Gores dan Menang : Siaplaa korang.. aku datang balik!!


Ditulis pada February 18, 2009 – 5:41 pm | Oleh nuaeman
Share

Dalam perbincangan di radio Sinar semalam Khairil ada bertanyakan pemanggil yang pernah terlibat didalam sendikit Gores dan Menang ni macammana diorang punya kerja. Minah tu cakap biasanya mereka ada spy dari dalam pasaraya dan tengok mana-mana orang baru keluar duit ke..,guna kad kredit ke.., lalu diorang ekori mereka. Pada mereka dah ada segala kelengkapan untuk memerangkap mangsa dan semuanya dah hafal skrip. huh!

Sebenarnya setelah aku terkena tu aku tak berdiam diri jugak. Bukanlah bermakna aku buat laporan polis tetapi aku pegi balik tempat yang sama untuk tengok sendiri bagaimana mereka memerangkap mangsa. Ini kira edisi siasat aku sendiri laa. Siaplaa korang.. aku datang balik!!!

Masa aku tiba kat lokasi yang sama tu aku perasan beberapa budak lelaki cina dan amoi berkeliaran dengan beg dan ada kupon kat tangan. Sah-sahlaa kan ini konco-konco sendikit tu cuma budak yang perangkap aku tu takde kat situ. Beberapa ketika aku kat situ maka aku mula nampak salah seorang dari mereka mula mendekati mangsa iaini orang melayu cam aku jugak dan rakannya yang lain ada yang memerhatikan dari jauh.

Aku perhatikan setiap gerak geri diorang dan apa yang dilakukan sebijik macam aku kena sebab brother tu pun menolak juga tak mahu dan diorang tetap paksa jugak. Akhirnya sepertimana aku, brother tu pun bagi ‘mamat cina hampagas’  tu yang bukak. Wahhh.. lepas dia buka jee.. aksinya tetap samalaa.. excited yang amat. Phew! aku tengok dari dalam kereta bengang semacam jee.. nasib baiklaa negara ada undang-undangkan..

Tak lama lepas tu, salah seorang dari mereka yang mulanya tengok dari jauh mula datang. “Aduhai.. sandiwara camni hari-hari rupanya berlaku.. takde ke orang kesan ni ” Gesa hati aku. Lepas jee mereka berdua cakap cina yang sorang lagi terus ucap tahniah jugak kat abang tu.. bersalam-salam.. ARghh!! aku dah tak tahan.. aku keluar kereta dan…

Aku terus menuju kat arah mereka.. “BULLSHIT!!!” aku jerit kat tengah-tengah diorang. “PEMBOHONG NIH!!” aku cakap kat brother tu. Brother tu tak tunggu lama.. terus jee masuk kereta dan blah. Yang mamat cina dua ekor ni masih tercengang-cengang tengok aku dan aku pulak terus berlalu masuk ke Extra. Masa aku kembali semula ke kereta, aku tengok sampah-sampah tu masih ada berkeliaran mencari mangsa.. Hampas betul!!

Aku teringat balik masa hari aku terkena  ada beberapa brother teksi dekat Extra tu  setakat tengok jee dan aku percaya diorang tahu tentang benda ni semua tetapi apasallaa tak bantu orang-orang kita. Sanggup lepak jee tunggu penumpang.  Bukan nak kata aku Hero tetapi kalau boleh janganlah biar orang lain menerima nasib macam kita dan terus menjadi mangsa.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Gores dan Menang: Kaedah Pantas menghanguskan Wang
  2. Test tengok wajah korang di zaman dulu..
  3. Jom Balik Kampung!
  4. Ramadhan Datang Lagi..!
  5. Bila kali terakhir korang peluk Ibu?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 14 Responses to “Gores dan Menang : Siaplaa korang.. aku datang balik!!”

  2. By Kujie on Feb 18, 2009 | Reply

    wahhh….tindakan bijak!
    tak semua org berani mcm ni
    sbb biasanya dia ramai..kadang2 mcm nk cari gaduh

    Kujie’s last blog post..Oh! to be seventeen again

    [Reply]

  3. By |1f34|-|1r3 on Feb 18, 2009 | Reply

    haha….ko memang otai..tak reti aku nak cakap ape dah !

    |1f34|-|1r3’s last blog post..How to make a full screen shot of a web page

    [Reply]

  4. By pcuserz on Feb 19, 2009 | Reply

    hohoho…
    cayalah.
    siap sergah mamat tu balik.
    aku bagi tabik spring kat ko.
    lain kali ko cakap dengan diorang “meh aku gores muka ko!”

    pcuserz’s last blog post..jail house rocks!

    [Reply]

  5. By eZad on Feb 19, 2009 | Reply

    Haha, mengerunkan kot diorang mesti takut kena tetakan Gaban cik abg nuaeman..aahah

    [Reply]

  6. By Shaffik on Feb 19, 2009 | Reply

    Bagus..bijak dan berani..aku tak pernah terkena pulak dengan benda-benda ni. Tapi bapak mertua aku pernah terkena..barang yg diberi tu sampai sekarang tersadai kat rumah tu.

    Shaffik’s last blog post..Suami menjadi surirumah? Boleh ke?

    [Reply]

  7. By nadinezuharra on Feb 19, 2009 | Reply

    hmm,syabas atas tindakan superb itu..tp hati2 jg ye,takut konco2 die tk puas hati n goreskn kereta kita pula..

    nadinezuharra’s last blog post..:: Sayangkan rumah, hias-hiaskan..

    [Reply]

  8. By samdaddycool on Feb 19, 2009 | Reply

    Wahhhh.. Aku nampak sergahan dengan penuh emosi….

    p.s – nasib baik ko tak tukar jadi hijau.. muahahahahahaha

    samdaddycool’s last blog post..Malaysian top 40 richest list

    [Reply]

  9. By Callister on Feb 20, 2009 | Reply

    cayalah..
    berani gila..

    Callister’s last blog post..Koala bushfire survivor wins hearts

    [Reply]

  10. By taukey on Feb 20, 2009 | Reply

    aku rasa dia org pun ada gak kena sergah. tu sebab buat macam takder apa apa berlaku jer. takder hal nyer. Sorang dua lepas tapi yang terkena dah berapa ramai. ish kalau main gore gores dan menang duit seposen macam kecik kecik dulu takder hal nyer. hahaha. ni beribu ringgit habis

    taukey’s last blog post..Kenapa Begini?

    [Reply]

  11. By catzer on Feb 23, 2009 | Reply

    Dah mmg itu keje mereka kena sergah..takde kesan apapun..nanti balik kena sergah ngan boss plak..so dah lali

    catzer’s last blog post..Twitter Macam Bagus?

    [Reply]

  12. By lynn on May 8, 2009 | Reply

    i mmg x kan lyn.petuanya x yah bk kalo dah buka srh dorg yg amek.tp dorg pndi dorg skrg g kt kmpg2 abah i terkn lk org tua dorg pncg tket g umrh i terlmbt lbur duit abh i.org md lh tolk2 tp org tua ni kt kn bgtau.tmpt sekitar klang dorg pndi srh sain dl nk wt laporan polis pn x leps.jg2 org tua kt kmpg

    [Reply]

  13. By sop on Dec 24, 2009 | Reply

    sampai sekarang, masih ada kes penipuan ini. ada lg yang masih terkena..
    pernah didatangi geng gores kat rumah. nasib baik masa tu tu mmg x da duit..selamat..

    [Reply]

  14. By AYU on Jan 12, 2010 | Reply

    BRO, SYARIKAT APE..NAPE X BUAT TANGGUNGJAWAB SOSIAL..SEBARKAN NAMA PRODUK SYARIKAT YANG TIPU U NI.

    [Reply]

  15. By mijie on Jun 2, 2010 | Reply

    fuh abg nueman kita berani betul, sy pun rasanya tak mampu untuk berbuat begitu

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled