Hantu lagi.? ermm.. sungguh ke ni?


Ditulis pada April 20, 2009 – 4:12 pm | Oleh nuaeman
Share

Bukan aku tak percaya pasal bab-bab hantu syaitan ni. Lagilah kalau ianya  berlaku di kilang tempat aku bekerja ni kerana aku sendiri pernah mengalaminya cuma aku hendakkan kepastian bila perkara ni dibangkitkan oleh salah seorang pekerja  ketika memberi alasan mengapa dia tak dapat hadir. Manalah tahu kalau-kalau ianya sengaja direka-reka walaubagaimanapun cerita ni datang bukan dari mereka-mereka yang gemar ponteng. Ada kemungkinan apa yang diceritakan tu betul.. huh!

Minggu lalu salah seorang pekerja kepercayaan aku ada menghubungi aku yang dia tak dapat datang untuk shift tengah malam. Katanya demam dan tiada sebab lain. Minggu ni bila dia bekerja sebelah siang maka adalah kesempatan untuk kami bertemu. Aku tanya sekali lagi ” Haa.. Din,  dah baik demam?”. Jawabnya ” Tak baik betul lagi ikutkan.., sebenarnya malam sebelum tu saya ada nampak sesuatu antara dua bangunan ni.. itu yang jadi tak stabil tu..” ” Erk! nampak apa..?”

jeng.. jeng.. jeng..

Malam sebelum tu lebih kurang dekat pukul 3 pagi saya sedang tarik profile untuk recycle. Sebelum masukkan profile-profile tu ke dalam mesin saya duduklaa sekejap. Masa tu Najib takde, dia tengah buat packing dan kebetulan pulak lampu antara dua bangunan ni tak dibuka. Entah kenapa tiba-tiba badan saya rasa macam seram sejuk jee. Bulu roma naik.. tapi benda ni dah biasa kalau kerja malam cuma mungkin nasib saya kurang baik hari tu. Masa saya toleh jee dekat antara dua bangunan ni.. nampak satu lembaga putih. Dia lalu perlahan jee sehingga hilang dari pandangan mata. Memang betul-betul depan mata saya. Lepas tu saya terus jadi tak tentu arah.. rasa tak sabar nak tunggu pagi. Sampai umah badan dah rasa lain.. huh

Antara nak percaya dengan tidak cerita si DIn ni tetapi dia memang pekerja yang mengikut peraturan dan aku sendiri nak nafikan kewujudan makhluk-mahkluk ni yang sekali sekala menjelmakan diri. Mungkin sengaja nak mengusik. Tanpa menceritakan kepada si Din ni sebenarnya aku sendiri ada terperasan benda yang dia perkatakan ketika sedang gunakan komputer di office beberapa minggu lepas. Masa tu dah tengah malam juga. Aku ingat ada sesiapa nak masuk office berjumpa aku.. tetiba hilang macam tu saja. Seram jugak sebenarnya tapi buat-buat berani je.. heh!

Ada sesiapa pernah mengalami pengalaman yang sama..?

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi
  2. Ramadhan Datang Lagi..!
  3. Berkahwinlah lagi sebulan sekali..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 9 Responses to “Hantu lagi.? ermm.. sungguh ke ni?”

  2. By zariel on Apr 20, 2009 | Reply

    aku kalau nampak dgn ekor mata ada la gak. cuma mcm ko jadi seram ttiba. kalu mcm kes si Din tu, x penah lak aku weh. mau pengsan kat situ gak kot… hehe

    zariel’s last blog post..Tanggungjawab Mengatasi Segalanya

    [Reply]

  3. By Mindaku Di Sini on Apr 20, 2009 | Reply

    isk..aku tak pernah jumpa depan2….secara indirect pernah kot..

    Mindaku Di Sini’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang

    [Reply]

  4. By titan on Apr 21, 2009 | Reply

    hoho. aku kat rumah kat jerantut nih. seminggu. dua 3 kali aku kene..haha..tak main ketuk tingkap tengah malam..dia tindih aku. asal aku nk tido je..mesti nak tindih. haha..tapi takdelah setiap hari. kena waktu aku cam penat aje..memang kene lawan gusti la dengan benda2 camni..

    yang lagi best. benda tu senyum kat kita. Haduihh..kekadang aku seram. kekadang rasa nak gelak pun ada. sabar ajela jawabnya…

    [Reply]

  5. By nuaeman on Apr 21, 2009 | Reply

    itulaa pasal.. kes si DIn ni pun dah buat aku seram sejuk memalam kat kilang ni huhu

    [Reply]

  6. By nuaeman on Apr 21, 2009 | Reply

    kalau jumpa depan2 amacam.. hehe

    [Reply]

  7. By nuaeman on Apr 21, 2009 | Reply

    Dulu time aku study selalu kene tindih kat hostel.. bergelut satu macam.. tapi cukuplaa kalau kita dapat gerakkan sikit tangan dia lepas.. huh!

    [Reply]

  8. By titan on Apr 25, 2009 | Reply

    hehe. bila aku dapat tumbuk aje. terus hilang. badan dah leh gerak..

    [Reply]

  9. By samdaddycool on Apr 30, 2009 | Reply

    Aku lom pernah jumpa lagi jumpa benda-benda halus ni secara direct. Kalau setakat tengok macam-macam jenis rasukan masa orang berubat tu biasa la… SERAM… SERAM..

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 24, 2009: Blog Nuaeman » Blog Archive » Kewujudan Jin dan Syaitan

Post a Comment

CommentLuv badge