Hati ini sudah lama untuk kesana..


Ditulis pada June 24, 2010 – 2:59 pm | Oleh nuaeman
Share

” Hendak sampai ke sini bukan senang-senang tau, kalau tuhan tidak izinkan kita jadi tetamu Dia belum tentu kita boleh sampai ” kata abang Mad, wakil dari agen Umrah yang menguruskan penerbangan kami ke Tanah Haram sewaktu hari pertama aku di Mekah.

” Ada duit banyak pun belum tentu boleh sampai kalau niat tidak cukup kuat untuk datang. Tetapi kadang-kadang orang yang kita nampak macam susah ja, boleh jejak sini  dua tiga kali. Ada saja rezeki yang tak disangka-sangka tuhan bagi ” tambah dia lagi.

Kata-kata abang Mad itu mengingatkan aku kepada rentetan-rentetan peristiwa yang pernah aku lalui sebelum aku sampai ke bumi Mekah itu. Hasrat kesana sebenarnya sudah lama tetapi hanya ketika ini diizinkan menjadi tetamu Allah. Itupun dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Terkenang peristiwa hampir 10 tahun dahulu….

“Aku bukan tidak suka Man, aku terharu sangat dengan hasrat kau dan mak kau tu.., tapi yang empunya diri kena tahu juga macam mana. Kau tahu sahajalah.. sekarang ini lain, bukan macam zaman dulu-dulu. Kebanyakkan orang sudah ada pilihan hatinya sendiri.”

“Kau tidak perlu risau, kalau aku dan mak sudah setuju maknanya semuanya OK. Dia akan ikut sahaja..” Azman cuba meyakinkan aku.

“Itu kata kau, aku tetap mahu dengar dari mulut dia sendiri. Aku juga mahu jumpa dengan mak kau lepas solat isyak nanti. Aku mahu semuanya jelas..”

“OK, malam ini lepas isyak kita bincang dengan mak aku. “ tegas Azman

Rupanya tujuan Azman membawa aku keluar ke pekan seusai solat Asar tadi ada agenda besar yang mahu disampaikan. Sesuatu yang buat aku berfikir sedalam-dalamnya. Antara hasrat seorang sahabat beserta ibunya dan juga matlamat aku sendiri yang belum tertunai. Azman dan Emaknya mahu menjodohkan aku dengan adiknya Hanim yang ketika itu sedang melanjutkan pelajaran di UTM semarak.

Azman sekeluarga bukannya orang asing bagi aku malah mereka sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Hanim, adik kepada Azman juga bukan aku baharu kenal. Kami sama-sama pernah menuntut di Politeknik Kota Bharu. Walau jarang berbicara, aku sudah dapat mengenali sedikit sebanyak tentang peribadinya. Memang dia seorang gadis yang baik. Pendek kata memang telah menepati sebahagian daripada ciri-ciri wanita yang aku impikan. Ditambah dengan keadaan diri aku pada ketika itu memang tidak mempunyai komitmen kepada sesiapa pun maka lamaran Azman seperti mahu segera dipersetujui oleh aku.

Malam itu selesai solat isyak aku dan Azman terus ke ruang tamu dan duduk bersetentang dengan emaknya yang sedang melipat kain. Aku mulakan bicara.

“Makcik, siang tadi Man sudah beritahu saya tentang hasrat dia dan Makcik berkenaan untuk menyatukan saya dengan Hanim cuma saya minta kalau boleh perkara ini diminta persetujuan sekali lagi daripada yang empunya diri, insya_Allah di pihak saya tidak mempunyai masalah tetapi saya menghormati Hanim untuk buat keputusan bagi diri dia sendiri” aku cuba susun bahasa yang ingin dipertuturkan sebaik mungkin.

Wanita lewat usia itu hanya tersenyum dan kemudiannya Azman bersuara bagi pihak emaknya.

“ Beginilah, kami akan tanya sekali lagi kepada Hanim ataupun untuk lebih memuaskan hati, kau telefon dia sendiri, tanyakan isi hati dia, bagaimana?” soal Azman

“Insya_Allah boleh, tetapi sebelum itu saya mahu kepastian daripada dia terlebih dahulu. Lagi satu makcik.., iyelah saya ini ada keluarga.., jadi perlu juga saya berbincang dengan keluarga saya..” jelas aku.

“Kami pun tidak mahu tergopoh-gopoh, Hanim pun sendiri masih menuntut. Jadi biarlah dia habiskan pengajian dia terlebih dahulu..”

“Itulah, saya juga fikir macam itu dan saya juga ada sesuatu ingin beritahu berkenaan hal ini. Terus terang saya bersetuju dengan hasrat makcik dan Azman. Saya sedia menerima Hanim menjadi isteri saya tetapi dengan satu syarat. Sanggupkah keluarga disini memberi saya tempoh 5 tahun. Dalam tempoh itu saya rasa tidak perlu dilakukan apa-apa ikatan pada perhubungan saya dan Hanim tetapi insya_Allah saya akan pegang janji saya. Lagipun saya juga tidak mahu memberi bebanan pada Hanim. Andaikata selepas tempoh itu tidak terjalin apa-apa ikatan yang sah antara saya dan Hanim maka anggap sahaja tiada jodoh antara kami. Boleh ? ” aku pula menduga mereka dengan syarat aku.

Kata-kata aku itu buat mereka terdiam sebentar.

“ 5 tahun? Kenapa 5 tahun? Tidak terlalu lamakah kau rasa tempoh yang kau bagi tu?” balas Azman.

“ Itu jangkaan saya 5 tahun tetapi kita tidak tahulah rancangan tuhan kan? Mungkin akan jadi lebih cepat. Siapa tahu? Beginilah.. sebenarnya Man.., Makcik.. saya ada hasrat saya sendiri yang belum tertunai.. jika boleh saya mahu laksanakan UMRAH dahulu.. kemudian baharu saya mahu fikir soal nikah kahwin ini.., saya pun tidak paksa keluarga disini menunggu saya. Jika tidak bersetuju saya pun tidak kisah.. terpulang.. “

“ Emm.. tidak apa. Aku percayakan kau. Kami sanggup tunggu..” Kata Azman sambil ibunya mengangguk tanda merestui permohonan aku itu.

Malam itu janji termeterai antara aku dan keluarga Azman. Perbincangan antara kami itu sekadar perancangan manusia sahaja dan kami masih tidak mengetahui apa yang telah diaturkan oleh Allah di kemudian hari.

Apa yang  mahu disampaikan dari cebisan kisah hidup aku ini ialah niat aku ke tanah suci sebenarnya telah hadir sejak lama dahulu. Mungkin pada ketika itu aku masih belum diizinkan menjadi tetamuNya. Wang yang pada mulanya mencukupi akhirnya menyusut. Pelbagai perkara berlaku dalam hidup aku dalam tempoh 5 tahun itu dan kesannya ada juga terasa sehingga sekarang. Walaupun aku ada mengatakan ingin memikirkan soal nikah kahwin selepas selamat kerjakan Umrah tetapi rancangan tuhan pula berbeza. Aku bertemu jodoh terlebih dahulu.. tetapi..

bukan dengan Hanim.. heh! Tidak kisahlah itu.. yang penting hati ini sudah sekian lama memendam rasa untuk kesana dan akhirnya hasrat itu dimakbulkan Allah.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Hati-hati memilih Penyedia Hosting tempatan
  2. Rawatan Untuk Hati
  3. Diari Mat Kilang Sudah Terbit!
  4. Isi hati seorang pembuat Kepuk Perkuburan dan Batu Nesan
  5. Ragam si Kecil : Geram tetapi itulah penghibur hati…

Tags: , , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 22 Responses to “Hati ini sudah lama untuk kesana..”

  2. By Nadri on Jun 24, 2010 | Reply

    kita cuma mampu merancang. semunya di tangan Allah swt. insyaallah satu hari pasti niat utk ke tanah suci itu akan menjadi kenyataan. amin..

    [Reply]

  3. By suri on Jun 25, 2010 | Reply

    la ingat dgn dia.uh.uh..bikin bt hati org berdebar jer youp ni..kiki..

    [Reply]

  4. By rohaizad on Jun 25, 2010 | Reply

    Haha.. akhirnya terkeluar juga cerita ni… yess!

    [Reply]

  5. By Kujie on Jun 25, 2010 | Reply

    skrip dalam best ni…

    Kita usaha dan semat dalam hati..Insyallah…

    [Reply]

  6. By imran on Jun 25, 2010 | Reply

    Oh, maknanya memang dah lama hasrat terpendam.

    p/s : Cerita pasal hanim tu memang suspen :D

    [Reply]

  7. By Cyza on Jun 25, 2010 | Reply

    Habis tu…macam mana dengan janji yang 5 tahun tu…
    Si Hanim tu pulak camna? dia tunggu ke dia dah kawin dulu dari ko?

    [Reply]

  8. By suri on Jun 26, 2010 | Reply

    yang berlalu biarkalnlah berlallu pergi, anggap jer jodoh dah tak dok..yang skrg harus di hadapi dgn seribu kekuatan

    [Reply]

  9. By bujang3 on Jun 27, 2010 | Reply

    laa… apa jadi ngan Hanim sekarang!!!! Itu lah dia, kita manusia hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan kisah hidup kita nie!!!!

    [Reply]

  10. By nuaeman on Jun 28, 2010 | Reply

    Kalau niat itu benar2 telah ditanam.. insya_Allah akan dimakbulkan..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Jun 28, 2010 | Reply

    Nak buat macammana suri.. sudah tiada jodoh.. :)

    [Reply]

  12. By nuaeman on Jun 28, 2010 | Reply

    Yup.. banyak lagi yang mahu dikeluarkan nih.. heh

    [Reply]

  13. By nuaeman on Jun 28, 2010 | Reply

    Kak Jie..

    sejak balik ni.. saya ada masalah untuk masuk blog kak jie.. kenapa yek..?

    [Reply]

  14. By nuaeman on Jun 28, 2010 | Reply

    Begitulah ceritanya imran… :)

    [Reply]

  15. By nuaeman on Jun 28, 2010 | Reply

    Pasal kisah hanim dan Janji 5 tahun tu.. nantilah sambung ek.. :)

    [Reply]

  16. By nuaeman on Jun 28, 2010 | Reply

    benar apa yang suri katakan.. lagipun dah lama sangat ia berlalu.. saya bahagia dengan kehidupan sekrang.. Tuhan itu Maha adil..

    [Reply]

  17. By Shaffik on Jun 28, 2010 | Reply

    Takper la. TUHAN lebih mengetahuikan…

    [Reply]

  18. By rizzal on Jun 29, 2010 | Reply

    wah apai… macam pengarang novel lah kau… ini kisah benar ker…hehehe

    [Reply]

  19. By nuaeman on Jun 30, 2010 | Reply

    memang kisah benar.. waktu aku bekerja di OSM lagi..

    [Reply]

  20. By nuaeman on Jun 30, 2010 | Reply

    Hanim sudah ada pasangan yang ditentukan untuknya..

    [Reply]

  21. By nuaeman on Jun 30, 2010 | Reply

    Segalanya dari Dia.. kita hanya mampu merancang..

    [Reply]

  22. By rizzal on Jun 30, 2010 | Reply

    aku tak tau pon kisah ni apai.. masa tu ko ngan aku kan kerja OSM

    [Reply]

  23. By hafizmd on Jul 7, 2010 | Reply

    subhanalllah..pastinye kite hanya merancang tapi Allah jua yg menentukan..

    best bace..macam bace novel plak..hihi..
    hafizmd recently posted..Se’coet’ rezeki dari blogging

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge