Dari Mersing ke Madinah… (4)
Ditulis pada July 9, 2010 – 2:29 pm | Oleh nuaeman Share
” Mak tak mahu solat dulu ” tanya aku kepada mak setelah kami semua sampai di lapangan terbang Soekarno Hatta, Jakarta.
” Bukan mak tak nak tapi mak rasa pakaian ni tak bersih lah ” balas mak,
Aku faham maksud mak kerana mak ada gunakan tandas di dalam kapal terbang sebelum itu. Tidak kira samada lelaki mahupun perempuan sememangnya tandas di dalam kapal terbang yang sempit itu biasanya akan menimbulkan masalah kepada sesiapa yang menggunakannya kerana kebarangkalian untuk najis terkena pada pakaian memang ada. Walaupun adakalanya mungkin tidak terkena terkadang kita akan berasa was-was juga.
Satu perkara lagi yang menjadi masalah untuk mak menukar pakaian ialah berkenaan bilik solat yang disediakan di lapangan terbang Soekarno Hatta, yang mana lelaki dan perempuan berkongsi satu bilik solat yang sama!
Jemaah lelaki dan wanita hanya di hadang dengan satu birai kayu dan semasa pihak lelaki hendak ke ruang solat mereka memang akan nampak dengan jelas jemaah wanita. Aduhai…
Pilihan lain yang ada ialah tandas tetapi tandas di sana tidak sebesar ruang tandas di KLIA. Memang kecil dan sesuailah dengan panggilan yang mereka berikan untuk tandas iaitu ‘Kamar kecil’. Abah juga berperasaan sama seperti emak tetapi abah nekad sahaja menukar kain di dalam surau walaupun abah mengeluh juga melihat keadaan surau di Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Sungguh tidak memberi keselesaan untuk lelaki dan wanita muslim.
Kami tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta lebih kurang jam 1.15 petang waktu tempatan dan penerbangan seterusnya ke Jeddah dijadualkan pada jam 4. 40 petang. Agak kecoh juga apabila kami turun dari kapal terbang oleh sebab pihak ‘Airlines’ tidak menyediakan kerusi roda untuk mak walaubagaimanapun kekhilafan itu segera diatasi oleh mereka. Kesempatan yang ada di situ digunakan oleh para jemaah untuk melakukan jama’ takdim.
Selesai solat kami hanya menunggu waktu penerbangan seterusnya. Aku ambil kesempatan untuk melihat kedai-kedai jualan di dalam lapangan terbang. Ketika sibuk meninjau-ninjau barangan yang di jual tekak ini terasa kering pula lalu aku singgah di satu kedai yang menjual coklat dan makanan ringan.
” Ya Pak, mahu apa? ” tegur gadis indonesia di dalam kedai itu.
Bapak? Aku muda lagilah.. hish!
” Emm.. air ini berapa ya? ” soal aku dengan gaya pertuturan indonesia yang dibuat-buat sambil menunjukkan sebotol air mineral kepadanya.
” Oh.. itu 7000 ”
7000? Aku tidak pasti samada harga tersebut murah atau mahal kerana tidak biasa berbelanja dengan nilai rupiah. Di dalam dompet aku telah tersedia lebih kurang 600,000 rupiah. Memang aku sengaja menukar sedikit wang indonesia dua hari sebelum berangkat sebagai persediaan andaikata mahu berbelanja di sini. Kalaulah 600,000 itu adalah wang dalam nilai RM. Huhu..
Aku mengambil tiga botol air mineral maka jumlah yang perlu dibayar ialah 21,000 rupiah. Dengan selamba aku menghulurkan not 100,000 kepada gadis tersebut. Seolah-olah besar sangat nilainya walhal baharu berapa puluh ringgit malaysia sahaja. Satu botol air mineral aku berkongsi minum dengan mak manakala 2 botol lagi diberikan pada mana-mana jamaah yang memerlukan.
Satu jam sebelum penerbangan kami telah dipanggil masuk ke balai berlepas. Bersiap sedia untuk perjalanan seterusnya ke Jeddah yang akan mengambil masa kira-kira hampir 10 jam. Kami dijadualkan sampai di Jeddah pada jam 10.30 malam waktu tempatan. Tidak lama selepas ‘Garuda’ berada di udara waktu solat magrib pun masuk dan kami berniat untuk jama’ takhir.
Hati mula melonjak apabila kapal terbang mula mendarat di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah tetapi tidak sepertimana di Malaysia ataupun Indonesia yang mana ada laluan yang disediakan apabila kita keluar dari perut kapal terbang, disini kami perlu turun tangga dan kemudiannya menaiki bas yang disediakan untuk menuju ke lapangan terbang. Mak perlu turun bersama kami kerana menurut mereka kerusi roda boleh di perolehi apabila tiba di lapangan terbang nanti melainkan jika penumpang benar-benar tidak mampu berjalan.
Sampai sahaja di lapangan terbang kami perlu menempuhi prosedur biasa setiap kali memasuki ke negara luar yang mana passport dan visa kami akan diperiksa dan di cop terlebih dahulu. Ketika inilah kami didatangi beberapa orang…
” Malaysia..?” soalnya..
Ahh.. apa pulak ni…??
Entri Berkaitan:
- Dari Mersing ke Madinah… (3)
- Dari Mersing ke Madinah.. (2)
- Dari Mersing ke Madinah… (1)
- Bahang Madinah Mula Terasa..
- Menuju ke Masjid Nabawi
Tags: haji dan umrah, kenangan Umrah 2010, travelog umrah, Umrah 2010








10 Responses to “Dari Mersing ke Madinah… (4)”
By suri on Jul 9, 2010 | Reply
alahai..macam mana mereka boleh bt tempat tu 1 bilik berkongsi dgn smua org? huhu…
[Reply]
nuaeman Reply:
July 9th, 2010 at 4:27 pm
haah suri, nak buat macammana.. ? kira bersyukurlah di tanah air kita tak macam tu.. biliknya kecil tidak jadi masalah sangat tetapi kena berkongsi dan nampak antara satu sama lain itu yang tak syok..
[Reply]
By hafizmd on Jul 9, 2010 | Reply
ahh..bersambung pulak..hihi
seronok bace cerita2 sebegini..thanks bang mad
hafizmd recently posted..Awasi pendapatan online kita
[Reply]
nuaeman Reply:
July 12th, 2010 at 1:33 pm
Thanks juga fiz kerana sudi singgah dan baca..
[Reply]
By samdaddycool on Jul 9, 2010 | Reply
Malaysia?? saspen tu..
samdaddycool recently posted..SMS minta maaf tak semuanya terjawab
[Reply]
nuaeman Reply:
July 12th, 2010 at 1:34 pm
Hehe..
[Reply]
By aktechpage.com on Jul 10, 2010 | Reply
Wahhh… akhirnya abis juga juga baca 4 siri ‘Dari Mersing ke Madinah’…
Apepun, Selamat Mengerjakan Umrah bro… semoga bro pergi dan kembali dengan selamat bersama2 ahli keluarga semua…
Aku juga doakan agar Umrah bro mamrur (err.. betul ke??)
aktechpage.com recently posted..Menuju Kemuncak Demam World Cup 2010
[Reply]
nuaeman Reply:
July 12th, 2010 at 1:35 pm
Terima Kasih bro.. aku juga doakan sahabat2 akan tiba juga kesana..
[Reply]
By fiezaradzi on Jul 12, 2010 | Reply
sunnguh tak selesa lau bilik solat hnya dipisahkan begitu.. itu la, hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri.. hehee
fiezaradzi recently posted..Belanda Rebah dan Akur
[Reply]
nuaeman Reply:
July 15th, 2010 at 2:31 pm
Itu salah satu yang kureng sikit kat Indonesia..
[Reply]