Gores dan Menang: Kaedah Pantas menghanguskan Wang
Ditulis pada February 17, 2009 – 11:55 am | Oleh nuaeman Share
Masih lagi cerita pasal ‘orang tipu orang’. Dalam kereta masa nak pegi kerja pagi tadi aku ikuti satu topik yang diperbincangkan di Radio Sinar iaini tentang Scam Gores dan Menang. Benda ni memang kaedah segera untuk mendapatkan wang bagi si Penipu manakala menjadi kaedah pantas menghanguskan wang bagi yang terkena. Untuk pihak yang terpedaya dan jumlahnya pulak ribuan ringgit pastinya ini menjadi satu pengalaman yang amat menyakitkan. Percaya atau tidak bahawa aku adalah salah seorang yang menjadi mangsa Sendikit Gores dan Menang nih. Perasaan lepas terkena tu memanglaa sakit yang amat.. huhu..
Benda ni terjadi pada tahun 2006. Ketika tu baru jee lepas raya.. mana tak rasa sakitnya kan. Baru jee habis duit untuk raya, lepas tu boleh kene tipu pulak. Phew! Mula ceritanya begini..
Lokasi : Extra Taman Suria Johor Bahru ( Sekarang dah tukar jadi Giant)
Masa : 1.30 PM
Masa tu aku pergi ambil duit untuk bayar kereta dan jugak untuk beli barang-barang keperluan nak buat rumah terbuka. Rayalaa katakan.. Jadi lepas ambil duit aku terus menuju ke kereta. Ketika aku nak masuk ke dalam kereta ada laa pulak sorang mamat cina tegur aku. Disuruhnya aku buka salah satu satu kupon kat tangan dia. Aku pada mulanya dah terhidu benda ni.. lalu aku malas layan tapi atas kesungguhan dia aku ikutkan juga.. Walaubagaimanapun aku tak buka kupon tu.. aku suruh dia yang bukak depan mata aku. Jadi lepas jee mamat ni bukak dia punya excited tak tahu nak cakaplaa kan.. aku sendiri terpinga-pinga. Dia kata aku bakal menang salah satu dari 7 hadiah utama yang mana terdiri dari kereta perdana, kancil, wang dan beberapa lagi. Aku masih tak percaya sebenarnya.. tiba-tiba datang pulak sorang amoi.. kononnya macam tak tahu apa-apalaa.. lepas chong-cheng-chong-cheng cakap cina.. dia pun ikut sama excited.. ‘ waa.. abang.., janji.. aa.. lepas ni bawak kita olang makan kfc.. abang akan dapat hadiah besar nih’ Huh! betul ke nih..?? aku masih confuse..
Menurut mereka untuk aku buat cabutan bagi 7 hadiah utama , aku perlu untuk dapatkan beberapa barang kesihatan dan aku menolak lagi tak mahu layan. Tapi diorang ni memang tak putus asa betul untuk menipu.. Diringkaskan cerita dek terpukau oleh ayat-ayat manis mereka aku akhirnya mengikut mereka ke pejabat mereka dengan membawa duit RM 2 ribu ditangan (Ishh.. aku bila ingat saat ni memang sakit…) . Masa berbual dalam kereta tu memang manis jee mulut diorang ni. Pada ketika tu pulak isteri aku tengah mengandungkan anak pertama, jadi aku cerita laa dalam perbualan dengan mamat cina tadi. Dia pulak boleh cakap , “ini mungkin rezeki anak abanglaaa”. “Abang baca bismillah yee masa saya bukak kupon tadi? “. (Adehh menggelegak darah aku bila kenang-kenang)
Masa aku sampai kat pejabat diorang. Aku disambut lagi oleh dua orang ketua mereka. Kat situ ada banyak gambar-gambar orang yang menang cabutan dan sedikit sebanyak buat aku terpengaruh. Diorang pulak lebih banyak bualkan tentang hal lain kat situ jadi aku pun dah lupa apa benda nak tanya lagi. Lepas bagi RM 2000 diaorang keluarkan beberapa barangan kesihatan yang bakal aku bawa balik . Pada masa yang sama diangkatnya aku lagi dengan cerita-cerita yang sedap didengar sehinggalah aku membuat cabutan untuk hadiah utama tu.. dan…
Aiyak..!! kerusi urut!! aiseh aku tak perasan kerusi urut ada dalam senarai pada list no 7 sebab mereka tak fokus pada itu pun.. aduh.. masa tu baru aku tersedar yang aku dah terkena dengan lakonan mereka. Ptui!! kuciwa sungguh.. mana aku nak letak barang-barang kesihatan ni.. fikir aku.. Bini aku tau mesti bising nih.. huhu. Nasib baiklaa bini aku memahami keadaan jadi kitaorang simpan jee barang-barang tu . Ada sampai sekarang kat rumah aku. Setiap kali tengok pedih jee rasa hati..
Apapun betullah kata seorang pemanggil di radio Sinar pagi tadi. Pemangggil ni salah seorang yang pernah terlibat dengan sendikit ni dan menurut beliau hadiah-hadiah utama tu sebenarnya memang ada. Tapi hanya ada dimulut-mulut manis pekerja-pekerja mereka yang menipu orang ramai. Mereka sebenarnya telah ada skrip tersendiri untuk menipu orang. Aku juga telah saksikan sendiri bagaimana sandiwara diorang ketika menjerat orang ramai dalam edisi siasat yang aku lakukan sendiri selepas kes tersebut. nak tahu?? hah tunggu cerita selanjutnya nanti.. heh
Entri Berkaitan:






29 Responses to “Gores dan Menang: Kaedah Pantas menghanguskan Wang”
By |1f34|-|1r3 on Feb 17, 2009 | Reply
hehe…aku hampir kena sekali..ada mamat cina ni dtg umah aku kata nk wat survey pasal shopping complex…dia hint jusco..aku punya la baik hati n sbb banyak masa terluang..aku jawab la questionnaire dia..lepas tuh dia soh aku bukak satu sampul surat utk cabutan bertuah sbb aku tlg dia…aku cakap jer tros depan2 mamat tuh kalau gores n menang aku tak nak…tgk muka aku garang semacam..tros dia tak tanya dh tp sempat mtk rokok sebatang…aku pon bg la sebab aku orang yg baik hati…cewwaahhh !
[Reply]
By zariel on Feb 17, 2009 | Reply
huhu… nasib baik aku tak pernah terkena (lagi) adakah muka aku segarang life4hire? hehe
tp aku heran dgn pihak yg pujuk org buat kad kredit kat pejabat. siap minta tolong sbb dia dpt komisen. nak je aku ckp, ko ni nk minta tolong ke nk buat bisnes? klau nk buat bisnes buat cara nk buat bisnes. ptt kah aku?
[Reply]
By rohaizad on Feb 17, 2009 | Reply
Area Giant tu memang lubuk duit untuk diaorang. Kalau ko nak tau, kedai mamak Aliff yang kita selalu lepak tu pun berani diaorang redah.
Alang masa hari tu masa kita hang out pun, selamba jer orang jual durian bergerak dari satu table ke satu table. WAHAHAHAH
p/s: durian oklah lagi sebab boleh dimakan.. tapi kalau kena tipu gores dan menang ni… senyum je lah oiii…
[Reply]
By ijamidayu on Feb 17, 2009 | Reply
Aku kena waktu bujang kat MELAKA..
Aku tau dah.. CINA gak.. Berbuih-buih mulut dia bercerita..
Aku maleh nak layan.. Aku biaqkan jer..
[Reply]
By samdaddycool on Feb 17, 2009 | Reply
… cerita yang sedih kalau dikenang-kenang..
apa kata ko jual je barang-barang tu dlm ebay, samada ssebagai new item, atau pun used….
takde la sakit hati kalau dah clear daripada rumah tu..
[Reply]
By catzer on Feb 17, 2009 | Reply
Dulu lebih byk,skang ni dah kureng dah selepas byk pendedahan skim penipuan ni. Aku pernah lah tetiba company ni call ckp ada cabutan bertuah dekat shopping complex kononnya nama aku naik..so dia bg peluang aku redeem hadiah tu balik huh dtg opis dia kat sek 13. Aku pi dan dia suruh aku open salah satu sampul dptlah hadiah mahal gile set audio, peti ais dan dapor letrik. Cish, kena byr 30% dulu br dpt takpun just buat reservation letak RM50. Aku dah rasa semcm tp saje aku layankan..depa tak mo bg aku balik selagi tak buat reservation, terpaksa aku korbankan RM50 aku semata-mata utk melepaskan diri.
Ini semua angkara company2 mcm celcom,tmnet,etc yg ada nama aku,phone aku, alamat aku. Mereka jual maklumat client mereka kepada organisasi2 sebegini. Kalau tak mana diaorg ni boleh dpt info pasal aku. Geram tul.
[Reply]
By Kujie on Feb 17, 2009 | Reply
Selalu juga, kat park kereta dan pernah dtg rumah…ttp mmg kuatkan hati cakap terus terus…terus..tak nak..tak nak…
pernah kes dia buka lompat2 ckp kita menang…tp ttp gak bertegas tak moh bayar apa2
[Reply]
By taukey on Feb 17, 2009 | Reply
muahahahaha. sekarang dah tak pakai gores dan menang dah. Sekarang dah pakai klik dan menang. Aku menang home theatre dan ntah aper lagi 2 jenis barang. Memang dah sahih menang. dah tak perlu lagi dah aku nak klik klik lagi. yang penting aku beli barang dia orang harga Rm4000 kalau tak silap. Muahahaha.
aku kata aku takder duit dan takder kad kredit. Siap dia kata dia boleh tolong apply kad kredit. Aku cakap aku tak suka kad kredit. Aku suka beli barang cash. Muahahaha.
aku keluar dari kedai, semua orang dalam kedai monyok jer tak dapat duit Rm4000 aku. Lagipun barang yang diberi tak berkualiti. silap haribulan tahan 6 bulan jer.
[Reply]
By nadinezuharra on Feb 17, 2009 | Reply
kalau nampak org cam depa ni,cepat2lah kita lari..tak kisahlah berlari2 anak ke ape ke,diorang nak ngate pun ngatelah,janji duit kite selamatt..hehe
*sbenarnye diorang tu nak jual kerusi urut tu kot,tp gune taktik cabutan bertuah,nak tak nak kenela ambik gak kan..?
[Reply]
By eZad on Feb 18, 2009 | Reply
Org mcm ni mmg bnyak, aku heran nape nak menipu, kalu org xnak beli masih juga nk jual. mereka pndai bermain dgn kata2, ada satu kes yg kena kat ayah dan mak aku sendiri, dapat surat kononnya dapat sebuah jam, jadi ayah mak aku pergilah ke Angsana kerana pejabatnya disana, rasanya masih ada lagi pejabat tu.. smpai disana surat diserahkan, pastu sorang pekerjanya suruh buat cabutan ala2 lucky draw, mak aku buat cabutan, tatkala itu semua staff bersorak gembira yg kononnya gembira ckap makcik dah menang.. dan kononnya mendapat periuk yg berharga rm3000, tapi kena byar deposit rm2000, apa jadahnya..yg aku kecewa sgt majoriti pekerjanya Org Melayu..sanggup nk menipu bangsa sendiri..sekian
[Reply]
By pcuserz on Feb 18, 2009 | Reply
aku selalu cakap kat diorang “da ade kat umah”
terus diorang senyap.
hohohoh
pcuserz’s last blog post..and the winner is EXORA !
[Reply]
By Shaffik on Feb 18, 2009 | Reply
Selalu dengar orang2 gores dan menang kat area situ..pastu kena pergi pejabat kena bayar laa aper laa…aku ignore sahaja bila jumper orang2 macam nie..
Shaffik’s last blog post..Suami menjadi surirumah? Boleh ke?
[Reply]
By Fatin Pauzi on Feb 18, 2009 | Reply
Heran gak ek kenapa orang tak leh lepaskan diri dari sindiket macam ni padahal terang2 da tau kebanyakkan orang cm ni menipu je. Ke ade kene hembus ke ape?
Fatin Pauzi’s last blog post..Saya Telah Menghadiri ‘Seminar’ Ringkas & FREE. Berbaloi!!!
[Reply]
By nuaeman on Feb 18, 2009 | Reply
ok gak tak terkena.. aku pun masa tu dah menolak sebenarnya.. tapi mungkin dah tertulis nak terkena.. huhu
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Feb 18, 2009 | Reply
hehe..sabar jer la beb…kurang2 ko berkongsi…orang lain dh tak terkena dah…
|1f34|-|1r3’s last blog post..How to make a full screen shot of a web page
[Reply]
By nuaeman on Feb 19, 2009 | Reply
susah nak cakap.. tapi tulah.. ramai gak yang terkena ni terdiri dari orang-orang yang tak suka pada benda ni.. mainan psiko diorang berjaya kot..
[Reply]
By nuaeman on Feb 19, 2009 | Reply
sekarang dah kurang sikit kot.. dulu macam ulat!!
[Reply]
By nuaeman on Feb 19, 2009 | Reply
itu peringkat prebet kot.. hehe.. yang jenis tak putus asa ni buat kita geram..
[Reply]
By nuaeman on Feb 19, 2009 | Reply
mak aku penah dapat gak.. pastu suruh abang aku yang polis tu pegi.. semua kena cekup.. wahahha
[Reply]
By nuaeman on Feb 19, 2009 | Reply
Home theatre ok lagi taukey.. kalau mesin urut kaki.. adeh.. meleleh air mato den tengokkan… huhu
[Reply]
By nuaeman on Feb 19, 2009 | Reply
itulaa matlamat sebenar.. nak lariskan kerusi urut.. guna taktik kotor.. hish…
[Reply]
By nuaeman on Feb 19, 2009 | Reply
yang melompat-lompat tu buat saya angin mendengar.. cam saya kena tulaa kak jie.. heh
[Reply]
By nuaeman on Feb 19, 2009 | Reply
ko jualkan sam.. hahaha.. kita jual 2000 setiap satu.. keh3
[Reply]
By taukey on Feb 19, 2009 | Reply
yup ok lagi la. sebab hari hari blh guna. Kalau mesin urut ko tu Kerusi Urut Ogawa yang harga RM15000 tu mesti tak nyesal nyer. Ha Ha Ha. Sedap ooo kerusi urut ogawa tu.
taukey’s last blog post..Kenapa Begini?
[Reply]
By samdaddycool on Feb 19, 2009 | Reply
muahahaha.. boleh gak.. aku jadi broker camtu… kikiki
samdaddycool’s last blog post..Malaysian top 40 richest list
[Reply]
By muhafis on Feb 19, 2009 | Reply
mane enko dpt pic gores menang hawau tuh? buat sndri ker.. teruja beb ak.. huhuhuh shemart.. ape2pun, len kali takyah layan.. kang menjadik2 diorg nie..
[Reply]
By lyn on Aug 13, 2009 | Reply
kalau ada lg korang kpl jer kpdn hbiz cter
[Reply]
By lyn on Aug 13, 2009 | Reply
kol kpdn yg berdekatan…tk sampai lima minit kpdn datang korang tgok diaorg lari bertempiara..ha..ha….sebenarnya tu jer kelemahan diaorag…
[Reply]