By likik83 on Sep 15, 2008 | Reply

    aku pon ada banyak pengalaman lucu :D

    [Reply]

  6. By nuaeman on Sep 15, 2008 | Reply

    Syam n Megat> memang bernasib baik aku tak pakai helmet tuh.. heh

    Catz> Entahlaa aku boleh jadi sngal plak.. jangkit ko kot.. :)

    likil83>selamat datang.. kalau ada ceritakan jee laa.. nak gak tau

    [Reply]

  7. By muhafis on Sep 15, 2008 | Reply

    haha klakar lah kamu nie..
    kg enko kat mane? pelik
    xde coverage celcom..
    lagi capek klu pkai maxis broadband..

    nuaeman, ade mase jwab tagged ak yep.. pasal skola..
    tq

    [Reply]

  8. By mrozaidi on Sep 15, 2008 | Reply

    Yang Mana Bagus Maxis Broadband Ke Celcom Broadband

    [Reply]

  9. By Extremist Thinker on Sep 15, 2008 | Reply

    akoo dah nmpk dah pengganti VETTEL F1. Dari mesia tue. huhu.

    [Reply]

  10. By Pangeran | PANGERAN.ORG on Sep 16, 2008 | Reply

    Hahahahahahaha :lol:

    Lawak cerita tu…

    Tapi berkenaan pasal Celcom broadband tu memang hampeh…

    Saya dah tukar ke DiGi… Walau cuma pakai Edge, tapi service stabil… Tak tau tempat lain la… ;-)

    [Reply]

  11. By kujie on Sep 16, 2008 | Reply

    hahahaha..dah bayangkan mcm Kimi Raikkonen bawa kereta…..nak? lagi kalau helmet fullface

    [Reply]

  12. By paan on Sep 17, 2008 | Reply

    terseronok la plak layan citer niee.hahhaha.aku pun guna celcom broadband gak…nasib baik la….kawasan umah bandar…hehhe

    [Reply]

  13. By abdfatah on Sep 18, 2008 | Reply

    hohohoooo….broadband punya pasal…

    yang mamat tu satu hal, bawak helmet seiras pulak dah…

    sabor aje laaa….

    [Reply]

  14. By nuaeman on Sep 18, 2008 | Reply

    Sedap korang semua ketawa yee.. heh

    [Reply]

  15. By samdaddycool on Sep 20, 2008 | Reply

    MEMANG sapa-sapa bawak helmet apollo bawa kereta akan kelihatan MACHO.. erk! :D

    [Reply]

  16. By abdfatah on Sep 25, 2008 | Reply

    http://www.youtube.com/watch?v=hks91SIlRYY

    citer nih lagi menarik…

    [Reply]

  17. By Shaffik on Oct 6, 2008 | Reply

    Nasib baik ingat bwk keter..abis tu tuan punyer helmet mengamuk tak? hahahahah…
    Wei biler nak ngeteh lagi nie..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge