Derma atau Berniaga Semata?
Ditulis pada December 2, 2008 – 5:28 pm | Oleh nuaeman Share
Hari ni isteri aku ada temujanji dengan Doktor Panel kami bagi membuat pemeriksaan lanjut tentang kandungannya. Oleh kerana temujanjinya lepas kerja iaini pada pukul 8.30 malam maka lepas maghrib kami mula bergerak. Dalam perjalanan aku berhenti sebentar untuk mengisi minyak di stesen berdekatan. Ketika aku nak menekan pam minyak setelah selesai membuat pembayaran tiba-tiba ada seseorang mendekati aku..
“Pakcik, boleh membeli sambil menderma. Cd dengan minyak ni semua sekali RM 10″
Aduh! aku memang kurang berkenan kalau orang tiba-tiba datang menjual atau promosi ketika aku terkejar untuk membuat sesuatu ataupun ketika aku menjamah rezeki. Satu lagi aku kurang berkenan tentang istillah membeli sambil menderma yang diguna pakai mereka ni. Mereka membuat orang-orang macam aku dalam keadaan serba salah.Sebab apa yang mereka lakukan seolah-olah lebih kepada nak berniaga daripada unsur derma yang diselitkan dalam kata-kata mereka. Kenapa aku kata begitu? kerana apabila dah dikatakan ada unsur derma tak kisahlaa aku nak beri berapa pun dan aku sendiri tak harap apa yang mereka niagakan. Tetapi yang menjadi masalah mereka tak mahu terima dan tetap menyuruh aku membeli barang yang mereka bawa. Owh!
Aku juga terfikir sekolah agama mana yang meletakkan pelajar-pelajar mereka di setiap stesen minyak pada waktu malam begini bagi membuat perniagaan “membeli sambil menderma ni“. Apa aku perhatikan golongan-golongan ini sudah semakin ramai. Aku pernah dikejar mereka di salah sebuah “hypermarket” di JB ni atas alasan yang sama. Benarkah duit hasil jualan ni ada bahagian untuk didermakan atau sememangnya berniaga semata? Kalau benarpun, apakah pihak yang terlibat tak mampu mengorganisasikan perkara ni lebih baik lagi selain dari mengejar orang di tempat umum. Bukankah ini dah seumpama peminta sedekah? Maaf kalau kata-kata aku keterlaluan tapi itulah realiti yang berlaku.
Yang membuat aku serba salah ialah sekiranya aku tak berikan mengikut kehendak mereka seolah-olah macam aku seorang manusia yang tak sudi menginfakkan sedikit harta atau wang ringgit untuk membangunkan institusi Islam. Semacam menjadi seorang manusia yang sombong itu yang aku khuatirkan tetapi jauh disudut hati aku mengharapkan kaedah ini dapat diubah agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.
Berbalik kepada pelajar tadi, dia terus mendekati dari satu kereta ke satu kereta mengharapkan ada yang membeli barangan yang dibawa. Aku hanya mampu gelengkan kepala disamping rasa serba-salah masih menghantui diri.Hati berkata sendiri..
“Nasiblaa dik.. kalau kau nak berniaga memang payah sedikit orang nak membeli dengan kaedah begitu tetapi kalau kau rasa ianya memang untuk pembangunan institusi islam.. terimalah berapa sahaja orang ikhlas nak bagi.. bukankah itu lebih baik”
Entri Berkaitan:





18 Responses to “Derma atau Berniaga Semata?”
By megat on Dec 3, 2008 | Reply
aku pun banyak kali kena kes seperti ini, derma untuk masjid lah, derma untuk sekolah agama lah.
kalau aku ada masa memang aku akan tanya selok belok sehinggakan aku tanya siapa yang arahkan kes seperti ini berlaku. kau bayangkan aku minta no telefon siapa yang arahkan.
sebagai orang islam terutama melayu, perkara ini perlu disiasat kerana kita tidak mahu lbh ramai yang tertipu. yang paling perit lebih ramai yang tertipu. aku dapat tahu kadang-kadang ada sindiket tertentu yang mainkan peranan terutama rakyat asing (lbh kurang kes cakra alam je).
[Reply]
By zariel on Dec 3, 2008 | Reply
aku pn bengang gak bila ada pihak mempergunakan kanak2 untuk buat keja mcm tu… mlm2 pn ada… huish!
zariel’s last blog post..Kisah Pengemis
[Reply]
By KampungBoy on Dec 3, 2008 | Reply
Bagi aqla…xsalah mereka nak mintak derma tas dasar nak menolong orang laen. tapi biarlah kena pada caranya. Ini tidak suruh budak2 bawah umur buat bnda cm ghini smaapi lewat malam. Manala…pergi nilai kemanusiaan yg organize bnda2 yg aq rasakan karut…..Aq rs ada baiknya diorang buat satu event bola sepak sambil menderma ker, buat jualan sambil menderma ker…..kadang aq dengar cite, ketua2 diorang nie dah target dah bp yang mesti kena dapat setiap hari….
[Reply]
By ijamidayu on Dec 3, 2008 | Reply
Aku sendiri kena bnda nie kat stesen minyak time balik keje..
Aku pun dgn murah hati, terbeli la kelendar depa. Nie pertengahan taun aku kena..
Apa pun, pada aku nie dah dikira mcm satu modus operandi depa guna nama sekloah agama rakyat..
Nie yg aku ada sedikit marah!!
ijamidayu’s last blog post..Pengguna Internet Di Malaysia Meningkat| Meningkat Juga Pendapatan Anda?
[Reply]
By chuckiesd on Dec 3, 2008 | Reply
Selalau orang datang cam ni…kalau tak keberatan aku bagi laa…kalau deorang cam lain macam nie…aku pun buat bodoh jer laa…banyak lagi cari duit…bukan itu caranye…
chuckiesd’s last blog post..Kenapa Iri hati dan hasad dengki.
[Reply]
By zool on Dec 3, 2008 | Reply
Cuma kadang2 kesian diorang kena jadi salesman..
Berpanas.. N duit tu pun tak tau pegi mana nanti…
zool’s last blog post..Rempeyek
[Reply]
By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply
kadang-kadang ada yang datang kerumah jual ayat suci yang tulis kat daunlaa.. yang selalu buat serba salah mereka asik ulang ayat untuk pembangunan Islam atau bantuan kepada sekolah agama.
[Reply]
By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply
Itulaa zariel malam pun ada.. dahlaa budak perempuan pulak tu.. tak faham tak faham..
[Reply]
By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply
Sebab tu akau kata perlunya satu aktiviti yang lebih baik dari apa yang mereka buat ni.. menjaja di kaki lima, stesen minyak.. dah macam orang yang selalu jual jam kat stesen minyak dah jadinya..
[Reply]
By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply
Kita masih tak pasti apakah mereka ni benar-benar mewakili sekolah atau ada dalang disebalik apa yang berlaku.. dan menggunakan nama sekolah agama.
[Reply]
By nuaeman on Dec 3, 2008 | Reply
Ya,Kita bukannya nak berkira pasal pemberian duit tu.. tapi kesangsian disebalik apa yang mereka lakukan ni..
[Reply]
By Hasbullah Pit on Dec 3, 2008 | Reply
Budak2 kononnya “belajar berniaga” akan tetapi perkara pokok dalam perniagaan tidak pula di ajar, iaitu tiada unsur paksaan dalam jual beli.
kalau pembeli sudah rasa terpaksa, apa ertinya.
Hasbullah Pit’s last blog post..Boleh Saya Cadangkan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4? – rujuk Malaysiakini sedikit
[Reply]
By chuckiesd on Dec 4, 2008 | Reply
betul laa nuaeman..kita ni bukan berkira sgt…tp berhati-hati ngan orang2 cam ni…kalau sehari dekat 10x yang datang…mau lepak jugak nak melayan
[Reply]
By ijamidayu on Dec 4, 2008 | Reply
Nie dalang dah kaut untung manyak wo!! Macam s#$%
ijamidayu’s last blog post..Pengguna Internet Di Malaysia Meningkat| Meningkat Juga Pendapatan Anda?
[Reply]
By titan on Dec 4, 2008 | Reply
kalau dia nak derma. aku hulur je singgit dua. tapi kalau suruh aku beli buku yg diorang jual. aku suruh diorang cite dulu bab ke 5. apa citenya. apa barang jual buku, tapi tak baca buku tuh..cuak gila budak tu bila aku suruh dia cite bab 5..
Ps: Semua orang aku wat macam tu. aku respek seorang pakcik tu aje. Dia cite betul2 macam dia dah hapal buku tuh. Oleh sebab pakcik tu cite dengan hebat sekali. Aku beli gak buku tu walaupun harganya rm50. (dapat diskaun 50%. jadi aku bayar rm25..)
titan’s last blog post..Edisi Siasat – Buat Duit dengan InLinks
[Reply]
By ezad on Dec 5, 2008 | Reply
Kkadang bila asyik menderma jek, org yg mintak derma tu selalu plak nk dtg umah kita, dah bertambah lemak la plak..kkdang susah manusia ni,dia lngsung xpaham mslah kita plak terutama bab kewangan.
[Reply]
By lankapo on Dec 10, 2008 | Reply
x mufti perlis dah tegur menda ni kan, aku rasa tak wajar budak2 ni di ajar cara approach macam tu berniaga. Shud be a proper chanel..
Buat persembahan nasyid ke, mak mentua aku cikgu kat sekolah OKU. Diorg klu nak rasie fund..akan buat persembahan di majlis-majlis di Kampar.
lankapo’s last blog post..The day I Rock My BoTTom
[Reply]